Hasil Karya

Judul: Sesat ke Syurga

Penerbit: Karya Bestari

Harga: RM20

Genre: Motivasi Islamik

Judul: Dan Waktu Pun Cemburu

Harga: RM20

Genre: Cerpen

Judul: Radius Hati

Harga: RM20

Genre: Sajak

COVER FRONT ALLAH HIDUP MATIKU HANYA UNTUKMU

Judul: ALLAH Hidup Matiku Hanya Untuk-MU

Penerbit: Karya Bestari

Harga: RM26

Genre: Motivasi Islamik

rekrut 001

Judul: Kompilasi Cerpen REKRUT

Penerbit: Bahagian Pendidikan Islam, KPM

Genre: Cerpen

Kompilasi Cerpen REKRUT merupakan himpunan 18 cerpen yang berkaitan dengan isu Syiah yang berlaku di Malaysia. Buku ini merupakan hasil karya kumpulan penulis guru dari Selangor, Kedah dan Negeri Sembilan. Buku diedarkan ke seluruh sekolah menengah seluruh Malaysia.

COVER MONOLOG DR HATI-final.indd

Judul : Kupilih Redha-Mu

Penerbit: Karya Bestari

Harga: RM21.00

Genre: Motivasi Islamik

KUPILIH REDHA-MU mengungkap impian kita yang jauh di dasar hati, mahu meraih redha-NYA, juga rahmat-NYA. Tipulah jika kita kata kita tidak mahu mendekat pada-NYA. Setiap hari kita berusaha,namun kadangkala tersasar juga. Bukan kerana kita jahil tentang larangan-NYA, tetapi sudah terbiasa melakukannya. Seolahnya khilaf yang kitalakukan sudah menjadi akhlak diri.Namun, segala khilaf inilah yang menjauhkan kita daripada DIAYang Maha Sempurna. Sedang DIA mengajak kita berubah kerana-NYA,terkadang kita dengan sengaja atau tidak, enggan menyambutnya. Aduhai,janganlah kita menjadi golongan yang enggan sedangkan DIA sudahmenghantar jalan-jalan untuk kita menghampiri-NYA. Tiada ruginya jika kitamenuju pada-NYA. DIA suka dan DIA juga menanti kita.DIA pastinya akan sentiasa menyambut kita…

sdt cover

Judul: Surat Daripada TUHAN

Bil.  Muka Surat: 350

Penerbit: Karya Bestari

Harga: RM19.90

Genre: Motivasi Islamik

Sinopsis:

Mencintai ayat-ayat ILAHI menjadi penyelamat kita daripada fitnah dunia. Lembar-lembar surat-NYA adalah hidayah terbesar buat hati dan penawar duka yang paling mustajab. Pada hari perhitungan nanti, ia akan dipakaikan sebagai mahkota nur di kepala ayah bonda. Surat-NYA juga, andai dibaca akan menjadi syafaat buat kita menuju ke syurga.

Kasihilah al-Quran. Hayatilah surat ini umpama menghayati warkah cinta kekasih. Dekatilah ia. Bukalah lembaran yang mulia ini. Bacalah sepenuh hati. Cinta ILAHI adalah nur buat kita…moga tidak tersesat dalam kegelapan lagi.

Surat Daripada TUHAN adalah himpunan tip yang boleh diamalkan segenap lapisan usia dalam usaha membina keperibadian yang mulia dan masyarakat sejahtera. Marilah kita berpegang pada akidah yang teguh, mengamalkan Islam secara menyeluruh dan mencintai agama ini sepenuh jiwa raga.

kuliah tiga minit bpi

 Judul: Buku Tazkirah Kuliah Tiga Minit (KULTIM)

Bil.  Muka Surat: 201

Penerbit: Pertubuhan Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah-sekolah Malaysia (PEKDIS) Pusat, KPM

Harga: RM10

Sinopsis:

Buku ini mengumpul 63 topik tazkirah ringkas yang sesuai dibaca ketika perhimpunan, waktu santai dan waktu rehat yang pendek. Isunya releven sepanjang masa dan ditulis oleh beberapa orang guru Pendidikan Islam dari Selangor, KL dan Putrajaya, juga turut melibatkan pegawai-pegawai Bahagian Pendidikan Islam, KPM.

 Judul: Ikhtiar Hidup

Bil. Muka Surat: 56

Penerbit: Bahagian Pendidikan Islam, KPM

Sinopsis:

Buku ini berkonsepkan nomik, yang menerangkan asas-asas Islam dengan cara yang lebih mudah untuk difahami. Komik berwarna-warni dan info berguna boleh dijadikan panduan kepada semua, terutama murid-murid yang belum tahu secara mendalam tentang Islam.

Cetakan pertama buku ini adalah sebanyak 10,000 naskhah. Ia akan diedarkan ke semua sekolah SJKC/T/Asli seluruh Malaysia.

Judul: KAU Hadir Dalam Munajatku

Bil. Muka Surat: 480

Harga: RM 19.90

Terbitan: Karya Bestari

Sinopsis:

NIKMAT dunia sememangnya… tidak akan habis dikejar. Biarlah dunia berlari. Sudah sampai masa kita berjalan dengan tenang untuk mengutip amalan yang tertinggal. Dan sudah sampai masa kita membuang debu-debu kotor yang melekat di badan agar tidak menjadi beban di Padang Mahsyar kelak.

Ketika menyiapkan bekalan, sudah semestinya kita memerlukan… kehadiran TUHAN. Rasailah kasih sayang-NYA setipap kali kita melangkah. Tadahlah tangan, serahkanlah sepenuh hati kepada-NYA. Yakinlah… DIA pasti memperkenankan permintaan, melapangkan kesusahan dan menyembuhkan kedukaan.

KAU Hadir Dalam Munajatku mengajak kita mendambakan kehadiran ILAHI dalam segenap penjuru kehidupan. Pulanglah ke jalan TUHAN. Kembalilah kepada rahmat-NYA yang tiada tara itu. Buangkanlah semua keluhan dan runtuhkanlah apa jua jurang. Sujudlah pada-NYA, moga DIA memperkenankan jalan redha buat kita… moga kehadiran-NYA dapat dirasai dalam setiap doa dan munajat kita.

Antara Kandungan Menarik:

Tika Hati Bertasbih

Bicara Hati dan Iman

Terbilang di Sisi TUHAN

Masaku Semakin Hampir

Alam Tidak Pernah Ingkar

Berbekallah Dengan Cukup

Setiap Sendi Benci Maksiat

Pulanglah Dengan Sejahtera

Penghujung Itulah Permulaan

Sebelum Jasad Dimamah Bumi

Genre: Motivasi Islamik

Judul: Kerana-Mu Aku Berubah

Bil. Muka Surat: 426

Harga: RM18.00

Terbitan: Karya Bestari

Sinopsis:

Ilmu Ilahi tiada kesudahannya. Semakin digali semakin tidak cukup. Oleh kerana itu, marilah kita menjadi hamba-Nya yang tawaduk, yang tidak malu untuk  mengakui kesilapan diri. Elakkanlah menjadi insan yang bangga diri. Bergaullah dengan golongan yang bersih dan luhur lidah mereka, barulah kita kenal akan akhlak mulia.

Matlamat nyawa kita bukanlah di atas dunia semata-mata. Nyawa kita masih diperlukan di alam abadi nanti. Ketika itulah tingkah laku di dunia menjadi cagarannya. Nikmatilah setiap denyut nafas yang dipinjamkan-Nya mengikut acuan yang telah ditetapkan syariat. Cara hidup Islam bukan untuk menyusahkan sesiapa, sebaliknya menjanjikan kebahagiaan abadi yang berganda-ganda.

Kerana-Mu Aku Berubah mengajak kita mencintai Ilahi dan Islam, satu-satunya agama dan cara hidup yang diredhai. Allah s.w.t sudah ada janjinya. Yakinlah…Dia sentiasa menyediakan jalan pulang. Seluas lautan, setinggi langit dan segunung dosa sekalipun, setiap kekhilafan masih boleh dibasuh. Disucikan dengan keinsafan dan taubat yang bersungguh-sungguh.

Genre: Motivasi Islamik

Judul: Kasihmu Semerbak Firdausi

Bil. Muka Surat : 349

Harga : RM15.00

Terbitan: Karya Bestari

Sinopsis: Ayah dan ibu…pada mereka ada syurga buat kita. Jasa mereka tidak terhitung, bakti mereka tidak ternilai. Betapa makbulnya doa ayah dan ibu hingga kita mampu hidup bahagia. Namun, andai terguris hati kecil mereka, bisa membuka pintu kegagalan dan dosa.

Di sebalik kesibukan anak-anak mengejar duniawi, usah sesekali lupa pada insan yang berjasa ini. Setitis air mata kesedihan ayah dan ibu tumpah kerana anak-anak, beberapa langkah sudah terjarak anak-anak itu dari reda dan syurga-Nya.

Kasihmu Semerbak Firdausi mengajak kita menghayati betapa sucinya kasih ayah dan ibu. Hargailah ketika hayat mereka masih ada dan teruslah berbakti meskipun jasad mereka sudah reput dimamah bumi. Izinkan kenangan indah bersama insan-insan rabbani ini terus hidup dalam jiwa kita…

Genre: Motivasi Islamik.

 

 Tajuk: Guru Jutawan Akhirat

Bil. Muka Surat: 129

Terbitan: Sektor Pendidikan Islam

Jabatan Pelajaran Selangor

Sinopsis: Jika kita bercita-cita menjadi jutawan di dunia, guru bukanlah jalannya kerana 74% jutawan di dunia ini adalah ahli perniagaan. Jika bercita-cita menjadi seorang yang berkuasa, guru bukan medannya. Jika bercita-cita menjadi jutawan di akhirat, jalannya terbentang luas. Kita sudah berada di landasan yang betul.

Genre: Motivasi Islamik

 

 

Tajuk: Mutiara Budi

Bil. Muka Surat: 81

Terbitan: Unit Dakwah dan Kepimpinan

Sektor Pendidikan Islam

Jabatan Pelajaran Selangor

Sinopsis: Buku ini memuatkan tajuk-tajuk kecil seperti Azam Baru, Ulat Buku, Tin Kosong, Cermin Diri, Senangnya Jadi Baik dan Tangguh Itu Rugi yang sesuai dengan tahap minda murid sekolah rendah. Tajuk-tajuk tersebut adalah hasil pemerhatian terhadap isu yang sering berlaku di sekolah dan nilai yang sepatutnya diterapkan kepada murid-murid. Isu yang dibincangkan dalam buku ini adalah ringkas, laras bahasanya juga mudah dan bersahaja. Manakala isu yang diketengahkan pula adalah bersifat universal. Oleh itu, ia sesuai untuk dibacakan kepada semua murid, sama ada murid beragama Islam atau bukan Islam. Mudah-mudahan buku ini akan dapat membantu pihak pentadbir sekolah dan guru-guru dalam usaha membentuk modal insan yang berperibadi luhur seperti yang diharapkan oleh semua pihak.

Genre: Motivasi Islamik.

9 Responses

  1. dimana boleh dapatkan buku Tazkirah Kuliah Tiga Minit, sila pm sy 0145271042

  2. Masya Allah. Semoga Allah memberkati usaha murni Puan dalam menulis dan menghasilkan karya bermutu buat tatapan ummah. Saya sedang membaca Guru Jutawan Akhirat dan KULTIM. Barakallahufik 🙂

  3. Assalamualaikum,
    Macam mana nak dapatkan buku yang bertajuk Guru Jutawan Akhirat tu? Terima kasih

  4. Assalamualaikum, di mana saya bleh dptkan buku tazkirah kuliah 3 minit..cuba cari tp xjumpe..

    • Buku ini dijual oleh Bahagian Pendidikan Islam, KPM. Sila hubungi 0383217200 (u/p: Ust Ruzain) jika mahu membeli buku tersebut. Terima kasih.

  5. Maaf tnya…kompilasi cerpen rekrut tu berapa ye harganye?

Leave a comment