Pupuk Akal

 

Al-Quran mengajar kita supaya meaksimumkan fungsi akal. Bukan hanya menggunakannya secara basement sahaja. Hakikatnya, akal kita ini hebat. Akal mampu meneroka segala perkara yang tak terduga. Di samping kehebatan akal ini ada al-Quran dan Islam yang menjadi pemandu.

Abu Bakar Yang (2011) menyebut bahawa:

1. Akal seseorang perlu dilatih untuk menjadi kritis.

2. Akal seseorang perlu dilatih berfikir secara komprehensif.

3. Akal seseorang perlu dilatih berfikir secara tajdidi (kaedah baharu), bukan hanya dengan cara tradisi (jumud).

4. Akal seseroang perlu dilatih berfikir menurut disiplin ilmu yang teratur, bukannya berdasarkan prasangka dan nafsu.

Kehebatan akal kita berpandu kepada cara kita mengendalikan dan melatihnya. Usah sesekali membiarkan akal hanya berfikir berlandaskan logik. Kerana agama kita tidak dibina berasaskan logik. Jika fungsi akal merasa dirasakan belum optimum, latihlah berdasarkan 4 cara di atas. Bagaimana?

Kajilah al-Quran, kerana di dalamnya kita akan mendapati ada banyak pelajaran untuk melatih akal. Dengan berhujah, kita sedang melatih akal. Namun, berhujah mestilah dengan cara yang betul. Rujuk ayat 125 Surah An-Nahl.

Pengalaman lalu tidak semestinya mesti dilupakan terus. Itulah yang diajar oleh al-Quran, antaranya menerusi ayat 60-82 Surah Al-Kahfi.

Al-Quran mendedahkan banyak perkara ghaib yang belum dan akan berlaku. Walau bagaimanapun, akal memerlukan keyakinan yang tinggi terhadap perkara sebegini. Jadi, kita sedang melatih akal untuk memantapkan akidah terhadap Tuhan Yang Maha Esa. Cuba baca Surah Al-Insan.

Ketelanjuran dan kesalahan manusia sering dipaparkan oleh al-Quran, supaya kita tidak mengulanginya. Dosa-dosa manusia disebut dalam al-Quran supaya kita gerun dan cuba mengelakkannya, bukan cuba melakukannya. Dengan itu, fungsi akal sangat penting. Akal boleh dilatih untuk mencintai kebaikan dan membenci kemungkaran.

Alangkah hebatnya akal, yang membezakan kita dengan makhluk-makhluk yang lain. Alangkah rapatnya hubungan akal dengan al-Quran…jika kita mahu mengambil pengajaran…

Advertisements

Hari Ini

 

Hari ini…sama seperti hari-hari lain, yang penuh dengan kesibukan dan kepenatan. Cuma hari ini, rasa syukur lebih banyak kerana masih berjaya hidup hingga ke detik ini…1.25 petang. Bukan apa, sebelum ini agak ngeri juga membaca berita tentang kematian pada hari lahir. Ya Allah, aku berterima kasih kepada-Mu kerana masih mengizinkan aku hidup hingga ke saat ini.

Sepanjang usia ini, tak terbilang rasanya jasa orang di sekeliling saya buat diri saya. Semoga Engkau memberikan mereka semua…rahmat dan kasih sayang-Mu, juga perlindungan-Mu daripada mara bahaya dan bala bencana. Sesungguhnya aku memang mengenang jasa mereka semua. Cuma aku tak mampu membalasnya setimpal.

Ya Allah, redhailah jalan yang aku pilih ini. Kasihilah aku selalu kerana tanpa kasih-Mu, nescaya aku lemah. Alhamdulillah untuk semua liku yang pernah kulalui sepanjang usia ini. Yang pastinya, liku lebih banyak daripada jalan lurus…hanya Dia Maha Mengetahui rahsia takdirku ini.

Menjelang Hari Lahirku

Hari lahirku

akan jelang

esok hari.

Tadi si dia bertanya

kecil hatikah

kalau abang tak bagi apa-apa?

Sebenarnya

aku tak pernah kisah

tentang segala hadiah

yang sifatnya fizikal.

Yang aku kisah

pandang dan setia dia

tidak berbelah-belah.

Itulah hadiah

yang aku damba

saban tahun

waktu aku masih ada nyawa.

Selamat Hari Guru 2014

IMG-20140516-WA0018 IMG-20140516-WA0024 IMG-20140516-WA0026

IMG_212876418245907

 

IMG-20140516-WA0077

IMG-20140516-WA0072 IMG-20140516-WA0073

IMG-20140516-WA0031

~semoga Allah merahmati guru-guru di Malaysia dan mengurniakan anda semua kerehatan dalam segala perkara~

 

Guru Tanpa Suara

 

Pejam celik, celik pejam…sudah 14 tahun juga saya menjadi cikgu. Terlalu banyak suka dukanya. Mungkin lebih banyak duka, bermula dari tahun 2008. Bukannya tidak bersyukur, bukannya hendak mengeluh. Namun inilah realiti yang telah saya lalui.

Saya gembira menjadi guru. Saya sanggup hadapi pelbagai latar belakang murid-murid. Saya tidak menjadikan kekayaan atau kemiskinan mereka sebagai pengukur. Sebagai guru Pendidikan Islam, saya pentingkan akhlak mereka. Tak mengapa jika mereka kurang pandai, sementelah bukan ramai sangat manusia yang dilahirkan semualajadi bijak pandai di atas dunia ini.

2008 menjadi titik tolak kesedihan dalam kerjaya saya. Bermula dengan guru praktikum yang menengking saya ketika saya meminta jadual waktunya. Alkisahnya, dia sudah pilih guru lain untuk menjadi pembimbingnya. Sedangkan maktab telah memilih saya. Sebab itulah dia tengking saya dan beranggapan saya tiada hak pun untuk melihat jadual waktunya.

2014, sekali lagi saya dilantik menjadi guru pembimbing. Hakikatnya, trauma 2008 masih ada. Bimbang sangat-sangat jika pisang berbuah dua kali. Takdir Tuhan…sekali lagi saya perlu berdepan dengan guru praktikum yang bermasalah!

Malangnya nasibku…kita yang ingin membimbing dengan ikhlas tidak dihargai. Ditambah pula dengan sikap pensyarah penyelia pelatih tersebut yang mempertahankan pelatihnya yang pemalas itu.

Tak apalah…musim praktikum sudah berlalu. Dan saya tak kisahpun apa gred yang diberi oleh pensyarah kepada pelatih tersebut. Sebab saya tahu, suka atau tak suka, saya tetap kena berurusan dengannya juga selagi dia masih berada di sekolah ini, bukan pensyarah tersebut.

Aduhai…dugaan belum berhenti. Benarkah saya kuat menghadapi dugaan ini, sebab itulah saya diduga dengan hebat di sini?

Hanya Tuhan Yang Maha Tahu bahawa saya sudah lelah. Dakwah tidak mampu dikembangkan sebaliknya diri saya yang diasak bertubi-tubi. Kononnya saya bertindak berasaskan perkauman. Allaahumma…bukan perkauman sebenarnya.

Lima tahun di sekolah ini, apa yag saya perjuangkan adalah agama saya. Saya amat tidak rela Islam dipijak-pijak mereka. Saya wajib mempertahankannya. Hingga tiba pada hari ini, saya benar-benar berasa lemah. Tiada sokongan. Dan biasanya pegawai atasan di pejabat-pejabat berhawa dingin di PPD dan Jabatan Pendidikan hanya akan berkata:

“Jika tidak berduri, itu bukan dakwah namanya.”

Semudah itu?

Kadangkala, saya memang berasa kecewa. Kerana saya dihantar ke sekolah ini bukan dengan kerelaan sendiri. Tetapi saya hanya dibiarkan berdepan dengan segala masalah, bersendirian.

Boleh saja jika saya datang sekolah dan balik ke rumah on time. Tapi saya tak sampai hati membiarkan anak-anak seagama saya dipinggirkan. Sebab itulah saya berjuang. Dan saya amat memerlukan sokongan para pegawai yang duduk selesa di pejabat berhawa dingin tersebut.

Mereka tahu saya sering dimarahi dan dipersalahkan oleh pihak pentadbir sekolah. Tetapi mereka tidak sudi turun padang.

Tak mengapalah, sudah ini jalan yang saya pilih. Kalau tak mahu cabaran, letak jawatan, kata sesetengah orang.

Sekali lagi, ini bukan keluhan. Ini adalah realiti dunia guru. Saya. Entah apa pula cabaran yang terpaksa didepani guru-guru lain.

Bertabahlah yea. Selamat hari guru buat semua guru di Malaysia. Tuhan sahaja yang kita ada saat kita tidak berdaya.

Harga ‘Sebuah’ Kesihatan

Nabi s.a.w pernah bersabda: Dua nikmat yang sering diabaikan manusia; kesihatan dan masa lapang.

Sesekali…saya berasa cemburu juga kepada orang yang sihat dan sering ada banyak masa lapang. Orang yang sihat bebas lakukan apa sahaja tanpa halangan. Boleh beribadah dengan sempurna, boleh beriadah pada setiap petang. Sedangkan saya perlu berjihad untuk melakukan apa yang dapat dilakukan orang yang sihat dengan mudah. Saya sakit!

Namun itu bukanlah alasan saya untuk mengalah atau menyalahkan takdir. Dengan penyakit yang sentiasa melekat dalam tubuh saya ini, saya berhasil menjadi manusia yang rendah diri. Saya sedar saya tidak sempurna, dengan itu saya tak kuasa nak melawan sesiapa. Biarlah kamu dengan kesombonganmu asalkan saya tidak sombong kepada Tuhan saya.

Maknanya, saya lebih selesa menjadi orang sakit daripada menjadi orang sihat jika setiap kesakitan ini berupaya memperingatkan saya terhadap kematian dan kuasa Tuhan.

Orang yang banyak masa lapang pula sentiasa gembira hidupnya. Sudahlah tak perlu bekerja, wang belanja sering disediakan dengan cukup oleh suami, dapat pula berehat dengan kadar yang lebih lama dan lebih kerap daripada orang yang bekerja.

Yang saya cemburu tentang orang yang banyak masa lapang ini…itulah. Banyak masa untuk rehat dan baring-baring. Tapi yang lebih saya cemburu tentang mereka ialah…dah banyak masapun tak mahu tingkatkan kualiti diri?

Jika begitu, lebih baik jadi orang yang sibuk kerana pada masa yang sama dapat berbakti kepada agama dan negara…daripada menjadi orang yang banyak masa lapang tetapi masa lapang itu dibazirkan begitu sahaja. Berdosa tau!

Sebab itulah Nabi menyebut dua perkara tersebut dalam hadis di atas. Sebabnya, dua perkara inilah yang sering disia-siakan tanpa disedari. Orang yang sihat biasanya tidak asyik untuk beribadah. Pabila sakit baru sedar nak hitung ibadah yang masih sedikit. Orang yang banyak masa lapang biasanya berasa sangat selesa sehingga tidak mahu berfikirpun tentang masa susah yang mungkin akan dihadapi. Pabila tiba waktu susah, barulah menyesal kerana dulu, masa lapang tidak digunakan dengan sebaik-baiknya.

Wahai kita semua, manfaatkanlah kesihatan yang diberi Tuhan kerana ia anugerah yang besar. Begitu juga dengan masa lapang. Isikannya dengan perkara yang berfaedah dan menguntungkan kita ketika di sana nanti.

Sahabat sekalian,

Ambillah iktibar daripada apa yang berlaku kepada diri saya, yang perlu menelan sebiji ubat berharga Rm100++ setiap hari untuk mengembalikan kesihatan kepada diri sendiri. Untunglah kalian boleh belanjakan RM100++ itu untuk perkara lain. Ini sahaja harapan dan usaha saya demi kesihatan diri.

20140401_085552

 

Kusyukuri Semuanya…

If you can dream it, you can do it.

Life is simple. Just make a choice and don’t look back.

The stupid neither forgive nor forget. The naive, forgive and forget. The wise, forgive but not forget.

You cannot live with yesterday’s standard and expect extraordinary income tomorrow.

It’s better to light the candle than to curse the darkness.

Happiness is enhanced by others but does not depend upon others.

Hope for the best, prepare for the worst, fight for what we believe, expect nothing and we’ll never be disappointed in all that life throws to us.

Shoot for the moon. Even if you miss, you’ll land among the stars.

It is not the mountain we conquer but ourselves.

The greatest gifts are not the material things I receive but the love I get, the friendship I share and the hope I inspire.

To handle yourself, use your head. To handle others, use your heart.

To fall in love is so easy. Staying in love is a challenge.