Sayap

Terbanglah.

Tapi aku rayu

Jangan sampai lupa sarang.

Tempat kaubermula.

Advertisements

~unknown~

keranamu

aku sudah lama

derita

tanpa air mata.

Abai

Selama ini

jika kau mengabaikanku

Tak bermakna

Aku tidak pilu.

Namun aku menyembunyikannya.

Hingga suatu ketika

Aku sudah malas bersuara.

Aku tahu kau jenis kurang simpati.

Kasihpun kurang juga.

Jadi

Aku berpaut pada Tuhan sahaja.

Terpulanglah tinggi-rendah mana

DIA mahu membolak-balik nyawaku.

Aku hanya hamba yang hina

Tak layak dimuliakan sesiapa.

Love Hurts

Cinta menyakitkan

Cinta tak semestinya bersatu

Cinta tak semestinya memiliki

Cinta membutakan hakikat tanggungjawab.

Atas nama cinta, pasangan sering ambil kesempatan untuk membebankan pasangannya dengan tugasan yang sepatutnya dialah yang melakukannya. Atas nama cinta kononnya…

Sungguh tidak adil. Tanggungjawab dikelabui oleh cinta, yang akhirnya menyebabkan pasangannya terluka…