Di Sebalik Kemanusiaan

Di sekeliling kita, memang ada ramai manusia yang dikurniai kemanusiaan tanpa mengira agama dan warna kulitnya. Subhanallah…Maha Hebatnya Tuhan kita yang tidak membezakan kemanusiaan dan kasih sayang sesama manusia.

Seringkali saya tertanya-tanya, mengapa biasanya orang bukan Islam yang lebih mudah menghulurkan bantuan kemanusiaan, berbanding orang Islam? Bukankah sepatutnya orang Islamlah yang lebih┬ásuka membantu, mudah mengasihani dan tidak berkira tentang kemanusiaan…memandangkan inilah yang dianjurkan oleh agama kita?

Segala-galanya terpulang pada diri sendiri juga.

Kemanusiaan ada dalam diri semua makhluk Tuhan. Cuma hidayah sahaja tidak diberi kepada semua. Kena berusaha untuk mendapatkan hidayah. Tuhan tahu siapa yang sudah cukup berusaha lalu nikmat itu diberi kepada-Nya. Tuhan tahu siapa yang tak cukup berusaha lalu nikmat itu ditahan daripada-Nya. Firman-Nya bermaksud:

…dan Dialah jua yang lebih mengetahui orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah (kepada memeluk Islam). Surah Al-Qasas:56

Apa-apapun, bersyukurlah kita yang sudah diberi hidayah Islam sejak dari lahir lagi. Cuma…terfikirkah bahawa kita ini sudah diberi hidayah iman atau belum? Mesti ada usaha ke arah itu.

Masih belum terlambat.

 

 

Waktu-waktu untuk Menyendiri

Menyendiri dan meneliti…

bahawa kita bertuah.

Orang lain juga bertuah.

Kerana TUHAN kita sememangnya MAHA BAIK.

20140313_102049

20140313_102144

20140313_102211

 

Saya Sering Diuji…

Tahun demi tahun, usia kita semakin meningkat. Kita terlalu sibuk dengan komitmen harian sehingga kadangkala tak sempat nak fikir tentang bahagia atau derita yang sedang dihadapi. Alhamdulillah, bahagia atau derita menjadikan diri kita semakin kuat. Benar, kan?

Pada 2013, ramai kawan bertanya tentang usia saya. Mereka meneka-neka. Dan mereka terkejut apabila saya mengakui usia saya sudah sangat hampir dengan angka 40. Mujurlah…mujurlah dugaan demi dugaan yang melanda tidak menyebabkan wajah saya nampak tua.

Pada tahun 2014 ini, kawan-kawan mengaku yang saya ini tabah. Mana tidaknya, agak banyak sejarah hidup terpaksa dirungkai ke pengetahuan mereka secara terpaksa. Apatah lagi selepas saya dimasukkan ke hospital selama beberapa hari. Akui mereka, saya kuat semangat! Mana tidaknya, mereka tak tahu keadaan saya. Mereka anggap saya normal seperti mereka juga. Tahu-tahu penyakit saya sudah agak tenat. Baguslah, agak lama juga saya mampu menyelindungkan dugaan yang satu ini.

20140315_140357

Alhamdulillah.

Sayapun tak sedar yang saya ini tabah atau kuat semangat. Pada saya, semua ini telah lali dilalui. Samalah juga ketika doktor bertanya, macam mana u hari ini?

Jawab saya, macam biasa.

Doktor senyum. Balasnya, memanglah sebab u dah biasa begini sejak kecil. Tentu u tak perasan perubahannya.

Saya pula senyum.

Ha…ah, betul juga. Kesihatan saya pastinya merudum. Tetapi saya tidak menyedarinya sangat. Maklumlah, saya selalu sibuk dengan kerja. Dengan keluarga. Dengan memberi sumbangan kepada ummah.

Alhamdulillah. Kesakitan mengajar saya supaya menjadi insan yang sepatutnya. Tidak sombong, tidak bangga diri, suka memerhati. Kesakitan membataskan pergerakan saya tetapi tidak membataskan apa yang mampu saya fikir tentang hakikat hidup.

Apabila usia semakin matang, saya bersyukur diberi kesakitan ini. Supaya tindak-tanduk saya berpada-pada. Supaya saya dapat menghalusi dugaan-dugaan lain. Supaya saya sentiasa bersedia untuk bertemu dengan-Nya. Maka tidaklah saya terlalu sangat cintakan dunia.

Alangkah nikmatnya sakit, yang pada sesetengah orang dianggap sebagai beban. Tetapi tidak bagi diri saya. Mungkin kerana penyakit itu lahir bersama-sama dengan saya. Sebab itu saya sudah biasa.

Terima kasih Tuhan.

 

 

2013 in Review

The WordPress.com stats helper monkeys prepared a 2013 annual report for this blog.

Here’s an excerpt:

A New York City subway train holds 1,200 people. This blog was viewed about 6,600 times in 2013. If it were a NYC subway train, it would take about 6 trips to carry that many people.

Click here to see the complete report.