Rahsia Cinta

Cinta boleh datang

tanpa diduga.

Cinta juga boleh pergi

tanpa disangka.

Doa Depan Kaabah

 

Seronoknya dapat pergi Mekah. Untungnya kan? Zaman ini pergi Mekah untuk buat umrah dah jadi kebiasaan. Tapi, biasa-biasa pun, masih ada juga orang yang belum dapat peluang ke sana…

Sayalah salah seorang daripadanya…

Tak apa, itu bahagian saya.

Tapi, walaupun saya belum pernah sampai depan Kaabah, saya bahagia kerana nama saya selalu disebut di sana.

Baru-baru ini, seorang sahabat yang sudah bersara menelefon saya. Katanya, beliau baru balik umrah. Katanya lagi, waktu di depan Kaabah, beliau teringatkan saya lalu mendoakan kesihatan, kejayaan dan kebahagiaan saya. Subhanallah. Mudah-mudahan Allah menerima doanya tanpa hijab.

Saya berhutang budi kepadanya. Saya tak minta tetapi beliau sendiri yang teringat. Alhamdulillah, masya-Allah. Hebatnya Tuhan yang telah menggerakkan hatinya…

Ada satu lagi cerita tentang orang pergi umrah.

Yang ini, saya tak tahulah pergi umrah untuk apa…sama ada untuk membelanjakan duit yang banyak, untuk berbulan madu, untuk melancong atau untuk minta anak depan Kaabah.

Beberapa hari sebelum bertolak, berialah si orang ini menelefon  saya untuk minta maaf. Saya jadi pelik kenapa dia beria-ia sangat nak minta maaf. Apa sebelum ni dia banyak buat dosa kat saya, di belakang sayakah?

Dan…satu lagi yang dia beria-ia sangat ialah dia paksa saya: “Ana nak saya doa apa di Mekah nanti? Cakap la. Bagitau je nanti saya doakan.”

Mak ai!!!

Saya tak suka macam ni. Nampak sangat niat sebenar dia pergi umrah. Nampak sangat!!!

Masa demi masa sudah berlalu. Orang yang pergi Mekah balik semula ke tanah tumpahnya darah. Macam-macam hasilnya. Yang makin warak, ada. Alhamdulillah. Tak kurang juga makin sombong, pun ada.

Dan…saya tengok orang yang pergi berdoa minta anak tu, masih belum juga dikurniai anak. Hebatnya perancangan-MU Tuhan.

Balasan Dosa

Aku tahu

Tuhan sedang membalas dosa-dosaku.

Kata-kataku tidak didengari

Kata-kataku tiada yang menjadi.

Itulah…

Aku hamba hina-dina

Hanya mampu tengadah.

Tiada daya

Tiada kekuatan

Untuk melawan.

Kau yang Maha Kuasa

Menentukan nasib diriku

Dunia akhirat.

Hilang Kata-kata

2015 merupakan detik baharu dalam kehidupan kerjaya saya. 11 tahun bekerja di kawasan bandar yang sibuk maka tahun ini keadaannya berubah. Saya pejam mata dan buat keputusan besar ini, iaitu berpindah tempat kerja. Siapa sangka, rupa-rupanya hati saya lebih tenang. Pengalaman 11 tahun sangat bermakna. Dari segala sudut.

Mulai tahun ini saya akan mencipta pengalaman lain pula. Sibuk tetap sibuk tetapi dalam situasi yang berbeza. Namun yang masih sama adalah, mentaliti ibu bapa. Masuk sekolah ketiga, saya dapati perangai mereka sama saja. Iaitu jika anak-anak jenis yang bermasalah, ibu bapanya juga bermasalah. Antaranya berlagak pandai. Kalau pandai sangat, kenapa anak sendiri tersenarai sebagai murid LINUS? Pada pendapat saya, tak perlulah ajar guru bagaimana cara untuk mengajar. Cikgu-cikgu pasti ada cara tersendiri untuk menangani masalah anak-anak tuan/puan.

Yang saya perasan, tahun ini saya kurang tertekan. Hati saya lebih tenang. Jiwa saya lebih tenteram. Syukur.

40 Tahun nan Bermakna

Esok, 21 Jamadil Awwal 1436H bersamaan dengan 40 tahun usia saya. Alhamdulillah, dalam keterbatasan yang amat ketara dari sudut kesihatan, ALLAH masih mengizinkan saya hidup selama 40 tahun. 40 tahun sangat lama jika ia usia yang bermakna.

Sangat bermakna buat diri saya, insya-ALLAH…kerana bukan senang untuk mengharungi tempoh tersebut. Tidak banyak senyuman, tetapi terlalu banyak tangisan. Namun, saya tetap syukuri semuanya.

Semoga ALLAH terus mengizinkan saya meminjam nyawa sehingga anak-anak dewasa dan berjaya dalam bidang masing-masing. Saya tidak berani minta banyak.