Ekspo Buku Islam 2, 2012

 

 

~datanglah beramai-ramai ke booth KARYA BESTARI dan temui penulis kesukaan anda~

 

Advertisements

3 Jenis Manusia Menurut Iblis

 

Ketika menjawab pertanyaan Nabi s.a.w, iblis membahagikan umat Muhammad ini kepada tiga jenis:

 

1. Sebagai air hujan yang turun dari langit dan menyebabkan tumbuhnya tumbuh-tumbuhan yang mendatangkan hasil lumayan dan banyak manfaatnya. Mereka ini alah para guru yang memberi nasihat kepada manusia supaya mengerjakan suruhan ALLAH dan menjauhi segala tegahan dan larangan-NYA. (Menurut Jibril, ulama itu pelita dunia dan pelita akhirat).

2. Umatmu seperti tanah, yakni suka syukur dan redha akan nikmat TUHAN yang diberikan kepadanya serta membuat amal kebajikan serta sentiasa berserah diri dan bertawakal kepada ALLAH.

3. Umatmu itu berkeadaan seperti Firaun yang sangat tamak dengan harta dunia sehingga menghilangkan amal akhirat. Orang seperti inilah yang sangat aku suka dan aku akan terus masuk ke dalam tubuhnya, aku putarkan hatinya supaya dia akan menyukai maksiat dan membenci kebaikan. Bukan itu saja. Aku akan hasut dia sehingga dia membenci orang yang suka ‘buat kebaikan dan mencegah kemungkaran’.

####################################################

 

*Soal saya: ternyata golongan yang baik ada dua dan golongan yang jahat hanya satu. tapi kenapa yang satu itu yang selalu mendominasi?

 

*Harapan saya: marilah kita semua membenteng diri supaya tidak diambil peluang oleh iblis.

 

 

Dosa Adalah Salah Satu Penyebab Suul Khatimah

 

Usia kita ini, pasti akan berlangsung lebih baik jika kita sentiasa muhasabah diri. Celik mata waktu pagi, ucapkanlah alhamdulillah kerana masih bernyawa. Masih bernyawa maksudnya kita masih ada peluang untuk beramal dan bertaubat. Hendak tidur pada malam hari, beristighfarlah dahulu. Kemudian, buat kira-kira dalam ingatan tentang kebaikan dan kejahatan yang telah dilakukan sepanjang hari.

Begitu sibuk kita menghitung amalan, bukan? Lebih baik begitu daripada sibuk menghitung keaiban orang lain. Keaiban diri sendiri yang patut kita bimbangi sebenarnya…

Dosa. Usah dinilai dosa itu besar atau kecil, sedikit atau banyak. Ulama silam amat takut jika secara tidak sengaja mereka telah melakukan dosa. Seboleh-bolehnya mereka berusaha untuk mengelakkan dosa.

Kita? Sering kita dengar, orang yang baik hari ini tak semestinya akan masuk syurga. Aduhai…beraninya! Tanya orang tu pula, awak yang banyak dosa tu, sudah pastikah dapat masuk syurga???

Hakikatnya, kita masuk syurga dengan izin ILAHI semata-mata. Tak kira banyak dosa atau banyak pahala, jika tiada rahmat dan izin ILAHI, siapalah kita di akhirat kelak.

Apa yang wajib kita pegang adalah…dosa kitalah yang menyebabkan kita mati dalam suul khatimah. Siapa tahu, di akhir usia kita sempat bertaubat atau tidak? Orang yang seluruh hidupnya sentiasa menjaga hak-hak ALLAH, insya-ALLAH dia tidak perlu bimbangkan banyak perkara sangat. Orang sebegini tentulah akan selalu beringat-ingat. Namun, jangan pula berhenti berharap.

Bagaimana pula dengan orang yang melakukan maksiat seperti meneguk air? Kerna sudah terbiasa, maksiat bukan lagi sesuatu yang menjengkelkan. Rasa seronok pula. Rasa lega pula dapat buat ALLAH murka, atau menjadi punca dosa. Agaknya, pernahkah orang begini berfikir untuk taubat? Mungkin ada, tapi katanya ‘tunggu dulu, masa masih panjang, masih muda’.

AWAS!

Antara tanda-tanda seseorang itu bakal mati dalam suul khatimah adalah perbuatannya MENUNDA TAUBAT. Bukan kita tak tahu, mati boleh datang bila-bila. Belum terasa petanda akan pergi, malakutmaut sudah mari. Ambillah iktibar daripada berita kematian yang kita baca dan tonton setiap hari…

Oleh sebab itu, jika selama ini hidup kita terlalu bebas, seronok dan bahagia, semaklah semula apakah kebebasan, keseronokan dan kebahagiaan itu benar-benar berada pada landasan redha ILAHI? Jika belum, susunlah semula supaya usia yang berbaki itu dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk TUHAN YANG MAHA ESA.

Jika sudah, alhamdulillah. Teruskanlah beribadah dengan istiqamah. Semoga malakulmaut datang memberi salam dalam senyuman.

Jom kita semua timbang semula usia yang sudah berlalu pergi, apakah masih ada dosa yang belum dibasuh dengan taubat? Bimbang juga disebabkan dosa lapuk itu, kita bakal terdedah kepada kematian dalam suul khatimah. Na’uzubillah…

 

Indah Tersusun Bahasamu Itu…

Mudahkah menjadi penulis? Agak mudah bagi orang yang dikurniai bakat menulis. Juga agak mudah bagi orang yang meminati bidang ini. Namun, ada yang berpendapat, menulis lebih mudah jika ada bakat. Minat akan datang kemudian…

Terpulanglah pada pendapat masing-masing. Bagi saya, minat yang pertama sedangkan bakat boleh diasah.

Apa yang hendak ditulis? Tulislah apa sahaja, mengikut aras ilmu yang anda ada. Susahkah menulis? Susah jika anda tidak memulakannya. Pabila sudah mula, 500 halaman tidaklah sebanyak mana…

Bagaimana hendak menulis? Pertama, kuasailah bahasa penulisan tersebut. Ambil beratlah akan tatabahasanya. Jika menulis dalam bahasa Arab, peliharalah qawaidnya. Jika menulis dalam bahasa Inggeris, peliharalah grammar nya. Jika menulis dalam bahasa ibunda yang kita cintai ini, peliharalah tatabahasanya.

Jangan sesekali menganggap tatabahasa sebagai perkara remeh. Yang penting tulis, tatabahasanya nanti biar editor yang uruskan. Begitukah?

Percayalah, bukan semua editor sanggup memanjakan anda dengan alasan anda boleh memberi keuntungan kepada mereka disebabkan nama anda yang sudah gah. Kali pertama mereka menerina emel manusrkip anda, pasti ada ekspresi yang sudah dijangka. Namun, terpaksa diredah jua disebabkan anda sekarang sedang top, ataupun karya sebelumnya menaikkan nama anda sebagai bestseller writer, ataupun nama anda sedang masyhur oleh ceramah-ceramah yang pernah anda sampaikan.

(psst: Saya pernah mengedit  karya seorang novelis tersohor. Cukuplah hanya sekali dan saya sangat serik!!!)

Apa kata, kita mudahkan kerja editor dengan memperbetulkan tatabahasa kita sebaik mungkin. Jika tatabahasa kita kurang kesalahan, tentu editor tidak mengambil masa yang lama untuk menyiapkan suntingan karya kita. Dengan itu, cepatlah sedikit karya kita terbit!

Mudah sahaja untuk jadi penulis, kan?

Mulakan langkah pertama, iaitu…tulislah apa sahaja. Langkah kedua, menulislah dengan tatabahasa yang betul…

Selamat berkarya…