Rintihan Anak Tak Berdosa

 

Rintihan Anak Tak Berdosa

 

Duhai ibu

aku suka membesar dalam rahimmu

di situ kutemui ketenangan dan kasihmu

di situ aku tahu, kau juga menyayangiku.

 

Duhai ibu

saat kaumeneran aku keluar dari rahimmu

kutahu kauberasa amat sakit

aku sangat kasihan, ibu

tapi apakan daya

sudah sampai masanya aku menjenguk dunia

dunia yang kaunikmati…

bersama lelaki yang membenihkan aku.

 

Tapi ibu

jika kausayang aku

mengapa kaubuang aku dalam kedinginan malam

aku lapar, ibu

aku haus, aku sejuk.

 

Mengapa kaubiarkan aku keseorang di tempat asing ini?

mana kehangatan pelukanmu itu…

aku sering mengharapkannya sejak berada dalam rahimmu.

 

Jangan buang aku, ibu

kasihilah aku

kasihanilah aku

aku juga ingin hidup seperti insan lain

berikan aku peluang ini, ibu…

(seorang bayi comel menangis hiba di sebalik renek senduduk ungu…suaranya semakin perlahan, kemudian tidak kedengaran lagi…)

 

 

 

 

~Kerana-MU Aku Berubah, halaman 147~

 

 

 

 

doa pengharapan…TUHAN, pandanglah hamba-MU ini…

 

Ya  ALLAH

kurniakanlah kami lidah yang lembut basah dengan mengingati dan menyebut nama-MU, hati yang penuh segar mensyukuri nikmat-MU serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintah-MU.

 

Ya ALLAH

kurniakanlah kami iman yang sempurna, hati yang khusyuk, ilmu yang berguna serta keyakinan yang benar-benar mantap.

 

Ya ALLAH

kurniakanlah kami agama yang betul, selamat daripada mara bahaya dan petaka.

Kami mohon ya ALLAH

kecukupan supaya kami tidak meminta-minta.

berikanlah kami iman yang sebenarnya sehingga kami tidak lagi gentar atau mengharap orang lain selain daripada KAU sendiri

kembangkanlah lembayung rahmat-MU kepada kami, keluarga dan anak-anak kami serta sesiapa sahaja yang bersama-sama kami.

 

Jangan ya ALLAH

ENGKAU biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri walau sekelip mata atau kadar lebih pendek daripada itu.

 

Wahai TUHAN yang paling cepat dan mudah memperkenankan, perkenankanlah permintaan kami ini…

Selawat dan restu-MU buat junjungan kami, Muhammad yang mulia, keluarga dan para sahabat baginda seluruhnya…

 

(Doa Ma’thurat)

 

 

Misteri 10 Haiwan Masuk Syurga

 

 

judul: Misteri 10 Haiwan Masuk Syurga

penulis: Drs. Hanafi Mohamed, Hjh Siti Zaimah Ab Rahman

penerbit: Al-Hidayah House of Publishers Sdn Bhd

harga: RM10.00

halaman: 115

Buku ini sangat ringkas. Buku ini menerangkan mengapa 10 haiwan terpilih, iaitu, keldai Uzair, ikan Nabi Yunus, anak lembu Nabi Ibrahim, kibas Nabi Ismail, lembu Nabi Musa, unta Nabi Salleh, burung hud-hud Nabi Sulaiman, semut Nabi Sulaiman, anjing Ashabul Kahfi dan unta Nabi Muhammad s.a.w  dapat masuk syurga ALLAH S.W.T di akhirat nanti.

 

Selamat membaca…

 

 

Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab…

 

 

 

judul: Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa

penulis: Ustaz Azhar Idrus

penerbit: PTS

harga: RM15.00

halaman: 180

 

Buku ini menghidangkan  soal jawab tentang isu-isu penting dalam bab taharah, wuduk, solat, puasa, zakat, haji dan umrah, aurat, jual beli, nikah kahwin, al-Quran, halal haram dan isu semasa.

Selamat membaca…

 

 

Biografi Malaikat

 

 

 

judul: Biografi Malaikat

penulis: Rachmat Ramadhana al-Banjari

penerbit: Al-Hidayah House of Publishers Sdn Bhd

harga: RM15.00

halaman: 262

Antara kandungan menarik:

  • Masihkah Jibril bertugas sesudah semua Nabi dan Rasul wafat?
  • Mikail tidak pernah ketawa sejak api neraka diciptakan.
  • Daripada Muaz bin Jabal & Jabir bin Abdullah r. huma, ketika Nabi s.a.w dimikrajkan, pada langit pertama, Nabi melihat para malaikat sedang berzikir kepada ALLAH S.W.T sejak mereka diciptakan. Pada langit kedua, Nabi melihat para malaikat rukuk kepada ALLAH S.W.T sejak mereka diciptakan. Pada langit ketiga, Nabi melihat para malaikat sujud kepada ALLAH S.W.T sejak mereka diciptakan, tanpa mengangkat kepada mereka, kecuali ketika Nabi s.a.w menyampaikan salam kepada mereka barulah mereka mengangkat kepala dan menjawab salam baginda. Kemudian mereka sujud semula hingga ke hari kiamat. (Disebabkan itu, sujud menjadi dua kali).  Pada langit keempat, Nabi melihat para malaikat bertasyahud. Pada langit kelima, Nabi melihat para malaikat bertasbih. Pada langit keenam, Nabi melihat para malaikat bertakbir dan bertahlil. Dan pada langit ketujuh, Nabi melihat para malaikat mengucapkan salam sejak mereka diciptakan. Setelah melihat itu semua, timbullah kegembiraan dalam hati Nabi s.a.w dan ingin agar umatnya menghambakan diri seperti itu seluruhnya. Maka ALLAH  mengetahui keinginan dan kerinduan Nabi s.a.w lalu DIA mengumpulkan ibadah (cara penghambaan) para malaikat di ketujuh-tujuh langit itu, dan dengan cara penghambaan itu DIA memuliakan Nabi s.a.w sambil berfirman: Sesiapa menunaikan solat lima waktu, maka dia akan memperoleh cara penghambaan para malaikat di ketujuh-tujuh langit.
  • Jika tiba hari Jumaat, maka  di setiap pintu masjid terdapat malaikat yang mencatat yang paling awal datang (datang untuk melaksanakan solat Jumaat). Jika imam telah duduk, mereka menutup suhuf (lembaran) dan datang untuk mendengar zikir.
  • Malaikat berselawat kepada orang yang solat berjemaah dalam saf pertama.
  • Malaikat bersemayam di samping tubuh manusia yang tidur dalam keadaan berwuduk.
  • Malaikat berdoa untuk orang yang gemar bersedekah.
  • 70,000 malaikat berselawat kepada Muslim yang menziarahi saudaranya yang sakit.
  • Malaikat sentiasa mengikut ucapan “Amin” bersama makmum dalam solat berjemaah.
  • Malaikat menghadiri majlis zikir.
  • Malaikat turut serta bersama orang yang membaca dan mempelajari al-Quran.
  • Malaikat berdoa dan menyambut orang yang menunaikan haji dan wukuf di Arafah.
  • Berselawat maksudnya: jika dari ALLAH bermaksud ALLAH memberi rahmat, keampunan dan berkat.
  • Selawat daripada malaikat bermaksud malaikat memohon rahmat, keampunan dan berkat untuk orang Mukmin.
  • Selawat yang dilafazkan oleh orang Mukmin bermaksud seseorang itu memohon rahmat, keampunan dan rahmat daripada ALLAH S.W.T.
  • …dan banyak lagi…perkara menarik untuk kita terokai supaya keimanan kita terhadap kewujudan malaikat bertambah kuat dan utuh.

 

Selamat Membaca…

Ruhana Zaki.

Cuti Umum dan Takwim Persekolahan 2012

 

Malaysian State & National Holidays 2012

Dates
Occasion
For
1 January
Sunday
New Year All states except Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Trengganu
14 January
Saturday
Yang di-Pertuan Besar
Negeri Sembilan’s Birthday
Negeri Sembilan only
15 January
Sunday
Sultan of Kedah’s Birthday Kedah only
23 January
Monday
Chinese New Year Nationwide
24 January
Tuesday
Chinese New Year (2nd Day) All states except Kelantan and Trengganu
1 February
Wednesday
Federal Territory Day Federal Territory of Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya only
5 February
Sunday
Prophet Muhammad’s Birthday
(Maulidur Rasul)
Nationwide
7 February
Tuesday
Thaipusam Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Penang & Selangor only
4 March
Sunday
Anniversary of Installation
of Sultan of Trengganu
Trengganu only
6 April
Friday
Good Friday Sabah & Sarawak only
15 April
Sunday
Declaration of Malacca as
a Historical City
Malacca only
19 April
Thursday
Sultan of Perak’s Birthday Perak only
1 May
Tuesday
Labour Day Nationwide
7May
Monday
Hari Hol Pahang Pahang only
5 May
Saturday
Wesak Day Nationwide
17 May
Thursday
Raja Perlis’ Birthday Perlis only
30- 31 May
Wed & Thu
Harvest Festival
Pesta Kaamatan Sabah
Sabah & Labuan only
1 – 2 June
Fri & Sat
Sarawak Harvest Festival
Hari Gawai Sarawak
Sarawak only
2 June
Saturday
Malaysian King’s Birthday
Harijadi Agong
Nationwide
17 June
Sunday
Israk & Mikraj Kedah, Negeri Sembilan & Perlis only
7 July
Saturday
Georgetown Heritage Day Penang – but not a ‘paid holiday’ for private sectors employees.
7 July
Saturday
Penang Governor’s Birthday Penang only
20 July
Friday
Sultan of Trengganu’s Birthday Trengganu only
21 July
Saturday
Awal Ramadan
Start of Muslim fasting month (bulan Puasa)
Johor, Kedah & Malacca only
6 August
Monday
Nuzul Al-Quran Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Penang, Selangor & Trengganu only
19 – 20 Aug
Sun & Mon
Hari Raya Puasa * Nationwide
31 August
Friday
National Independence Day
Merdeka
Nationwide
9 September
Sunday
Sarawak Governor’s Birthday Sarawak Only
16 September
Sunday
Malaysia Day &
Sabah Governor’s Birthday
Nationwide
Sabah
14 October
Saturday
Malacca Governor’s Birthday Malacca only
24 October
Wednesday
Sultan of Pahang’s Birthday Pahang only
26 October
Friday
Hari Raya Haji *
Hari Raya Qurban
Nationwide
27 October
Saturday
Hari Raya Haji (2nd Day) *
Hari Raya Qurban
Kedah, Kelantan, Perlis & Trengganu Only
11 November
Sunday
Sultan of Kelantan’s Birthday Kelantan only
13 November
Tuesday
Deepavali or Diwali Nationwide, except for Sarawak
15 November
Thursday
Awal Muharram
(Maal Hijrah)
Nationwide
22 November
Thursday
Sultan of Johor’s Birthday Johor only
11 December
Tuesday
Sultan of Selangor’s Birthday Selangor only
25 December
Tuesday
Christmas Nationwide

* Subject to change – depending on the sighting of the new moon

 

Malaysia School Holidays 2012
Cuti Sekolah Malaysia 2012
1st Term Holidays
10 March – 18 March Mid-Term Holiday
26 May – 10 June Mid-Year Holiday
2nd Term Holidays
18 – 26 August Mid-Term Holiday
10 November – 2 January 2013 Year End Holiday

 

 

Bakal Terbit!!!

 

…dapatkannya di toko berhampiran anda…

JANGAN LUPA YEA!