Tokoh Hadis Terkemuka

 

 

 

 

 

 

 judul: Imam Al-Bukhari/Imam Muslim/Imam Ibn Majah/

Imam Al-Tirmizi/Imam Abu Daud

penulis: Rosmawati Ali @ Mat Zin

penerbit: DBP

harga: RM5.80/sebuah

 

Bukhari, Muslim, Abu Daud, at-Tirmizi, an-Nasa’ie dan Ibn Majah merupakan tokoh hadis yang terbilang yang mewarnai lembaran sejarah pengumpulan hadis selepas pemergian Nabi Muhammad s.a.w. Ketekunan mereka memelihara warisan umat Islam yang berharga ini wajar disingkap dan diteladani.

Dalam siri ini, kita didedahkan secara ringkas dan terperinci tentang tokoh-tokoh hadis terkemuka ini, antaranya sejarah hidup dan kisah pengembaraan mereka dalam usaha menuntut ilmu dan mengumpul hadis. Selain daripada itu, melalui siri ini kita juga diperkenalkan dengan karya-karya agung yang pernah dihasilkan oleh tokoh tersebut.

 

Kata-kata Hikmah Terpilih

 

semat dalam hati, amalkanlah…

1. Ukuran paling tinggi tentang adab seseorang itu, dia wajib menaruh perasaan malu akan dirinya lebih dahulu.

2. Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan kepada usaha yang besar.

3. Menyesal tidak berbicara lebih baik daripada menyesal berbicara.

4. Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya dan orang yang jahil membuka keaibannya.

5. Anda akan mempunyai ramai kenalan jika anda meminati mereka, bukannya cuba membuat mereka meminati anda.

6. Akhlak yang buruk ibarat tembikar yang pecah; tidak dapat dilekatkan lagi, juga tidak dapat dikembalikan menjadi tanah.

7. Persediaan untuk menyambut kesempatan yang menjelma adalah rahsia kejayaan hidup.

8. Sesuatu yang pernah dihadapi – itulah pengalaman.

9. Kekuatan tidak datang daripada kemampuan fizikal tetapi ia datang dari semangat tidak pernah mengalah.

10. Orang paling akhir ketawa, tentu lebih banyak ketawa.

11. Manusia tak akan tahu semua perkara, justeru, tahu banyak perkara lebih baik daripada tidak suka ambil tahu walaupun satu perkara.

12. Harta yang didatangkan oleh angin akan dibawa pergi oleh taufan.

~ingatan buat diri sendiri~