KEAJAIBAN NOMBOR DALAM AL-QURAN

Ajaib tetapi benar! Lihatlah sebahagian daripada hasil kajian cendekiawan Islam terhadap kandungan Al-Quran. Didapati banyak perkara telah disentuh dan telah dibuat kajian oleh manusia seperti nombor, astronomi, angkasa lepas, perubatan, geologi, kejuruteraan, minda dan sebagainya. Bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Quran:

DUNIA – 115 kali
AKHIRAT – 115 kali

MALAIKAT – 88 kali
SYAITAN – 88 kali

HIDUP – 145 kali
MATI – 145 kali

FAEDAH – 50 kali
KERUGIAN – 50 kali

UMMAH – 50 kali
PENYAMPAI – 50 kali

IBLIS : PENGHULU SYAITAN – 11 kali
MOHON PERLINDUNGAN DARIPADA IBLIS – 11 kali

BALA/MUSIBAH – 75 kali
BERSYUKUR – 75 kali

BERSEDEKAH – 73 kali
BERPUAS HATI – 73 kali

ORANG YANG SESAT – 17 kali
ORANG YANG MENINGGAL DUNIA – 17 kali

MUSLIMIN – 41 kali
JIHAD – 41 kali

EMAS – 8 kali
KEMURAHAN HIDUP – 8 kali

KEAJAIBAN – 60 kali
FITNAH – 60 kali

ZAKAT – 32 kali
BERKAT – 32 kali

MINDA – 49 kali
NUR – 49 kali

LIDAH – 25 kali
SUMPAH – 25 kali

NAFSU – 8 kali
KETAKUTAN – 8 kali

BERCAKAP DI KHALAYAK RAMAI – 18 kali
BERDAKWAH – 18 kali

KESUSAHAN – 114 kali
KESABARAN – 114 kali

MUHAMMAD – 4 kali
SYARIAT – 4 kali

LELAKI – 24 kali
PEREMPUAN – 24 kali

SOLAT (SEMBAHYANG) – 5 kali
BULAN – 12 kali
HARI – 365 kali

LAUTAN – 32 kali
DARATAN – 13 kali
LAUT dan DARAT = 32 + 13 = 45

Justeru, peratusan laut = 32/45 x 100 = 71.11111111 peratus
Peratusan daratan = 13/45 x 100 = 28.88888889 peratus
JUMLAH = 100 peratus

Kajian sains oleh manusia telah membuktikan bahawa air meliputi 71.111 peratus daripada bumi dan tanah meliputi 28.889 peratus.Begitulah kebesaran dan keagungan ciptaan Allah SWT!!

Advertisements

Hadiah Hari Guru 2010

 

Alhamdulillah…merasa juga masuk majalah!Suatu hari sewaktu mendapat panggilan daripada Editor Majalah Nur, saya rasa berdebar-debar. Arahan kak Masyitah ringkas sahaja, tentang tarikh shooting dan pakaian yang perlu dibawa. Jika ada, bawa bersama profil diri.

Pada hari yang ditetapkan, suami menghantar saya ke Kumpulan Karangkraf di Seksyen 15, Shah Alam. Kemudian saya dibawa ke bilik mekap. Rasa terujanya…sebab dah lama tak mekap tebal 14 inci. Make-up artist saya simple saja orangnya namun kemahirannya terserlah. Setiap sentuhannya menghasilkan kecantikan yang luar biasa.

Selepas itu, saya diminta mencuba baju yang ditaja oleh Hajaba. Baju pertama agak longgar dan tidak sesuai, tetapi baju kedua okey. Jadi, inilah hasilnya…

 

 the editor, me, the make-up artist

Kata K. Masyitah, wajah saya ni akan terbit dalam Majalah Nur keluaran Mei, iaitu sempena Hari Guru. Jadi, selepas shooting, saya perlu menjawab beberapa soalan yang berkaitan dengan kerjaya saya, antaranya esp. cabaran mengajar di SJKC, sambutan Hari Guru yang paling bermakna dan bagaimana saya memperuntukkan masa untuk menulis dalam kesibukan bekerja.

Sebenarnya waktu shooting, saya tidak keseorangan. Saya digandingkan dengan dua orang guru dari daerah yang berlainan. Mereka berdua ternyata amat hebat dan menyerlah dalam kerjaya masing-masing. Mereka ialah Cikgu Foziah dan Ustazah Sarah…

 

Cikgu Foziah, Ustazah Sarah, Me

 

Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada orang yang mula-mula sekali memberi peluang kepada saya mengukir nama di Karya Bestari, iaitu K. Wan Rohana bt Wan Abd Manaf. Atas sokongan, semangat dan galakan beliaulah, maka Kasihmu Semerbak Firdausi menjadi realiti. Beliau tidak pernah jemu memberi bimbingan kepada saya. Beliau selalu memberi komen dan idea yang membina. Saya rasa beruntung pabila buku saya ini menjadi buku kedua diterbitkan di bawah genre Kauthar. Saya yakin, jika k. Wan tidak push saya, barangkali saya akan masa yang lebih lama untuk menyiapkan buku tersebut apatah lagi pada tempoh ‘deadline’ tersebut, kekangan tugas amat menghambat.

 

 

K. Wan: My best ‘sifu’ ever…

 

Saya turut rasa bertuah kerana k. Wan tak pernah lokek berkongsi ilmu dan pengalamannya. Paling mengharukan, beliau tidak pernah lupa menulis ‘tq’ pada hujung setiap emel atau sms nya kepada saya. Beliau juga banyak memberi cadangan untuk buku yang saya tulis supaya hasilnya nanti nampak kemas dan menarik. Maklumlah, Kauthar merupakan genre baru dalam Karya Bestari, jadi kami semua mahu buah tangan baru ini mampu menarik perhatian khalayak pembaca.

Sebulan selepas buku saya, Kasihmu Semerbak Firdausi diterbitkan, saya dikhabarkan satu lagi berita gembira. Alhamdulillah, novel saya sudi diterbitkan oleh Alaf 21. Saya kira, ini satu pencapaian yang memberangsangkan pada tahun 2010, buat diri saya. Sewaktu Pesta Buku Antarabangsa KL berlangsung pada bulan Mac yang lalu, saya tersenyum lebar melihat novel saya, Sanubari Pujaan, tersusun megah di sebelah novel-novel hebat terbitan Alaf 21.

Me…

 

Bagi sesetengah orang, masuk TV, masuk majalah dan glamour perkara biasa namun, tidak bagi saya. Maklumlah saya ni golongan marhain sahaja. Selain itu, menjadi glamour bukanlah matlamat utama saya ketika mula-mula menulis dahulu. Niat asal hanyalah untuk mengisi masa lapang dan meluahkan rasa hati. Dan saya memikirkan bahawa, amat perlu mendokumentasikan apa-apa sahaja yang berlaku dalam hidup kita. Sebab itu saya menulis. Dan lagi, melalui penulisan, saya dapat menghargai insan-insan penting yang berada di sekeliling saya, seperti ayah dan ibu, adik-adik, suami, keluarga, guru-guru, saudara-mara dan sahabat handai. Pada saya, penghargaan melalui cara ini lebih berkekalan sifatnya.

Ada penulis yang mencipta nama seawal bukunya yang pertama. Ada pula yang hanya dikenali selepas menghasilkan lebih daripada 10 buah buku. Barangkali saya berada di tengah-tengah dua kumpulan ini. Dan barangkali juga tidak…kerana saya tahu, saya tidaklah dikenali. Namun tidak mengapa. Saya mengambil ini sebagai cabaran. Tak mengapa jika tidak dikenali.Yang penting, mesej dakwah sampai kepada pembaca.

Hendak tahu apa yang mereka tulis tentang diri saya? Dapatkan majalah NUR keluaran Mei 2010. Selamat Hari Guru…

(Terima kasih NUR…)

Peringatan Sepanjang Zaman

Suatu ketika Rasulullah s.a.w telah ditanya tentang suhuf yang diturunkan kepada Nabi Allah Musa a.s.  Rasulullah s.a.w bersabda, “Sebahagian daripada kandungan suhuf Nabi Musa a.s :- 

1. Aku hairan pada orang yang telah meyakini akan datangnya kematian (yakin dirinya akan mati dan ditanya tentang amalannya), tetapi mengapa mereka masih berasa seronok dan gembira di dunia (tidak membuat persediaan). 

2. Aku hairan kepada orang yang telah meyakini akan adanya qadar (ketentuan) Allah s.w.t., tetapi mengapa mereka marah-marah (bila sesuatu musibah menimpa dirinya). 

3. Aku hairan pada orang yang telah meyakini akan adanya hisab (hari pengiraan amal baik dan buruk), tetapi mengapa mereka tidak berbuat kebaikan?” 

Rasulullah s.a.w ditanya pula tentang sebahagian daripada kitab Taurat, Nabi berkata, “Antara kandungannya adalah :- 

1. Wahai anak Adam, janganlah kau merasa khuatir akan kekuasaan (pangkat), selagi kekuasaan-Ku kekal abadi iaitu tidak akan hilang selamanya. 

2. Wahai anak Adam, sesungguhnya Kami menciptakan kamu adalah untuk beribadah kepadaKu, maka dari itu janganlah kamu mensia-siakan (menghabiskan masamu untuk berhibur sahaja). 

3. Wahai anak Adam, Kami tidak mengira akan amalanmu yang akan dilakukan esok, oleh itu janganlah kamu cemas akan rezekimu untuk esok. 

4. Wahai anak Adam, sesungguhnya bagi kamu ada kewajipan dan ketentuan rezeki, sekalipun kamu mengabaikan kewajipanmu terhadap-Ku, namun Aku tidak akan mengabaikan rezeki yang telah ditentukan untukmu. 

5. Wahai anak Adam, sesungguhnya jika kamu redha pada apa-apa yang telah aku berikan kepadamu, maka kamu akan merasakan bahagia zahir dan batin. Tetapi jika kamu tidak redha dengan apa-apa yang telah Aku berikan itu, maka kamu akan dikuasai oleh dunia sehingga kamu akan melompat-lompat dan melenting kepanasan di padang pasir yang panas. Demi Keagungan dan Kemuliaan-Ku, ketika itu pun kau tidak akan memperolehi apa-apa selain yang telah aku tetapkan, malahan engkau termasuk di dalam golongan orang yang tercela di sisi-Ku.”

Ajal Di Paruh Hud-hud

‘Auj bin Unuq adalah manusia yang berumur sehingga 4,500 tahun. Tinggi tubuh badannya di waktu berdiri adalah seperti ketinggian air yang dapat menenggelamkan negeri pada zaman Nabi Nuh a.s. Ketinggian air tersebut tidak dapat melebihi lututnya. Ada yang mengatakan bahawa dia tinggal di gunung. Apabila dia merasa lapar, dia akan menghulurkan tangannya ke dasar laut untuk menangkap ikan kemudian memanggangnya dengan panas matahari. Apabila dia marah atas sesebuah negeri, maka dia akan mengencingi negeri tersebut hinggalah penduduk negeri itu tenggelam di dalam air kencingnya.

Apabila Nabi Musa bersama kaumnya tersesat di kebun teh, maka ‘Auj bermaksud untuk membinasakan Nabi Musa bersama kaumnya itu. Kemudian ‘Auj datang untuk memeriksa tempat kediaman askar Nabi Musa a.s., maka dia mendapati beberapa tempat kediaman askar Nabi Musa itu tidak jauh dari tempatnya. Kemudian dia mencabut gunung-gunung yang ada di sekitarnya dan diletakkan di atas kepalanya supaya mudah untuk dicampakkan kepada askar-askar Nabi Musa a.s.
Sebelum sempat ‘Auj mencampakkan gunung-gunung yang dijunjung di atas kepalanya kepada askar Nabi Musa a.s, Allah s.w.t. telah mengutuskan burung hud-hud dengan membawa batu berlian dan meletakkannya di atas gunung yang dijunjung oleh ‘Auj. Dengan kekuasaan Allah s.w.t., berlian tersebut menembusi gunung yang dijunjung oleh ‘Auj sehinggalah sampai ke tengkuknya. ‘Auj tidak sanggup menghilangkan berlian itu, akhirnya ‘Auj binasa disebabkan batu berlian itu.

Looking For…A Perfect Husband???

A store that sells husbands has just opened in New York City, where a woman may go to choose a husband. Among the instructions at the entrance is a description of how the store operates.
You may visit the store ONLY ONCE!
There are six floors and the attributes of the men increase as the shopper ascends the flights. There is, however, a catch … . You may choose any man from a particular floor, or you may choose to go up a floor, but you cannot go back down except to exit the building!
So, a woman goes to the Husband Store to find a husband.
On the first floor the sign on the door reads:
Floor 1 – These men have jobs and love the Lord.
The second floor sign reads:
Floor 2 – These men have jobs, love the Lord, and love kids.
The third floor sign reads:
Floor 3 – These men have jobs, love the Lord, love kids, and are extremely good looking.
‘Wow,’ she thinks, but feels compelled to keep going. She goes to the fourth floor and sign reads:
Floor 4 – These men have jobs, love the Lord, love kids, are drop-dead good looking and help with the housework.
‘Oh, mercy me!’ she exclaims, ‘I can hardly stand it!’ Still, she goes to the fifth floor and sign reads:
Floor 5 – These men have jobs, love the Lord, love kids, are drop-dead gorgeous, help with the housework, and have a strong romantic streak.
She is so tempted to stay, but she goes to the sixth floor and the sign reads:
Floor 6 – You are visitor 4,363,012 to this floor. There are no men on this floor. This floor exists solely as proof that women are impossible to please. Thank you for shopping at the Husband Store. Watch your step as you exit the building, and have a nice day!
Please send this to all men for a good laugh and to all the women who can handle the truth!

Kisah Anakanda Kesayangan Baginda s.a.w, Uswah Buat Semua Isteri…

Gembira hatinya, gembiralah Rasulullah s. a. w. Tertitis air matanya, berdukalah baginda. Dialah satu-satunya puteri yang paling dikasihi oleh junjungan Rasul selepas kewafatan isterinya yang paling dicintai, Siti Khadijah. Itulah Siti Fatimah r. a., wanita terkemuka di dunia dan penghuni syurga di akhirat.

Bersuamikan Sayyidina Ali bukanlah satu kebanggaan yang menjanjikan kekayaan harta. Ini adalah kerana Saidina Ali yang merupakan salah seorang daripada empat sahabat yang sangat rapat dengan Rasulullah s. a. w., merupakan kalangan sahabat yang sangat miskin berbanding dengan yang lain.

Namun jauh di sanubari Rasulullah s. a. w. tersimpan perasaan kasih dan sayang yang sangat mendalam terhadapnya. Rasulullah s. a. w. pernah bersabda kepada Saidina Ali,”Fatimah lebih kucintai daripada engkau, namun dalam pandanganku engkau lebih mulia daripada dia.”(Riwayat Abu Hurairah)

Wanita pilihan untuk lelaki pilihan. Fatimah mewarisi akhlak ibunya Siti Khadijah. Tidak pernah membebani dan menyakiti suami dengan kata- kata atau sikap. Sentiasa senyum menyambut kepulangan suami hingga hilang separuh masalah suaminya. Dengan mas kahwin hanya 400 dirham hasil jualan baju perang kepada Saidina Usman Ibnu Affan itulah dia memulakan penghidupan dengan wanita yang sangat dimuliakan Allah di dunia dan di Akhirat.

Bukan Saidina Ali tidak mahu menyediakan seorang pembantu untuk isterinya tetapi sememangnya beliau tidak mampu berbuat demikian. Meskipun beliau cukup tahu isterinya saban hari bertungkus-lumus menguruskan anak-anak, memasak, membasuh dan menggiling tepung, dan yang lebih memenatkan lagi bila terpaksa mengandar air berbatu-batu jauhnya sehingga kelihatan tanda di bahu kiri dan kanannya.

Suami mana yang tidak sayangkan isteri. Ada ketikanya bila Saidina Ali berada di rumah, beliau akan turut sama menyinsing lengan membantu Siti Fatimah menggiling tepung di dapur. “Terima kasih suamiku,” bisik Fatimah pada suaminya. Usaha sekecil itu, di celah-celah kesibukan sudah cukup berkesan dalam membelai perasaan seorang isteri.

Suatu hari, Rasulullah s. a. w. masuk ke rumah anaknya. Didapati puterinya yang berpakaian kasar itu sedang mengisar biji-biji gandum dalam linangan air mata. Fatimah segera mengesat air matanya tatkala menyedari kehadiran ayahanda kesayangannya itu. Lalu ditanya oleh baginda, “Wahai buah hatiku, apakah yang engkau tangiskan itu? Semoga Allah menggembirakanmu.” Dalam nada sayu Fatimah berkata, “Wahai ayahanda, sesungguhnya anakmu ini terlalu penat kerana terpaksa mengisar gandum dan menguruskan segala urusan rumah seorang diri. Wahai ayahanda, kiranya tidak keberatan bolehkah ayahanda meminta suamiku menyediakan seorang pembantu untukku?” Baginda tersenyum seraya bangun mendapatkan kisaran tepung itu. Dengan lafaz Bismillah, Baginda meletakkan segenggam gandum ke dalam kisaran itu. Dengan izin Allah, maka berpusinglah kisaran itu dengan sendirinya. Hati Fatimah sangat terhibur dan merasa sangat gembira dengan hadiah istimewa dari ayahandanya itu. Habis semua gandumnya dikisar dan batu kisar itu tidak akan berhenti selagi tidak ada arahan untuk berhenti, sehinggalah Rasulullah s. a. w. menghentikannya.

Berkata Rasulullah s. a. w. dengan kata-kata yang masyhur, “Wahai Fatimah, Gunung Uhud pernah ditawarkan kepadaku untuk menjadi emas, namun ayahanda memilih untuk keluarga kita kesenangan di akhirat.” Jelas, Baginda Rasul mahu mendidik puterinya bahawa kesusahan bukanlah penghalang untuk menjadi solehah. Ayahanda yang penyayang terus merenung puterinya dengan pandangan kasih sayang, “Puteriku, mahukah engkau kuajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kau pinta itu?” “Tentu sekali ya Rasulullah,” jawab Siti Fatimah kegirangan. Rasulullah s. a. w. bersabda, “Jibril telah mengajarku beberapa kalimah. Setiap kali selesai sembahyang, hendaklah membaca ‘Subhanallah’ sepuluh kali, Alhamdulillah’ sepuluh kali dan ‘Allahu Akbar’ sepuluh kali. Kemudian ketika hendak tidur baca ‘Subhanallah’, ‘Alhamdulillah’ dan ‘Allahu Akbar’ ini sebanyak tiga puluh tiga kali.”

Ternyata amalan itu telah memberi kesan kepada Siti Fatimah. Semua kerja rumah dapat dilaksanakan dengan mudah dan sempurna meskipun tanpa pembantu rumah. Itulah hadiah istimewa dari Allah buat hamba-hamba yang hatinya sentiasa mengingati-Nya.

Karya Terbaru – Kasihmu Semerbak Firdausi

 

ayah dan ibu

kaulah segala-galanya dalam hidupku.

andai kasihmu seputih salju

sayangmu sejernih al-Kauthar

kuingin selama-lamanya begitu

usah ada  walau setitis noda di situ.

 

ayah dan ibu

ibarat sungai yang mengalir tiada hentinya

ibarak semerbak Jannatul Naim

harumnya tersebar di bumi

kaulah bintang di hati

 

ayah dan ibu

andai kasihmu sedamai malam

kuingin selama-lamanya begitu

agar dapat kuberadu di pangkuanmu selalu

bersama restu, bersama redamu…

 

ayah dan ibu

takkan kubiar kau menangis sedih

ingin kulafaz jutaan terima kasih

di atas kasih yang terindah

bersifat rabbani

kasih nan melindungi.

 

ayah dan ibu

sesungguhnya, deritamu cagaran bahgiaku

restumu syurga nafasku

kaulah anugerah syurgawi dalam hidupku…

* ayah dan ibu, manusia paling bermakna dalam hidup kitaa semua. tanpa mereka, entah di mana pula kita pada hari ini…

* bersyukurlah pada-Nya kerana mengutuskan ayah dan ibu yang melahirkan, menunjuk ajar, membesarkan dan menjadikan kita manusia serba berjaya dan berguna pada hari ini…

*maka sebagai balasannya, setelah besar panjang, berapa kerap kita mengenang mereka? berapa kerap kita memeluk mereka? berapa kerap kita menghubungi mereka? berapa kerap kita pulang ke sisi mereka dan bertanyak khabar mereka?

*dan jika mereka sudah tiada, masih adakah bakti kita terhadap mereka?

*bacalah buku ini untuk mendapat sedikit sebanyak bimbingan dan panduan, agar mereka sentiasa merestui kita di alam fana ini dan di alam baqa…