Temu Mesra Secara Live…

Program Temu Mesra Secara Live dengan penulis Karya Bestari merupakan salah satu daripada cara Karya Bestari mengetengahkan buku-buku terbitan mereka kepada khalayak. Selain itu, dapatlah pembaca berkenalan dengan lebih dekat penulis buku-buku tersebut.

Penulis seterusnya yang dijemput untuk menjayakan program ini ialah…Ruhana Zaki. Jangan lupa untuk sama-sama hadir dan menyokong program tersebut, demi memartabatkan buku-buku Islamik…

Kerana-Mu Aku Berubah merupakan buku kedua Ruhana Zaki dalam genre Kauthar. Buku ini banyak memberi panduan penting namun begitu mudah untuk diikuti, terutama oleh golongan remaja. Di dalam buku ini juga diselitkan Tasbih Hati. Tasbih Hati boleh membimbing  kita ke arah penyucian hati secara lebih berkesan.