Pelancaran Buku Kompilasi Cerpen REKRUT

Dilancarkan oleh: KPPM, Dato Sri Dr. Khair bin Mohamad Yusof

IMG-20151030-WA0002

Terima kasih.

Advertisements

Nikmat Terindah

Alhamdulillah, ini antara nikmat terbesar yang pernah saya rasai ketika hidup. Terima kasih penerbita yang sudi memayungi saya…

20151006_16063520151006_10403620151006_103421

6.10.2015

Best Seller di Hati Pembaca

cover penuh SDT

Assalamualaikum…

Puan yang dihormati…
Alhamdulillah saya baru selesai membaca senaskah buku yang bertajuk Surat daripada Tuhan…
Hadiah dari anak …

Tersentuh hatiku…
Apabila anak sempat menitipkan kata kata semangat untuk umminya. …
Ummi ini buku yang best sangat sangat along jumpa…
Ummi masih belum terlambat untuk menjadi seorang hafizah…
Ummi doakan along menjadi Hafiz penghafaz Al Quran dan menjaganya baik baik sampai ke Syurga…
Puan!!! Menitis air mata di saat anak menuturkan kata kata itu…

Ummi along hadiahkan buku ini …

Dari hasil tabungan along…

Untuk ummi…

Duit yang Allah kirimkan, rezekikan melalui insan yang baik baik…

Untuk pengetahuan puan anak saya anak yatim, yamg sekarang sedang menuntut di maahad tahfiz di selangor MITS
Puan…

Anak sangat meminati tulisan karangan puan, dia menyatakan apabila membacanya dengan mata hati ada aura disitu…
Apabila dia meluahkannya dan saya membacanya…

Memang betul…

Dan saya ungkapkan untuknya…

Penulisan yg lahir dari hati adalah menerbitkan aura pada pembacanya…

Dia tersenyum, betullah ummi…
Puan Terima kasih sudi menatap coretan saya ini …

Hanyalah sekadar luahan …

Dari ibu…

Yang menerima hadiah yg tak ternilai dari seorang anak…
Meginsafkan diri ini, merasakan kerdilnya seorang hamba…

Banyak sangat nak kena perbaiki diri muhasah diri ini setelah membaca dengan matahati buku karangan puan ini, Syukur pada Allah…

Kerana diberi kan saya mengenali hasil dakwah puan yang ternilai di sisi-Nya kebaikan ilmu yang manfaat…

Melalui penulisan…
Semoga karya karya puan menjadi saham dan penolong di negara yang abadi nanti…

 

Nota saya:

Alhamdulillah. Ayat terakhir itulah yang menitiskan air mata saya. Ya, semoga tulisan saya menjadi saham untuk saya pada hari yang tiada belas kasihan selain daripada belas kasihan Allah Yang Maha Esa.

 

ALLAH, Hidup Matiku Hanya Untuk-MU by Ruhana Zaki

Syukur, alhamdulillah. Ini buku keenam saya dengan Karya Bestari.

COVER ALLAH HIDUP MATIKU HANYA UNTUKMU

Kupilih Redha-Mu

Alhamdulillah, dengan ini saya menamatkan penantian para pembaca buku-buku saya dengan kelahiran karya terbaru berjudul Kupilih Redha-Mu. Semoga bermanfaat.

 

COVER MONOLOG DR HATI-final.indd

Screenshot_2014-08-14-11-17-51

Penerbit Jujur, Penulis Lega

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.

Selama menjadi penulis, saya pernah menghadapi pelbagai ragam manusia, terutama sekali penerbit. Pernah ditipu, tidak pernah dapat penyata jualan buku, tidak dibayar royalti merupakan antara pengalaman yang sudah saya rasai. Novel yang dikatakan sebagai ‘meletup’ di pasaran, tidak pula membuatkan saya jadi kaya kerana saya tidak dibayarpun!

Tak mengapalah, itu semua pengajaran buat diri saya. Lagipun, ‘hutang’ tersebut pasti akan ditanggung terus oleh penerbit berkenaan hingga ke akhirat jika penerbit itu tidak datang melangsaikannya, atau sekurang-kurangnya meminta maaf.

Tak mengapalah, itu semua tidak merencatkan hobi saya. Saya terus menulis dan menulis. Malah segala kesulitan dalam proses menerbitkan sesebuah buku mampu saya hadapi dengan senyuman…disebabkan pengalaman masa lalu.

Kini, boleh dikatakan dunia penulisan saya sudah memasuki fasa kedua, bermula pada tahun 2010. Syukur, karya saya diterima untuk diterbitkan oleh sebuah penerbit gergasi negara, Karangkraf. Lima tahun mendedikasikan sedikit bakat yang ada ini, enam karya saya sudah diterbitkan oleh Karangkraf.

Saya akui, saya bukanlah penulis yang popular. Buku-buku saya juga tidak meletup. Saya hanya ada beberapa orang ‘follower’ yang sentiasa menanti-nanti buku saya diterbitkan. Namun, itu bukan persoalannya. Yang membahagiakan saya adalah, hobi saya sudi didukung oleh penerbit yang jujur ini.

Saya juga amat tertarik hati dan lega terhadap kejujuran Karangkraf dalam menjaga kebajikan penulis-penulisnya. Salah satu daripadanya, berkenaan jumlah buku yang dijual dan jumlah royalti yang dibayar. Pernah suatu ketika, royalti untuk saya hanya sekitar RM400++, namun mereka tetap bayar kepada saya. Itulah bukti kejujuran. Dan biasanya seseorang penulis akan menerima penyata yang mencatatkan jumlah buku yang telah dijual, sejak kali pertama buku penulis berkenaan diterbitkan.

Satu perkara lagi yang membuktikan penerbit ini jujur sejujur-jujurnya ialah perjanjian yang ditandatangani bersama bagi setiap buku.

20140710_163247

Subhaaanallah…saya amat kagum. Dan saya berdoa, sifat mulia ini berkekalan diamalkan dalam syarikat penerbitan yang besar ini.

Saya percaya, semua penulis mahu penerbit mereka jujur. Kita menulis bukanlah semata-mata untuk mendapatkan imbuhan. Malah, itu bukan niat asal saya menjadi penulis. Namun, kita juga turut berharap semoga penerbit yang mencetak buku kita itu sedikit bertimbang rasa terhadap idea, masa dan tenaga yang digembleng sekian lama untuk menyiapkan sesebuah buku.

 

Lagi…Testimoni “Kerana-MU Aku Berubah”

Syukur setinggi-tingginya kerana buku saya yang berjudul Kerana-MU Aku Berubah telah berupaya menyentuh banyak hati, antaranya hati pembaca ini.  Alhamdulillah, dengan membaca buku tersebut, hati pembaca tergerak untuk berubah dan seterusnya istiqamah. Inilah kepuasan paling besar yang saya nikmati setiap kali menghasilkan karya…

111013_0732_LagiTestimo1.png

111013_0723_LagiTestimo2.png

111013_0723_LagiTestimo3.png

111013_0723_LagiTestimo4.png

~nursaidatulakma.blogspot.com~