5.12.1999

 

Ada apa dengan tarikh itu?

Pada tarikh itu, janji Allah terlaksana. Dia mengambilmu selama-lamanya.

Hari ini, menjelang tibanya tarikh yang sama, rinduku masih sama. Walaupun sudah 16 tahun kau tiada.

 

Advertisements

Letih

FB_IMG_1424998652844

Pernahkah kaurasa terlalu letih untuk meneruskannya?

Pernahkah kaurasa mahu menamatkan semua? …pergi jauh-jauh.

Mudahkah Menjadi Ibu?

 

Kadang-kadang, inilah yang membuatkan ramai wanita bekerjaya seram untuk berumahtangga. Mereka melihat pengalaman kawan-kawan yang menjadi ibu. Banyaknya cabaran.

Anak ramai dengan kerenah yang pelbagai. Semua perlu dijaga. Anak yang sedikit, juga banyak kerenah. Pendek kata, anak-anak zama sekarang mahu dilayan seperti raja. Setiap kemahuan dipenuhi dengan segera. Mereka tidak memandang lagi kesusahan ibu bapa. Yang penting apa yang diingini, dapat. Kalau tak dapat? Memberontak.

Sang ibu, tentulah mahu sedaya upaya memakbulkan keinginan anak-anak. Menangis di dalam siapa yang tahu…asalkan di depan anak-anak, ceria. Nanti kalau tak penuhi tanggungjawab, berdosa pula. Tapi bila semua kehendak terpenuhi pun, belum tentu anak-anak akan jatuh kasih. Tak mustahil kasih anak-anak berlaku dengan syarat.

Tapi, kalau lama berkahwin tak ada anakpun…susah juga!

Semua serba tak kena.

Wahai anak, susahkah menjadi anak yang berbakti? Adakah kau tidak tahu kesengsaraan ibumu menyediakan semua kegembiraanmu? Mustahil tak tahu. Mustahil tak faham.

Mengapa kaulebih tega duduk dengan ibu orang lain, berbahagia dengan ibu orang lain, lebih selesa meluang masa dengan ibu orang lain…hina sangatkah ibu yang melahirkanmu?