Lebam di Lengan

 

Melihat kesan lebam akibat dicucuk jarum ketika ambil darah, hati jadi sebak. Sampai bila begini? Barangkali hingga hujung nafas. Tapi orang kata, jika kita rasa penderitaan kita teruk, fikirkan penderitaan orang lain lebih teruk.

Jika kita sakit, bayangkan orang lain lebih sakit.

Jika kita diuji, rasa macam sukar sangat, bayangkan ujian orang lain lebih sukar.

Hmmm…nasihat itu hakikatnya untuk memujuk hati.

Sebenarnya tak perlupun nak bandingkan. Apa yang kita alami, kalau rasa teruk, menangislah kepada Tuhan. Tak payah fikir sakit orang, penderitaan orang, ujian orang. Bukannya boleh selesai. Lagipun, kalau bandingkan, tak akan mengubah apa-apapun yang sedang kita alami.

Ada baiknya duduk tenang-tenang, kemudian fikir dan usaha bagaimana untuk ubati sakit kita, atau hadapi ujian kita.

Cukuplah. Berhentilah membanding-bandingkan. Bukannya kita tak tahu, nasib dan rezeki manusia tak sama.

Takkanlah waktu kita sakit kaki, kita nak bandingkan dengan orang yang putus kaki?

Eloklah kita usaha cari ubat sakit kaki, bukannya pergi potong kaki!

Walau apa-apapun, jom kita latih diri untuk ucap alhamdulillah walaupun ketika ditimpa musibah yang paling dahsyat.

Saya tahu, kita semua memang banyak menangis dalam hati. Zahirnya saja kita mampu senyum. Maklumlah, fb ajar begitu. Senyum tak semestinya bahagia. Orang yang sering senyum tak bermakna tak pernah hadapi keadaan sukar.

Hmmm entahlah. Semua nak bergurukan fb. Sampai tak kenal lagi kualiti baik yang diajar oleh agama.

Jadilah diri sendiri apabila sudah berada di landasan yang betul. Ubatnya ada pada solat, al-Quran dan jalan hidup kita.

Sakit atau senang, sebenarnya kita hadapinya sendirian. Yang orang kata simpati tu, yang kata sayang tu, yang banyak tolong tu, ah….belum tentu ikhlas.

Akhir sekali, kita tetap perlu hadapinya sendirian.

Ya, kembali melihat lebam di lengan. Ini takdirku. Akan kuharunginya dengan tabah. Jika takdir ini berkekalan hingga ke hujung nafas, aku gembira melaluinya.

Advertisements

Manja Tapi Okey, Katanya

 

Ingat tak, waktu kita posting dulu, Sabah atau Sarawak, berjauhan dengan keluarga…kepada siapa kita mengadu?

Hanya di bahu ayah ibu kita lepaskan kesedihan sama ada suka atau tidak suka, sedih atau gembira. Dan semangat itulah yang kita bawa untuk memulakan pekerjaan. Kita jadi pekerja yang tabah walaupun dugaan bukannya sedikit ketika menjadi junior.

Anak muda hari ini?

Baru posting di selatan tanah air. Bukannya jauh sangat, apatah lagi baru mula kerja sudah ada kenderaan. Dan entah-entah nanti, balik cuti ke kampung halaman pun naik belon, sebab penat nak memandu katanya. Manja. Dan banyk duit.

Sudahlah begitu, seminggu sebelum posting, sudah mula menagih simpati dan semangat daripada kawan-kawan di facebook. Tentulah ramai yang akan beri semangat. Sedihnya, semangat yang diberi oleh ayah ibu tidak dicatatpun dalam status facebook. Seolah-olah ayah ibu tiada peranan, seakan-akan mereka tidak beri apa-apa nasihat mahupun semangat.

Tak adillah.

Tapi, bak kata sesetengah orang lama, tak sesuai membandingkan zaman dulu dengan zaman sekarang. Sedangkan Saidina Umar pun pesan supaya kita didik anak-anak mengikut zaman, katanya.

Itulah, layan sangat kemanjaan anak muda sekarang.

Tengoklah nanti, kerja lebih sikit mengadu di facebook. Penat sikit mengadu juga. Tak dapat cuti hari Sabtupun mengadu juga. Sedangkan itulah yang dialami oleh orang-orang lama, lama sebelum adanya facebook. Susah ke, penat ke, sakit ke, mengadu kat Tuhan terus.

Tengoklah lepas seminggu nanti, ada tak status yang berbaur semngat lemah tu. Kita tunggu dan tengok. Kalau tak ada, memang saya salute kamu, anak muda.

Peluang Orang Sihat

 

Menelusuri lawan web yang menawarkan peluang pekerjaan, kita pasti akan melihat syarat-syarat kesihatan yang ditetapkan. Pendek kata, orang sihat memang ada banyak peluang untuk bergerak maju ke hadapan dalam kerjaya.

Tetapi, adakah orang yang sihat menganggap ini peluang besar untuk mereka? Ramainya yang sihat, tetapi tidak ambil peluang untuk majukan kerjaya. Malah ramai orang sihat yang malas bekerja.

Tahukah apa impian orang yang sakit? Mereka berasa cemburu kerana tenaga mereka terbatas sedangkan mereka ada kemampuan, kemahiran dan semangat untuk berdaya maju. Syarat yang ditetapkan membunuh segala-galanya.  Banyaknya peluang terpaksa dilepaskan kerana penyakit yang dihidapi.

FB_IMG_1447397555006

Allahuakbar!

Atas dunia, orang sakit memang diuji dengan hebat. Teringin bersaing tapi tak mampu. Akhirnya, terpaksalah akur terhadap pekerjaan yang sederhana dengan bayaran yang sederhana juga. Apakan daya.

Cuma, orang sakit tak semestinya menangis terus selama-lamanya. Di dunia barangkali tidak beruntung. Tetapi penyakit yang dihidapi, jika dihadapi dengan sabar, insya-Allah keuntungannya akan dinikmati di akhirat kelak.

Allah ada. Allah memerhati, Allah juga sedang menghitung ganjarannya.

Bertabahlah kamu, orang sakit.

Rezeki Anak Kita

Abang,

Saya nak beritahu, anak kita sudah dipanggil mengerjakan haji. Saya rasa sebak sangat. Kalau abang masih ada, tentu abang gembira.

Apa khabar abang kat sana?

Saya rindukan abang. Lamanya kita dipisahkan. Dan tak tahulah kita berpeluang jumpa lagi atau tidak.

Saya harap, bila anak kita sampai di Mekah nanti, dia akan doakan kesejahteraan abang banyak-banyak. Juga dia doakan kesejahteraan saya banyak-banyak.

Ini saja yang mampu saya lakukan bang,…tanpa abang di sisi. Saya berusaha menjadi penjaga amanah yang paling amanah. Alhamdulillah, saya tidak pernah makan harta anak kita tu. Duit yang orang sedekah sejak dia lahir, itulah yang saya simpan dalam Tabung Haji. 15 tahun, rupa-rupanya simpanannya sudah cukup untuk buat haji. Syukur sangat-sangat.

Oh, dah 15 tahun? Maksudnya dah 16 tahun abang tinggalkan saya.

kubur1

Abang rindu saya tak?

 

Keychain Cikgu

 

Tadi, cikgu beri hadiah keychain Melaka berharga RM2 kepada murid cikgu. Tidak lama selepas itu, cikgu ternampak murid cikgu tu upload gambar-gambar dia bercuti di Las Vegas.

Oh, apalah sangat dengan keychain murah itu berbanding kemampuan keluarganya bercuti sekeliling dunia.

Cikgu insaf.

 

Setitis Harapan

4.30 pagi.

Allaaah. Alhamdulillah, Dia mengizinkan aku hidup untuk sehari lagi.

Sakitnya badan. Letih semalam tak habis lagi. Dah masuk hari baru pulak. Menggeliat sikit, betulkan rambut dan sepit ke belakang. Mata masih pejam. Aduuuhhh…seronoknya kalau tak payah kerja?

Solat tahajud dan solat hajat? Dah 4.30 pagi. Tapi…

Aku ada hajat nak mintak daripada Tuhan. Tentang anak aku. Aku nak sangat-sangat Tuhan beri apa yang dia nak.  Aku tahu doa ibu dimakbulkan. Aku seorang ibu. Tapi aku tahu aku banyak dosa. Dan banyak sungguh doa aku sebelum ini, tidak dimakbulkan pun. Lalu aku menangis sorang-sorang. Banyaknya dugaan yang aku lalui dengan susah payah. Adakah itu disebabkan dosa-dosa masa laluku? Adakah aku sedang dibalas?

Ini, untuk anak. Aku tak boleh putus harap. Walaupun Tuhan tak makbulkan, aku tetap nak mintak jugak. Sekurang-kurangnya aku berusaha.

Kugagahi untuk bangun dari katil. Menuju ke bilik air. Tuhan, terimalah solatku yang sudah lewat ini…

~rintih seorang ibu~

Solat Ikhlas

 

Mutakhir ini, gamat sungguh orang post dan share tentang solat dhuha dan solat hajat di media sosial.

Saya percaya, ramai yang terpengaruh. Ingin berubah.

Syukurlah.

Tapi, tetap ada tapinya.

Apatah lagi dalam zaman gawat ini, ramai yang susah hati memikirkan kos sara hidup yang tinggi sedangkan gaji tak tinggi.

Maka, solat dhuha dilihat sebagai solusinya. Solat dhuha penyebab murah rezeki.

Alahai…

Sanggup solat sunat sebab susah hati tentang rezeki. Padahal sebelum ni, tak pernah peduli apa-apa tentang solat sunat. Mana tidaknya, solat terawih pun tak pernah buat.

Gawat punya pasal.

Persoalannya, ikhlas ke tak?

Macam nak rasuah Tuhan pulak. Semata-mata terdesak nak rezeki lebih…