Sepahit Kopi

 

Sepahit Kopi 001

Judul: Sepahit Kopi

Penulis: Anwar Nursi

Penerbit: Karya Bestari

Harga: RM25

 

Wah…saya berpeluang membaca satu lagi karya yang hebat! Saya percaya, penulis ini banyak ilmu dan rajin membuat rujukan setiapkali menghasilkan buku motivasinya.

Sepahit Kopi amat padat dengan nasihat dan ilmu yang relevan diamalkan pada setiap hari. Tentang ujian hidup, tentang panduan menjadi anak, ibu bapa, suami mahupun isteri. Malah, untuk menjadi ahli masyarakat terbaikpun ada panduannya di dalam buku ini.

Seperti biasa, saya suka mengutip nasihat dan kata-kata indah setiapkali membaca buku. Beberapa nasihat/panduan dan kata-kata indah yang dapat saya kutip adalah:

  • Semua orang sanggup terbang atau belayar jauh untuk memenuhkan bank dunia. Namun bagaimana pula dengan tabungan akhirat?
  • Jika mahu harta sentiasa bertambah, sifirnya mudah:banyak bersedekah.
  • Menurut kajian, hanya 20% umat Islam solat penuh lima waktu sehari semalam. Bakinya tidak solat langsung atau solat tidak cukup lima waktu.
  • Istiqamah ada pelbagai tafsiran. Berubah itu mudah, tapi istiqamah memang payah.
  • Jika baju kotor, kita sanggup membasuhnya berulang kali. Sepatutnya begitu jugalah dengan hati. Hati yang kotor boleh dibasuh dengan taubat.
  • Bangunkan potensi lain dalam diri anak-anak jika mereka kurang pikap dalam pelajaran.
  • Tak semua perkara agama perlu dijelaskan menggunakan logik akal.
  • Dunia dan kematian bukanlah babak terakhir drama, bahkan ia merupakan mukadimah suatu babak yang lebih penting, iaitu akhirat.
  • Syaitan adalah penggalak ketaatan. Jika tiada syaitan, semua orang baik. Maka, ketaatan akan menjadi perkara biasa.
  • Pesana terbaik untuk anak-anak adalah: jaga solat, baca al-Quran dan jangan bermewah-mewah.
  • Komunikasi yang baik umpama penyaman udara di dalam rumah.
  • Hasan Al-Basri pernah berkata:Faqih yang sebenar tidak suka menunjuk pandai dan tidak suka bertengkar. Dia hanya menyebarkan hikmah Allah.
  • Istilah takut mati orang dewasa: kerana banyak dosa atau amal soleh terlalu sedikit.
  • Tidak boleh berputus asa ketika mendidik anak.
  • Besarnya kuasa ganjaran hingga ada yang mengamuk jika gaji dibayar lambat. Namun, mengapa tindakan kita tidak begitu ketika mengejar pahala? Kita mahu pahala yang banyak sedangkan kita kurang berusaha ke arahnya. 

Ini hanya sebahagian daripada sekian banyak lagi pengajaran dan ilmu yang terdapat dalam Sepahit Kopi. Saya percaya anda tidak akan menyesal memilikinya. Malah, anda pasti tertunggu-tunggu naskhah baharu penulis ini lagi.

 

 

Advertisements

Sepatu Hijrah

Sepatu Hijrah 001

Judul: Sepatu Hijrah

Penulis: Mohd Akhirudin

Penerbit: Karya Bestari

Harga: RM24

 

Buku ini menyajikan peringatan yang menghidupkan hati. Bahkan, saya percaya buku ini dihasilkan berinspirasikan kisah benar penulis yang pernah menghadapi dugaan berkaitan kesihatan. Beberapa hari di wad membuatkan beliau banyak berfikir tentang mati, persediaan menghadapinya dan apa yang bakal ditinggalkan untuk anak-anak dan isteri.

Bagi saya, peringatan dalam Sepatu Hijrah turut sesuai kita ambil sebagai iktibar buat diri sendiri. Mati  akan dirasai oleh semua manusia. Cuma, apabila diuji oleh penyakit ketika segar-bugar, tentulah kita akan lebih terperanjat. Makan dijaga, begitu juga dengan riadah. Maka, fahamlah kita bahawa penyakit datang bukan kerana kita mengabaikan aspek pemakanan mahupun gaya hidup. Ia tetap boleh menyerang orang yang sihat.

Begitu juga dengan dugaan-dugaan lain. Malah,  hidup kita ini secara kesuluruhannya adalah dugaan. Tak kiralah sama ada ketika susah mahupun bahagia. Ketika susah, terasa Tuhan sangat dekat. Ketika bahagia, hampir saja Tuhan dilupai sepenuhnya. Astaghfirullah.

Kita hidup untuk mati. Kita mati untuk tiba di suatu kehidupan lain yang abadi. Adakah kita telah bersiap-siaga untuk memasuki kehidupan yang tiada penghujung itu?

Sesungguhnya benarlah kata penulis, kita mengetahui nasib kita sebaik sahaja sakarat tiba. Itulah wajah kehidupan sebenar dunia abadi kita, iaitu akhirat. Letakkan dunia di tangan, bukan di hati. Hiduplah di atas dunia ini untuk memastikan akhirat nanti manis semanis-manisnya.

Ketika masih hidup, berlumba-lumbalah melakukan amal soleh dengan mengembalikan jiwa hanya untuk Dia. Buanglah persepsi ‘kenapa aku’ andai ditimpa musibah. Kerana musibah tidak dihantar tanpa hikmah. Bertenang. Muhasabah diri. Sabar apabila musibah tiba. Bukannya mengeluh, kemudian baru fikir hendak sabar.

Bagi saya, Sepatu Hijrah merupakan manual lengkap jika anda sedang tercari-cari jalan untuk kembali kepada Allah dengan cara paling bergaya.

Di Sudut Jalan Braga

 

Di Sudut Jalan Braga 001

Judul: Di Sudut Jalan Braga

Penulis: 29 Penulis Remaja

Penerbit: Penerbit Bestari, Jakarta

Harga: RM23

 

Buku ini dihasilkan melalui projek 1 Day To Write. Cerpen yang dihasilkan sangat bagus. Latar belakang cerpen berkait rapat dengan lingkungan hidup para remaja berkenaan. Meskipun usia mereka baru belasan tahun, ternyata mereka sangat berbakat.

Disebabkan saya begitu mudah tertarik oleh ayat-ayat yang indah, saya berpendapat buku ini meninggalkan kesan yang mendalam dalam jiwa saya. Ada kala saya tersenyum, ada kala saya rasa sebak ketika membacanya.

Pada pendapat saya, tidak rugi membeli buku ini. Secara peribadi, saya mengagumi penganjur program 1 Day to Write kerana telah berupaya menuntun bakat dan imaginasi anak muda ke jalan yang betul. Semoga dewasa nanti mereka akan menjadi generasi yang baik dan berjaya.

Jom telusuri beberapa ayat indah mereka:

Lili Kuning Melissa (Intania Lathifah Kirana)

Dan percayalah, hidup ini indah. Kamu seharusnya bersyukur karena hujan masih senantiasa menemanimu.”

Tugas Kecil (Khairunnisa Fahira Dumbi)

“Aku tahu kita semua memiliki kekurangan. Dan kekurangan yang aku miliki adalah tidak bisa melihat. Oleh karena itu, memilih warna hitam karena hanya warna inilah yang bisa aku lihat sepanjang aku pulang kemarin. Memang mama sudah berusaha  menjelaskan semuanya, namun aku tetap tidak bisa melihat. Jadi, aku memutuskan kalau warna hitam adalah warna kesukaanku. Karena walaupun aku tidak bisa melihat, aku tetap bisa menikmati kebersamaanku dengan mama kemarin…”

Lies For Two (Mellisa Angelica)

“Kau tahu, menyakitimu adalah hal terakhir yang ingin aku lakukan sepanjang hidupku kerana aku terlalu mencintaimu. Dan aku juga ingin kau siap jika aku benar-benar harus meninggalkanmu, Alana.” 

Ms. Green (Stefani Sifra Putri)

Semua orang berbuat kesalahan, tapi hanya orang hebat yang mampu mengakui dan memperbaikinya.

Putih (Swari Lintang Tenandari)

“Teruslah berpikir positif, dan kalau kamu tidak suka sesuatu, katakan saja, tetapi dengan bahasa yang tidak menyakiti hati.

Ini hanya sebahagian ayat-ayat indah yang terdapat dalam buku ini. Bagi saya, semua cerpen di dalam buku ini sangat menarik dan ada pelajarannya.

Jerih Cikgu Madani

 

JCM 2018 001

Judul: Jerih Cikgu Madani

Penerbit: Tinta Nasuha

Harga: RM20

Genre: Sajak

Pada tahun 2017, heboh kes seorang guru dihadapkan ke mahkamah kerana menampar murid. Masyarakat tidak mengetahui letak duduk perkara sebenar. Pelbagai reaksi diterima. Ada yang menyokong guru, ada yang membantah. Bagi yang memahami kerjaya guru, mereka menyokongnya dengan mengakui, amat sukar mendidik generasi muda masa kini. Tangan dan kaki guru dirantai. Seolah-olah tiada apa yang boleh dibuat tetapi murid wajib dididik sebagai modal insan terbaik. Manakala golongan yang sering tidak bersetuju dengan segala tindakan guru, mereka tetap mempertahankan bahawa murid tidak boleh ‘disentuh’ dalam apa jua keadaan. Cikgu hanya mengajar, tidak lebih daripada itu.

Idea menghasilkan buku ini tercetus daripada kes berkenaan. Di dalam masyarakat, masih ramai yang menyokong usaha guru. Guru marah bersebab. Guru mengajar denan sepenuh hatinya. Guru sanggup lakukan apa sahaja sampai ada yang terpaksa lukakan perasaan ahli keluarga. Pendek kata, murid dan sekolah adalah segala-galanya.

Jerih Cikgu Madani menghimpunkan 57 sajak yang dihasilkan oleh pelbagai lapisan masyarakat termasuklah surirumah.

Kepalaku: Kantor paling sibuk di dunia

Penulis: M Aan Mansyur

Harga: RM10

Penerbit: Sang Freud Press

 

Ini merupakan kali pertama saya membaca karya M Aan Mansyur. Jujur saya akui, kumpulan puisi ini sangat menarik. Kata-katanya menusuk dan penuh makna bagi orang yang menyukai puisi.

menyusur jalan menjelang pagi

aku menikmati lampu-lampu jalan satu persatu padam

bagaikan daun-daun cahaya berguguran begitu sahaja.

 

aku menyaksikan segenap bayang-bayang berbaring menyatu

dengan jalan sebelum matahari, juga pagi, datang dan mereka

sekali lagi dihidupkan.

 

dan tiba-tiba saja aku mau kau ada berjalan di sisiku

tanpa bicara.

 

Semuanya indah teratur, bersahaja tapi bermakna. Umpamanya yang ini:

“aku selalu rindu dan menunggu ayahmu pulang. aku pikir itulah yang membuat aku tetap tersenyum. berpikir berarti percaya. begitu juga menanti. sementara percaya adalah mata air kebahagiaan,” katanya sambil tersenyum.

Dan yang ini:

suatu waktu, ayahmu akan kembali dibawa lekuk-kelok kali. aku akan menerimanya meski telah daun kering, atau sampah, atau apapun.

ibu menunggu di atas doa-doa. sepasang lengannya adalah pelukan tanpa tubuh. uban-ubannya rontok satu demi satu. menjadi kayu bakar, memanaskan tungku tanah liat. agar kami anak-anaknya tetap kuat.

Saya akan membeli buku beliau lagi andainya terjumpa di kedai buku.

 

 

 

 

Mat Cleaner UK

 

mat cleaner uk 001

Judul: Mat Cleaner UK

Penulis: Ahmad Affzan Abdullah

Penerbit: Komrad Buku

Harga: RM20.00

Jumlah Halaman: 153

 

Saya beri lima bintang kepada gaya penceritaan penulis ini. Santai dan sangat menarik.

Selain itu, saya turut tertarik oleh pengalaman yang dilalui oleh penulis ketika menjadi tukang cuci. Ia menggambarkan keadaan sebenar di UK yang saban masa dibanjiri oleh warga asing yang datang dengan pelbagai agenda.

Paling meninggalkankesan, pengalaman beliau bekerja berpasangan dengan Mak Cik Mary. Mary bukan sekadar rakan sekerja yang cekap, bahkan cekap juga ketika memberi nasihat, seolah-olah wanita itu boleh membaca hati orang lain.

Buku ini memberikan banyak iktibar. Termasuklah gambaran sebenar mengenai ketabahan rakyat Malaysia yang belajar di luar negara.

Syabas diucapkan kepada penulis buku ini. Semoga akan menghasilkan lebih banyak karya yang berunsurkan pengalaman di luar negara.

 

 

 

#ABDULLAH YENSEM

 

Judul: #Abdullah Yensem

Penulis: Zukieeeee

Penerbit:Panglima Press

Harga: RM25

Jumlah Halaman: 123

 

Buku yang menarik. Sesuai dengan tajuknya, ayat-ayat di dalam buku ini ditulis mengikut slang Bangladesh. Dan, kali pertama membacanya, saya terbayangkan watak Mujibul yang dibawa dengan berkesan sekali oleh Shahrul Shiro.

 

Penuh dengan nasihat berguna, pada masa yang sama begitu sinis sekali. Contohnya:

 

Itu lagu ada simua you all boleh nyanyi. Itu lagu baru lama semua riti…

Ini Quran sudah turun lama…tara itu reti-reti baca juga…

Apalah punya orang ini.

 

Apa yitu binda sinang tapi worang susah juga mau buat tiap masa.

Binda sinang itu adalah…BERSYUKUR.

You orang jinis tidak syukur pada itu apa yang ada. Manyak lagi worang lain susah dari you lah. You orang tau itu complain saja.

 

Yabdullah marah yitu Kasim sibab mencarut yitu dipan budak-budak kicik. Nanti diorang yikut you cakap yitu. You cakap yitu budak kurang ajar. Padahal you yang ajar.

 

Untuk tujuan hiburan, bolehlah baca buku ini. Sesekali rasa sentap juga. 🙂