Oh Hartaku…

 

Berkata seorang sahabat, “Ketika saya sampai di tempat Nabi s.a.w, baginda sedang membaca ‘alhaakumut takathur…’ dan selanjutnya bersabda:

ابن ادم يقول مالي مالي وهل لك من مالك إلا ما اكلت فأفنيت او لبست فأبليت او تصدقت فأمضيت وما سوى ذلك فذاهب وتاركه للناس

Anak Adam berkata: Ini hartaku, ini milikku, padahal tiada berguna bagimu hartamu itu kecuali yang telah kaumakan hingga habis atau kaupakai hingga lapuk (rosak) atau engkau sedekahkan maka itulah yang menjadi bekalanmu kelak. Sedangkan selain daripada itu akan kautinggalkan untuk orang lain. (HR Muslim & Ahmad)

Sabda ini membuatkan kita duduk dan berfikir panjang jika kita mempunyai hati yang lembut dan hidup. Sedangkan  Surah At-Takathur itupun, jika dibaca berulang-ulang, mampu menitiskan air mata bukan sehari…

Hakikatnya, selama ini bagaimanakah kita menangani kehidupan, kerjaya dan rumahtangga? Adakah selama ini kami berpegang kepada prinsip berharta yang betul? Ya Allah, kembalikanlah kami ke jalan redha-Mu jika kami sudah tersasar…

 

 

 

Advertisements

KAU Hadir Dalam Munajatku…fragmen demi fragmen

 

Tanya sama hati

Mana letak iman

Nanti jawab hati tanyalah badan…

 

Orang yang hatinya baik, secara automatik tidak menyukai percakapan yang kotor atau sia-sia. Jika seseorang itu mengakui hatinya baik tetapi lidahnya masih celupar, tentu masih ada yang tak kena tentang hatinya.

Saidina Umar bin Abdul Aziz pernah berkata, seseorang itu mestilah lebih banyak menghitung kalamnya daripada amalannya, kerana banyak amalan yang terbatal pahalanya disebabkan oleh kalam yang tidak dijaga.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam At-Tirmizi dan Ibnu Majah, Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap perkataan anak Adam adalah bencana ke atasnya, kecuali menyuruh kebaikan dan melarang kejahatan dan ingat kepada Allah Azza wa jalla.

Seorang sahabat Nabi s.a.w meninggal dunia. Lalu seorang lelaki berkata, “aku gembirakannya dengan syurga.” Nabi s.a.w segera menyangkalnya dengan berkata, “Adakah engkau mengetahui bahawa boleh jadi dia (sahabat yang wafat tersebut) pernah berkata-kata pada perkara yang tidak berguna atau bakhil dengan sesuatu yang tidak memberi kekayaan kepadanya.

Pesanan Dari Hati

Melakukan kebaikan yang kecil, kadangkala mengundang manusia terlalu berkira. Barangkali mereka merasakan kebaikan yang kecil itu kecil juga pahalanya.

Pahala adalah hak Allah s.w.t. yang bergantung pada keikhlasan manusia. Jika kebaikan yang dilakukan itu kecil tetapi keikhlasannya penuh, insya-Allah pahalanya besar. Walau bagaimanapun, belum tentu lagi kebaikan yang besar akan mendapat pahala yang besar juga. Sering terjadi, kebaikan yang besar seperti derma menjadi kecil atau tiada langsung pahalanya disebabkan perasaan takbur.

Sebab itulah Nabi s.a.w tidak pernah mempersia-siakan perbuatan yang kecil-kecil. Hendak bersedekah tiada harta, apa salahnya lemparkan senyuman  kepada orang yang kita temui dalam perjalanan ke tempat kerja atau ke kantin. Senyuman itu besar kesannya, umpamanya mendapat kenalan baharu.

Selain itu, kita juga boleh melakukan kebaikan dengan membuang sesuatu yang menghalang perjalanan orang, contohnya plastik makanan yang dilihat bersepah atas tangga. Tindakan kita itu mungkin akan menyelamatkan orang lain daripada tersungkur atau jatuh tangga…

BACA SETERUSNYA dalam…

 

Temu Mesra Penulis Karya Bestari

 

Jangan lepaskan peluang menemui penulis yang anda minati di Karnival Buku Karangkraf, 27-29 Januari 2012.

Wasiat Hassan Al-Banna

 

1. Segeralah menunaikan solat  pada awal waktu. Usahakanlah semampu yang terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan, pertolongan dan taufik.

2. Bacalah al-Quran dan cubalah memerhati mesejnya. Selalu berzikir dan carilah ilmu walaupun sedikit. Sesungguhnya al-quran adalah sumber asli lautan ilmu, sumber hidayah kepada anda dan saya. Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat.

3. Dorong diri untuk menguasai bahasa al-Quran. Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan. Sebenarnya anda sudah lama mula, iaitu sejak anda solat setiap hari. Sebut dulu walaupun tidak faham. Antara malapetaka yang menimpa umat kita adalah kecuaian menguasai bahasa agamanya.

4. Usahlah bertarung idea tanpa adabnya. Berdebatlah jika kiranya perdebatan tersebut membuahkan kebaikan. Awasilah pertengkaran kerana di sana pasti ada unsur yang akan membisikkan…syaitan namanya!

5. Senyumlah selalu tetapi bersederhanalah dalam ketawa. Rasulullah s.a.w adalah yang paling banyak senyum.

*Kata Plato: Pementasan hiburan yang tidak bermutu, terlalu banyak ketawa dan lawak bodoh hanya layak disaksikan golongan abdi dan orang upahan asing.

*Kata Aristotle: Tegahlah belia menyaksikan hiburan yang menyebabkan perbuatan ketawa berlebih-lebihan agar keburukan tidak menular dalam diri.

6. Seriuslah selalu dan berguraulah secara berpatutan. Tanpa serius, hilanglah kesungguhan. Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan.

Pesan penyair: Berikan kerehatan kepada jiwamu. Yang sibuk dengan berfikir, ubati dengan bergurau. Tapi kalau mengubatinya dengan bergurau, mestilah dalam batas seperti memasukkan garam ke dalam gulai.

7. Kawal nada suaramu setakat yang diperlukan oleh pendengar di depanmu. Janganlah jadi seperti orang bodoh, bahkan menyakitkan hati orang lain pula. Luqman Al-Hakim juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya….itu katanya, suara keldai!

8. Usahlah mengumpat dan usahlah merendah-rendahkan pertubuhan lain. Bercakaplah jika ada unsur kebaikan. Bertaubatlah jika anda mengumpat tapi mesti minta ampun terhadap orang umpatanmu. Boleh mengumpat apabila ada tujuan syar’ie, iaitu ketika menuntut keadilan apabila dizalimi, untuk menghapuskan kemungkaran atau memberi amaran tentang kejahatan dan mengisytiharkan kefasikan Muslim lain.

9. Luaskan interaksimu dengan umat manusia sekalipun mereka tidak meminta berbuat demikian. Salam kasih sayang adalah untuk semua. Salam kemesraan adalah untuk sejagat. Hulurkanlah salam perkenalan. Lihatlah pensyariatan ibadah haji-tidak mengenali tapi tak sepi.

10. Maksimumkan faedah waktu anda dan tolonglah orang lain supaya mereka memanfaatkan masa. Biasakan hidup berjadual di hadapan. Berlaku bijaksanalah ketika menggunakan masa. Sayangilah masa saudaramu, usahlah berbicara meleret-leret tanpa haluan dan noktah.

 

Sumber: Datuk Mohd Zawawi Jusoh (Harian Metro 30 Disember 2011)

 

 

Misteri Angka Kelahiran Manusia Menurut Al-Quran

 

 

judul: Misteri Angka Kelahiran Manusia Menurut Al-Quran

penulis: Rusdi

harga: Rp 35,000

penerbit: SABIL, Jogjakarta

halaman: 224 muka surat

 

Buku ini menyajikan pengetahuan yang sangat menarik tentang cara mengenali sifat atau karakter manusia berdasarkan tarikh lahirnya dengan merujuk pada al-Quran.

Contohnya, jika seseorang itu lahir pada tarikh 22hb, maka karakternya berpadanan dengan juz 22 yang memuatkan Surah Al-Ahzab ayat 31-73, Surah Saba’, Surah Fathir dan Surah Yaasin ayat 1-21.

Insya-Allah orang yang lahir pada 22hb akan menjadi orang yang kuat bekerja, suka melakukan eksperimen, keras kepala, mudah lupa diri jika berjaya, kreatif, memiliki banyak idea, tidak mudah porak-peranda jika mengalami sesuatu kesedihan atau kegagalan namun seringkali diperlakukan tidak baik oleh orang-orang di sekitarnya. Wallahu a’lam.

Nota saya: analisis ini tidak wajib dipercayai, lagipun ia dibuat berdasarkan kelahiran mengikut tarikh masihi, bukannya tarikh hijri.

 

 

 

 

 

3K – Karya Ruhana Zaki

 

Kasihmu Semerbak Firdausi

Kerana-Mu Aku Berubah

Kau Hadir Dalam Munajatku