Peniaga Yang Masuk Syurga

Minggu lepas, Panitia Pendidikan Islam mengadakan Kem Cemerlang Jawi. Makanan peserta diuruskan oleh suami kepada guru di sekolah ini. Pertama sekali ketika dia bersetuju menguruskan makanan peserta, saya ada bertanya kepada isterinya, yang guru itu, “Ada untung tak, Ida?” Ida tersenyum. “Abang saya kata tak apa, kak,”

Saya rasa terharu. RM7 untuk dua kali makan, bukanlah jumlah yang besar. Entah-entah cukup untuk modal sahaja. Tapi suaminya sanggup.

Pada hari kejadian, kami sempat berbual-bual. Lalu terkeluarlah cerita orang berniaga air yang boleh untung banyak.

“Guna air paip je,” kata Cikgu Noor.

“Saya memang tak beli air bancuh macam tu. Dah tau dah guna air paip. Kadang-kadang tarik dari tepi gerai dia berniaga je,” katanya.

Fahamlah saya, dia mementingkan kebersihan, status halal dan keberkatan. Mana tidaknya, jika peniaga guna air paip awam, tentulah modalnya lebih kecil. Maksudnya, peniaga itu untung atas angin.

“Nampak untung besar, tapi nanti jawablah kat sana.”

Allahu akbar! Sesungguhnya saya sangat kagum. Inilah yang kita mahu. Ramai yang mencanang, 9/10 dari sumber rezeki adalah perniagaan. Dan lelaki ini sanggup memilih perniagaan yang kelihatan sangat kecil keuntungannya (entah ada untung ke tidak?) kerana dia tidak sanggup berdepan dengan soalan TUHAN di akhirat kelak.

Sungguh saya bangga. Saya teringin hendak lihat ada ramai lagi peniaga yang sebegini.

Dengan tangan saya yang hina ini, saya berdoa kepada TUHAN agar dia kekal buat kerja halal begitu. Dan semoga anak-anak dan isterinya menumpang keberkatan yang dirintisnya. Dan semoga dia menjadi salah seorang peniaga yang masuk syurga kelak.

Seorang Lebih Tenang

 

Pernah beberapa tahun menguruskan pengajaran dalm kelas dan pengurusan file seorang diri. Murid-murid makin ramai dan tugas pengurusan semakin banyak. Tapi tiada masalahpun kerana boleh buat keputusan sendiri. Kerja selesai, berupaya menghabiskan sukatan pelajaran, murid-murid mencapai KPI mata pelajaran malah mencapai peratus paling tinggi pada peringkat PPD, pengurusan file tip top. Alhamdulillah.

Kemudian, seorang guru masuk. Maka secara automatik dia dilantik sebagai setiausaha panitia. Malangnya, guru muda yang dihantar itu jenis yang seperti paku. Tidak diketuk, tak bergerak. Tapi, penatlah pulak setiap masa nak kena ketuk. Macam tak ada hati je nak jadi cikgu. Macam terpaksa je, asalkan ada kerja.

Jadi, masihlah saya yang buat kerja sorang-sorang. Apakan daya, mengajar 12 waktupun dikatanya melebihi kuota yang dibenarkan oleh IPG.

Kemudian, saya pindah tempat kerja. Maka secara automatiklah saya jadi setiausaha. Ingatkan bolehlah kurang kerja sikit. Tapi rupa-rupanya, disebabkan saya baru masuk ke tempat ini, saya pulak yang kena ambil alih semua kerja. Tak dapat dibayangkan, selama ini dia buat ke tak?

Hmmm…nampak gayanya, di mana-manapun saya berada, saya tetap akan diletakkan tugas yang berat dan banyak. Dari lahir sampai mati.

Sudah tertulislah tu. Barangkali hanya akan berhenti sebaik sahaja saya mati.

Suami Yang Hilang Isteri

 

Akhir-akhir ini, saya ada terbaca banyak berita suami kematian isteri. Tapi ingatan saya tak boleh buang tentang kisah-kisah suami kematian isteri yang pernah berlaku dalam persekitaran saya. Tak dapat dinafikan, sang lelaki berhak bertindak mengikut kehendaknya sendiri, sebab yang mati itu isterinya.

Paling terkini, lelaki terkenal itu. Dia memuat naik semua cerita tentang penderitaan sang isteri ketika sakit tenat. Dia mendapat like yang banyak, juga kata-kata semangat yang banyak. Selepas isterinya pergi, dia memuat naik semua kebaikan isteri, semua gambar isteri.

Saya ingin lihat berapa lama dia boleh bertahan dengan keadaan ini?

Yang sering saya lihat…lelaki, betapapun rasa kasih kepada isteri, betapapun mengungkapkan rasa sedih akan kehilangan abadi itu, berapa lama sangat?

Buktinya, baru 2-3 hari isteri meninggal, dia sudah bawa anak-anak keluar berlibur. Kononnya untuk mengurangkan rasa sedih anak-anak. Semudah itu? Apa telahan kita tatkala  melihat wajah anak-anak yang sengih sampai telinga ketika bergambar.

Dan nanti, lelaki biasanya akan buat alasan anak ramai untuk berkahwin lagi. Maka tamatlah cerita cintan-cintun dengan al-marhumah.

Untung, kan? Lelaki boleh menghimpun ramai wanita dalam hatinya…yang hidup dan yang mati. Sampai tarikh ulangtahun kematian, bawa isteri baru pergi ziarah kubur isteri yang sudah mati. Kononnya lelaki menangis dalam hati. Tapi, jangan nak selindunglah. Hal-hal nafsu tu…tetap terzahir walaupun perwatakan alim menjadi pakaian sehari-hari. Hmmm…sebenarnya korang lebih rumitlah, lelaki.

 

Ibu

 

Sebagai ibu, saya sering terfikirkannya. Saya mahu beri yang terbaik kepada anak-anak selagi saya hidup. Tetapi, bagi pihak anak-anak, adakah mereka akan terasa apabila saya tiada nanti?

 

FB_IMG_1455605834271

Tanpa Dendam

 

IMG_125981877039098

 

Terima kasih kepada semua yang pernah hadir dalam hidupku.

Aku ingin pergi tanpa dendam.

Manusia

Manusia memang membingungkan.

Kita nampak dalam facebook dia share dan menyokong penuh perkara-perkara baik seperti solat duha, solat tahajud dan sebagainya…siap nasihat orang lain suruh istiqamah. Tapi, boleh percaya tak, kalau dalam grup whatsapp, punyalah menggedik tak ingat dunia. Layan perempuan muda seolah-olah dia masih bujang atau tak ada anak. Padahal anaknya ramai.

Huh!

Kadang-kadang rasa fed up dengan dunia ni. Jemu dah berjumpa dengan manusia yang lalai tentang adanya akhirat. Bukanlah nak kata saya baik sangat. Tapi, kalau berada dalam golongan berkelulusan pun kita tak boleh harap untuk dapat biah solehah, so kat mana lagi?

Jika Masjid, Makin Jauh Makin Baik

 

Pertama sekali, sebenarnya aku bersyukur. Kerana pentadbir sekolah ini lebih baik daripada pentadbir di sekolah sebelumnya.

Tetapi, tetap ada tetapinya.

Melalui jalan gelap seawal 6.30 pagi itu, memerlukan keberanian dan tahap tawakal yang tinggi. Bukan sekali, tetapi setiap hari aku menangis dalam hati. Ini takdirku. Kelas pula bermula pukul 7.00 pagi. Jadi, setiap pagilah aku rasa tertekan sedikit. Bukan pagi sebenarnya. Dari malam lagi aku tertekan. Mesti tidur awal…

Aku pernah belajar, jika hendak pergi solat berjemaah di masjid, makin jauh lebih baik. Bagaimana pula dengan tempat kerja yang jauh? Risiko pun tentulah lebih banyak jika jaraknya jauh.

Tapi, orang kata, kalau nak mati, kat mana-manapun boleh mati. Nak accident, jarak dekat pun accident jugak. Hmmm…memanglah. Tapi secara logiknya, kalau jauhlah makin tinggi risiko segala-gala.

Tiada apa-apa yang boleh diharap, melainkan jihadku ini diukur sejauh jarak perjalananku ke tempat kerja. Menangis…dah jemu dah. Kadang-kadang sampai tak ada air mata dah. Ini jalan hidupku, yang sudah ditetapkan sejak azali. Doa yang masih belum dimakbulkan (mungkin).

Korang, bersyukurlah tempat kerja korang dekat. Ataupun korang memang tak perlu kerja.