Sahabat Terbaik

 

Sahabat ini tak akan meninggalkan kita.

Sahabat ini akan menyapu air mata saat kita berduka.

Sahabat ini sentiasa membimbing kita ke arah syurga-Nya.

Advertisements

Suami Yang Hilang Isteri

 

Akhir-akhir ini, saya ada terbaca banyak berita suami kematian isteri. Tapi ingatan saya tak boleh buang tentang kisah-kisah suami kematian isteri yang pernah berlaku dalam persekitaran saya. Tak dapat dinafikan, sang lelaki berhak bertindak mengikut kehendaknya sendiri, sebab yang mati itu isterinya.

Paling terkini, lelaki terkenal itu. Dia memuat naik semua cerita tentang penderitaan sang isteri ketika sakit tenat. Dia mendapat like yang banyak, juga kata-kata semangat yang banyak. Selepas isterinya pergi, dia memuat naik semua kebaikan isteri, semua gambar isteri.

Saya ingin lihat berapa lama dia boleh bertahan dengan keadaan ini?

Yang sering saya lihat…lelaki, betapapun rasa kasih kepada isteri, betapapun mengungkapkan rasa sedih akan kehilangan abadi itu, berapa lama sangat?

Buktinya, baru 2-3 hari isteri meninggal, dia sudah bawa anak-anak keluar berlibur. Kononnya untuk mengurangkan rasa sedih anak-anak. Semudah itu? Apa telahan kita tatkala  melihat wajah anak-anak yang sengih sampai telinga ketika bergambar.

Dan nanti, lelaki biasanya akan buat alasan anak ramai untuk berkahwin lagi. Maka tamatlah cerita cintan-cintun dengan al-marhumah.

Untung, kan? Lelaki boleh menghimpun ramai wanita dalam hatinya…yang hidup dan yang mati. Sampai tarikh ulangtahun kematian, bawa isteri baru pergi ziarah kubur isteri yang sudah mati. Kononnya lelaki menangis dalam hati. Tapi, jangan nak selindunglah. Hal-hal nafsu tu…tetap terzahir walaupun perwatakan alim menjadi pakaian sehari-hari. Hmmm…sebenarnya korang lebih rumitlah, lelaki.

 

Ibu

 

Sebagai ibu, saya sering terfikirkannya. Saya mahu beri yang terbaik kepada anak-anak selagi saya hidup. Tetapi, bagi pihak anak-anak, adakah mereka akan terasa apabila saya tiada nanti?

 

FB_IMG_1455605834271

Doa Tak Bermakna

 

Sesekali jika dipanggil mesyuarat di bangunan pejabat kerajaan Putrajaya, saya kagum apabila bacaan doa dikumandangkan pada pukul 8.30 pagi. Saya, yang tinggal jauh dari Putrajaya (walaupun bertolak dari rumah jam 6.30 pago), biasanya sampai pada  waktu itu, tadahlah tangan walaupun di dalam lif. Sambil berjalan pun, tadah tanganlah. Sebab saya fikir, doa para pegawai ni mungkin makbul, sebab mereka berada di level lebih tinggi daripada guru sekolah rendah.

Cuma, yang tak seronoknya apabila melihat ada ramai je pegawai yang tak endah pun untuk menadah tangan. Oh, mungkin saya ni kolot. Sebab, berdoa tak semestinya kena tadah tangan dan sebut amin di bibir. Sambil tangan buat kerja pun boleh hayati doa tu dan masih boleh aminkan dalam hati, betul tak?

Atau mungkin mereka sudah lali dengan doa tu. Setiap hari kot, baca doa. Jemu dah. Kita yang jarang-jarang datang ni kot yang rasa teruja.

Apa-apa jelah. Manusia memang macam-macam.

Manusia akan sentiasa ada alasan untuk menghalalkan cara mereka. Sekian.

Guru Hari Ini

 

Musim posting tiba lagi. Sekolah saya mendapat tujuh orang guru baharu.

Macam-macam gaya ada.

Tapi yang ingin saya hinglight kan adalah penampilan mereka.

Hari pertama kerja sudah memandu kereta import. Untunglah lahir dalam keluarga berada…bapa beri kenderaan supaya anaknya tidak berasa susah hendak pergi kerja.

Guru-guru sekarang untung. Gaji mereka dibayar awal. Tak macam saya dulu, paling cepat lepas enam bulan baru dapat gaji. Untuk hidup selama enam bulan itu, pandai-pandailah. Fresh lagi apatah lagi bukan jenis meminta-minta dengan keluarga. Jadi agak sukarlah. Macam tak percaya juga saya berjaya harunginya. Itulah ajaibnya takdir Tuhan.

Saya terpaksa berhutang dengan bapa mertua untuk membeli peti ais, mesin basuh, katil dan almari baju. Ketika dapat gaji pada bulan enam, semuanya digunakan untuk bayar hutang berkenaan. Sudahlah waktu itu gaji permulaan sangat kecil. RM1533 sahaja. Hari ini, guru-guru baharu memang untung sebab gaji permulaan mereka ialah RM2222.

Saya lihat, hari Khamis pertama sudah pakai baju sutera. Mewahnya hidup korang. Banyaknya rezeki korang. Kalau macam tu, kerja sebagai cikgu taklah sesuai mana untuk korang. Oh, terlupa, mereka dilahirkan dalam keluarga berada. Kerja hanyalah jaminan pencen. Tak lebih daripada itu.

Dalam banyak hal, memang guru-guru baharu ni banyak kelebihan dari sudut fizikal. Nak buat macam mana, dah rezeki mereka.

Zaman kami dulu, lepas enam bulan baru boleh beli kereta. Lagipun zaman dulu mana ada 0 down payment. Dan kereta import pulak mahal. Tak macam sekarang, kereta import lebih mampu dimiliki berbandung kereta tempatan.

IMG-20140516-WA0077

Oppsss…maafkan saya. Kita tak boleh bandingkan zaman, betul tak?

Okey jangan bandingkan zaman.

Tapi jom kita bandingkan kualiti kerja kita.

Jangan mengeluh oi orang muda. Korang nak hidup lama lagi.

Solat Ikhlas

 

Mutakhir ini, gamat sungguh orang post dan share tentang solat dhuha dan solat hajat di media sosial.

Saya percaya, ramai yang terpengaruh. Ingin berubah.

Syukurlah.

Tapi, tetap ada tapinya.

Apatah lagi dalam zaman gawat ini, ramai yang susah hati memikirkan kos sara hidup yang tinggi sedangkan gaji tak tinggi.

Maka, solat dhuha dilihat sebagai solusinya. Solat dhuha penyebab murah rezeki.

Alahai…

Sanggup solat sunat sebab susah hati tentang rezeki. Padahal sebelum ni, tak pernah peduli apa-apa tentang solat sunat. Mana tidaknya, solat terawih pun tak pernah buat.

Gawat punya pasal.

Persoalannya, ikhlas ke tak?

Macam nak rasuah Tuhan pulak. Semata-mata terdesak nak rezeki lebih…

 

Lelaki

 

Hmmm…dah lama tak cakap tentang lelaki. Iaitu sejak saya menutup hati kepada lelaki setelah berkahwin.

Hari ini, tiba-tiba je teringin nak cakap pasal lelaki. Kenapa ye?

Sebab saya meluat tengok lelaki yang work hard sampai menyusahkan orang lain. Kan lelaki biasanya work smart? Bila lelaki work hard, memang orang bawahannya akan tertekan. Sebab permintaannya memang bukan-bukan.

Lagi satu, saya tak sangka ada ramai juga lelaki yang emosional. Lelaki emosional memang tak layak jadi pemimpin, sebab akan menyusahkan orang bawahan juga. Nantinya, arahan yang diberi atau keputusan yang dibuat tak profesionallah.

Orang kata, masalah rumahtangga jangan dibawa ke tempat kerja. Walau macam mana terukpun bergaduh di rumah. Tinggalkan di rumah. Pekerja di pejabat tak berdosa pun. Jangan kerana marahkan anak atau pasangan, pekerja dijadikan mangsa.

Malah senyuman pun jangan lekang di tempat kerja. Nak menangis ke, nak mengamuk ke, buatlah kat rumah. Once awak start enjin kenderaan, senyumlah. Demi pekerja di pejabat kita.

Tak adillah mereka mendapat kata-kata yang kasar atau wajah yang mencuka. Mereka tak salah apa-apa.

Be professional please.