Waktu-waktu untuk Memerhati

 

Manusia-manusia begini memang ramai di sekeliling kita…

1. Orang yang tidak bersemangat di tempat kerja. Langkahnya longlai, kerjanya tidak produktif. Tunggu disuruh baru nak buat kerja sedangkan dia sepatutnya tahu apa tugas hakikinya di tempat kerja.

2. Orang yang pandai menyembunyikan kelemahan diri, umpamanya tidak tahu berbahasa Inggeris tetapi apabila bertemu dengan mat saleh, beria-ia ‘speaking omputih’ hanya kerana mahu menarik pujian pihak ketiga.

3. Orang yang culas tetapi tak malu mengaku bahawa semua tugas yang telah sempurna, dia yang telah menyiapkannya.

Pada pendapat saya, tiga jenis manusia ini wujud disebabkan fungsi lidah yang disalahgunakan. Selain daripada itu, tahap pendidikannya juga turut menyumbang.

Saya bukannya mahu memperlekehkan orang yang tidak berpendidikan. Sebaliknya, saya mahu ‘highlight’kan di sini bahawa orang yang tidak berpendidikan boleh dikenal melalui cara mereka berkomunikasi. Mereka cenderung untuk menunjuk-nunjuk, inginkan perhatian dan mahu disanjung.

Tetapi keadaan sangat berbeza bagi orang yang berpendidikan. Sungguh berbeza. Itulah apa yang sempat saya perhati sepanjang perjalanan hidup ini…