Husbands Store

 

A store that sells husbands has just opened in New York City, where a woman may go to choose a husband. Among the instructions at the entrance is a description of how the store operates.
You may visit the store ONLY ONCE!
There are six floors and the attributes of the men increase as the shopper ascends the flights. There is, however, a catch … . You may choose any man from a particular floor, or you may choose to go up a floor, but you cannot go back down except to exit the building!
So, a woman goes to the Husband Store to find a husband.

On the first floor the sign on the door reads:

Floor 1 – These men have jobs and love the Lord.

The second floor sign reads:
Floor 2 – These men have jobs, love the Lord, and love kids.

The third floor sign reads:
Floor 3 – These men have jobs, love the Lord, love kids, and are extremely good looking.
‘Wow,’ she thinks, but feels compelled to keep going. She goes to the fourth floor and sign reads:

Floor 4 – These men have jobs, love the Lord, love kids, are drop-dead good looking and help with the housework.
‘Oh, mercy me!’ she exclaims, ‘I can hardly stand it!’ Still, she goes to the fifth floor and sign reads:

Floor 5 – These men have jobs, love the Lord, love kids, are drop-dead gorgeous, help with the housework, and have a strong romantic streak.
She is so tempted to stay, but she goes to the sixth floor and the sign reads:

Floor 6 – You are visitor 4,363,012 to this floor. There are no men on this floor. This floor exists solely as proof that women are impossible to please.

Thank you for shopping at the Husband Store. Watch your step as you exit the building, and have a nice day!
Please send this to all men for a good laugh and to all the women who can handle the truth!

moral value: don’t be soooooo greedy!

Cuit Sikit (iii)

 

Mengapa ya, manusia menjadi tamak haloba? Mengapa ya, manusia saling berhasad dengki untuk perkara yang tidak berkaitan dengan urusan agama? Mengapa ya, bila tiba bab kekayaan duniawi, manusia cepat hilang kewarasannya?

Nahas jika ada yang berani bertanya. Alamatnya nanti, berperanglah. Manusia suka sangta bersifat ujub. Gemar menimbunkan harta untuk kesenangan sementara. Kemudian berbangga-bangga dengannya. Sedangkan bersederhana itu jalan yang terbaik, berbanding membazir tak tentu hala. Bila ditegur, tingkahnya: suka hatilah aku mampu. Lagipun aku murah rezeki sebab Tuhan sayang aku.

Amboi, celuparnya! Kau murah rezeki tu, puncanya daripada siapa? Bukankah Tuhan yang memberikan engkau rezeki tersebut? Tak reti nak bersyukur pulak. Jika begitu cara anda menjawab teguran orang tentang kemewahan yang sedang kaukecap, berhati-hatilah. Duduklah menghadap kiblat sekejap, kemudian tanya diri sendiri. Ada sesuatu yang tak kena tentang cara engkau menjawab tadi.

Fikirkan begini. Di sekeliling kita hari ini, kita dapat lihat bangsa asing yang kaya-raya. Mereka mampu membeli rumah besar yang kebanyakannya orang Islam tak mampu. Mereka tidak pendang pun kenderaan  berjenama nasional kerana mereka mampu membeli kenderaan jenama import. Hanya tinggal bangsa kita sahaja yang mengagung-agungkan kenderaan nasional, kononnya sayangkan negara padahal tidak mampu membeli kereta berjenama import.

Sedangkan mereka orang kafir. Allah s.w.t. limpahkan lebih banyak rezeki kepada mereka, adakah kerana Tuhan sayang kepada mereka? Adakah kerana rezeki mereka murah, jadi mereka hidup mewah atas dunia? Jadi, andapun begitu?

Jangan tak tahu, Allah s.w.t boleh memberikan anda rezeki yang melimpah-ruah itu melalui istidraj-Nya. Anda syok sendiri dapat hidup mewah, sedangkan Dia memberimu rezeki itu beserta dengan kemurkaan-Nya.

Lainlah pula keadaannya jika anda menggunakan kemewahan yang dianugerahkan itu ke jalan yang baik. Umpamanya, bersedekah dan berzakat. Ingat ya, dalam kekayaan kita ada hak orang lain. Rezeki mereka yang didatangkan melalui harta kita. Sedekah juga begitu. Harta yang banyak bukan untuk dimegah-megahkan kerana hisabnya panjang di padang mahsyar nanti.

Berikan senyuman kepada orang miskin melalui sedekahmu. Percayalah, golongan itulah yang akan membantumu di akhirat nanti, melalui sedekahmu yang ikhlas. Bukannya kroni dan saudara-mara yang mennyokongmu atas dunia kerana engkau kaya. Di akhirat, kroni dan saudara-mara itulah yang akan menjadi sebab kau bersedih ketika amalanmu ditimbang. Nescaya engkau kesal kerana pernah mempunyai kroni dan saudara-mara yang tidak ikhlas seperti mereka. Kau akan berkata, lebih baik aku bergaul dengan orang miskin sepanjang hidupku daripada bergaul dengan mereka yang banyak menyusahkanmu pada hari ini. Sudahlah matahari terik atas kepala, hisabku pula panjang kerana harta, kroni dan saudara-mara yang tak tahu diuntung ini!

Jadi, bimbinglah hati untuk hidup secara sekadarnya. Ada rumah yang lengkap untuk membina bahagia bersama keluarga, ada kereta yang boleh menyampaikan tubuh kepada rezeki, ada sedikit harta sebagai bekalan ketika kecemasan.

Rumah sekecil 1300 kaki dipasang dua unit pendingin hawa? Untuk apa? Dengan satu unit, tak cukup sejuk lagi? Orang yang lalu-lalang pun akan tertanya-tanya, malah akan mengutuk pula. Membazir! Lebih baik bil api yang berlebihan itu digunakan untuk buat kebaikan lain. Mereka tak tahu, tuan rumah tersebut berasa bangga dapat mempamerkan kemampuannya. Dia ada duit, suka hatilah kan?

Hanya suami sahaja bekerja tetapi membeli dua buah kereta? Untuk apa? Dengan sebuah kereta, tak bolehkah mengabulkan semua keperluan harian? Masyarakat sekeliling akan berkata, oh, dapatlah isterinya keluar menghilangkan kebosanan sementara suami pergi bekerja. Jika betul, tak mengapa. Bagaimana jika isteri menggunakan kereta yang sebuah lagi itu untuk melakukan maksiat? Mereka tak tahu, tuan punya kereta sekadar nak menunjukkan kemampuannya membeli dua buah kereta. Hanya untuk suka-suka. Adik aku mampu, takkan aku abangnya tak mampu? Malulah.

Itu sebahagian senario manusia hidup berdasarkan kemahuan, bukan keperluan. Sedangkan dengan pembaziran itu, tidak pula iman mereka bertambah. Masjid terasa jauh walaupun ada dua kereta. Rumah masih panas walaupun sudah ada dua unit pendingin hawa. Itu tandanya manusia tak pernah puas. Tak akan pernah puas hinggalah ditanam dalam tanah nanti. Yang dikepit, dikendong, dijunjung, semua dah berat tapi masih hendak lagi. Kalau boleh nak heret pula. Itulah sifat manusia jika mahu lari dari fitrahnya.

Sedangkan fitrah sudah mengajar, jaga diri. Jaga diri daripada api neraka. Harta yang boleh menjerumuskan diri ke dalam neraka itu jugalah yang dikejar tak henti-henti. Masya-Allah…malulah sikit pada malaikat di kiri kanan bahumu. Semakin hari semakin kurang tugas malaikat raqib menulis pahala. Semakin hari semakin bertambah pula tugas malaikat atid mencatat dosa. Malulah kepada Allah s.w.t yang sudah menyediakan panduan hidup bersyariat buatmu tetapi kau sanggah tanpa rasa bersalah. Jika begitu, Tuhan juga tidak akan rasa bersalah membalas perbuatanmu dengan azab-Nya yang amat pedih.

Ada orang yang tidak takut diancam dengan neraka. Memanglah, sebab dia tak tahu dan belum pernah tengok neraka. Siapapun belum pernah tengok neraka kecuali Nabi Muhammad s.a.w sahaja. Selaklah lembaran sejarah. Bacalah sekurang-kurangnya tentang kisah nabi melihat neraka ketika Israk Mikraj. Hayatilah pada frasa…baginda menangis melihat umatnya diseksa dalam neraka. Nabi menangis untuk umatnya? Sedangkan kita umatnya bagai tidak tersentuh oleh kisah tersebut. Masih lagi hanyut dengan runtunan nafsu, masih lagi hanyut oleh bisikan syaitan yang direjam itu. Bila nafsu dan syaitan merajai itu, agak jauhlah tubuh badan daripada mengingati Tuhan. Sebab dalam hati sudah ada pemerintah yang lain, iaitu nafsu dan syaitan itulah!

Apa kata, say no kepada nafsu dan syaitan. Sudah tugas syaitan menghasut manusia hingga hari kiamat. Biarkan dia. Jangan kita pula menjadi sekutunya. Kita berhak memusuhi syaitan. Kita wajib memeranginya juga, kerana syaitanlah penyebab ayah bonda pertama kita, iaitu Adam dan Hawa terpaksa turun ke dunia. Jika tidak, kita yang bernama manusia ini enak-enak menikmati keindahan syurga sejak dahulukala lagi.

Nafsu bukan semuanya jahat. Ada yang baik tetapi malangnya manusia sering tewas pada nafsu yang jahat. Sebab itulah manusia turut menjadi jahat, kerana dirinya sudah ditunggangi nafsu yang jahat itu. manakala potensi nafsu baik ditolak ke tepi. Jadilah nafsu mutmainnah terpinggir dan dilupai…

Apa kata, kita jemput nafsu mutmainnah kembali pada diri. Kerana nafsu mutmainnah sangat dicintai oleh Allah s.w.t. Nafsu mutmainnah diiktiraf oleh-Nya sebagai hamba yang soleh dan layak memasuki syurga. Tidak menyesalkah terlepas peluang menjadi hamba yang soleh dan layak masuk syurga?

***sekadar peringatan bersama***

Cuit Sikit (ii)

 

Kata nafsu, apa yang kita mahu, itulah yang kita perlu. Tetapi bantah akal, apa yang perlu tak semestinya apa yang kita mahu. Jika mengikut kata akal, barulah terlaksana cara hidup wasatiyah yang diajar agama. Walau bagaimanapun, tidak semudah itu untuk menurut kata akal. Kerana pengaruh nafsu nyata lebih kuat. Nafsu ada sekutunya, syaitan. Nafsu dan syaitan bersama-sama menghias dunia si bongkok tiga ini dengan cantik sekali. Dunia dimekap habis-habisan untuk mempamerkan kecantikannya. Dunia dipasang aksesori yang bergemerlapan untuk memikat manusia.

Ingatlah, sebenarnya dunia sudah tua. Ibarat si bongkok tiga. Ibaratnya, rumah kata pergi kubur kata mari. Tetapi masih tak sedar diri. Dah tua pun masih nak bersolek tebal. Konon hendak menyorokkan kedut-kedut di sana-sini. Sebab itulah mekapnya makin tebal.

Semakin hari dunia semakin bergaya. Sebab itulah ramai manusia yang terbabas. Termasuklah umat Islam sendiri yang tak tahan dengan godaan manja dunia. Yang disolek cantik oleh nafsu dan syaitan. Ketika akal menggeleng, nafsu dan syaitan pula angguk dan melambai-lambai. Diumpan pula dengan gula-gula yang manis. Apa lagi, berlari-larilah anak-anak kecil yang memang menyukainya. Ada yang tahu, umpan itu umpan beracun tetapi hendak direbut jua. Tetapi ada juga yang tidak tahu lalu menghulur tangan untuk mengambil gula-gula tersebut. Lalu…jatuhlah ke dalam gaung yang maha dalam dan dahsyat seksaannya.

Apakan daya, gaung itu dalam. Sekali jatuh ke dalamnya, tinggallah di situ buat selama-lamanya. Hendak luahkan semula gula-gula tadi, ia sudah hancur dan menjadi darah daging. “Andai dapat diundurkan masa…pasti aku tak akan tunduk pada dunia yang tua kerepot itu. Andai kutahu ini akibatnya, aku lebih rela memilih hidup beragama. Andailah dapat aku mulakan semula semuanya…Tuhan kembalikanlah aku ke dunia semula.” Ini hanya penyesalan yang sia-sia…

***sekadar peringatan bersama***

Cuit Sikit (i)

 

Entah mengapa, umat Islam hari ini makin hilangan pegangan dan identiti diri. Jika setahun lalu kegiatan jenayah dan gejala sosial banyak melibatkan masyarakat beragama lain, kini senarionya sudah berubah. Orang Islam pula yang makin ramai mengambil alih peranan tersebut. Malah bangga pula melakukan jenayah dan maksiat. Bukan secara sembunyi lagi. Orang Islam sudah sangat berani menunjuk-nunjuk maksiat yang mereka lakukan, ibarat makan nasi setiap hari. Mengapa?

Oh, barangkali kerana tekanan hidup atau desakan mahu hidup mewah sedangkan kemampuan terbatas. Periuk nasi kecil sahaja tetapi keraknya besar. Bukan sekadar akhlak islami, malah nilai murni sejagat pun hilang demi kemewahan duniawi. Pabila kemewahan jadi matlamat dan agama sendiri diketepikan, maka akan muncullah fasad yang sudah awal-awal lagi disebut dalam al-Quranul Karim.

Kerana kemewahan yang bersifat fatamorgana itu, maruah diri digadaikan dengan rela hati. Agama sendiri diperdagangkan atas nama keperluan peribadi. Mana hilangnya pegangan umat Islam kini? Sepatutnya, dengan agama, kita melangkah gagah tanpa penyakit rohani. Apa yang berlaku, sebaliknya pula. Hidup untuk dunia. Agama hanya diperlukan untuk menegakkan benang basah. Allah s.w.t hanya diperlukan ketika susah. Ketika senang, dunia aku yang punya. Tak sedar pun bahawa nikmat yang diberi percuma itu adalah belas ihsan Allah s.w.t semata-mata.

Jadi, mengapa hendak takbur? Mengapa lidah terlalu tajam mengkritik kesalahan orang? Diri sendiri sudah cukup sempurnakah? Solat lima waktu sudah khusyukkah? Hidup seharian sudah dihiasi perkara-perkara sunatkah?

Jangan mendabik dada, bahawa andalah orangnya yang tidak pernah tinggal solat berjemaah waktu Maghrib sedangkan lidah anda masih lagi seperti ayam jantan berkokok tetapi ekor bergelumang tahi. Jangan mendabik dada bahawa hati anda sudah baik, dada sudah penuh dengan ilmu agama tetapi tangan masih berjabat dengan orang bukan mahram.

Semak-semaklah apa yang masih tak kena. Duduk berteleku dan diam sejenak. Sudahkah kita mampu mengawal hati dan lidah sendiri? Iman yang sempurna boleh dibuktikan melalui hati dan lidah, dua organ kecil tetapi amat besar fungsinya pada diri…

***sekadar peringatan bersama…

Wasiat Al-Imam Al-Ghazali

 

16. Pemimpin yang adil adalah pemimpin yang menghukum penuh keadilan, dan apabila berkata dengan penuh kebenanaran, tidak menyakiti hati orang, dan jujur sama ada kepada diri sendiri mahupun kepada orang lain.

17. Pejuang Islam yang berjuang di jalan Allah adalah mereka yang merentasi ceruk bumi ini dengan satu mesej, iaitu menegakkan kebenaran Islam dan menghancurkan kebatilan.

18. Ahlul Ithar, iaitu orang-orang yang gemar melakukan kebaikan, sentiasa mendahulukan kepentingan orang lain dan menolong orang yang memerlukan bantuannya. Mereka ialah orang yang paling bermanfaat dan disayangi oleh orang lain.

19. Orang-orang yang redha dengan ketentuan Allah, maka Allah bukakan pintu-pintu kebaikan yang banyak sehingga tiada hari bagi mereka melainkan harus berbuat kebaikan, iaitu kebaikan apa sahaja yang diperintahkan oleh agama.

20. Ahlun Najat ialah orang-orang yang selamat. Mereka hanya menunaikan amalan-amalan yang wajib dan meninggalkan larangan-larangan Allah. Hanya itu yang mereka kerjakan, tidak lebih dan tidak pula kurang.

21. Menjadi manusia yang paling bahagia merupakan idaman setiap insan. Oleh itu, raihlah hari-hari bahagia bersama Allah dan Rasul-Nya.

22. Malu adalah perhiasan mukmin sejati. Ia merupakan akhlak para nabi dan Rasul yang harus dimiliki setiap orang yang mengaku dirinya umat Muhammad.

23. Syaitan adalah musuh yang nyata ke atas manusia. Oleh itu, jadikan ia sebagai musuh, bukan sebagai kawan.

24. Silatulrahim adalah amalan mulia para Nabi dan Rasul, sehinggakan orang yang memutuskan silatulrahim dianggap telah melakukan dosa besar.

25. Mengingati mati mendatangkan kemanisan iman dan sekaligus menguatkan rasa ber-Tuhan dan taqarrub kepada Allah.

 26. Orang yang menghafal al-Quran dianggap sebagai keluarga-keluarga Allag. Oleh itu, perbanyakkanlah menghafal al-Quran kerana ia cahaya di dalam kubur.

27. Solat tahajjud atau qiamullail adalah solat para Nabi dan Rasul. Bangunlah pada malam yang akhir dan gunakan waktumu untuk meminta hajatmu, nescaya akan segera ditunaikan Allah.

28. Kasih dan cinta kepada Rasulullah s.a.w adalah satu kemestian dalam kehidupan seorang Muslim. Setiap Muslim mesti berbuat demikian kerana baginda adalah orang yang paling berjasa dalam membimbing dan memberi petunjuk kepada manusia sejagat.

29. Doa memiliki kekuatan dan kehebatan yang dahsyat sehinggakan doa dianggap sebagai senjata Mukmin dan pembuka pintu rezeki.

30. Solat yang khusyuk adalah kunci mendapatkan keredhaan Allah. Latihlah kekhusyukan di dalam solat supaya beroleh kemenangan di akhirat kelak.

Wasiat Al-Imam Al-Ghazali

 

30 Wasiat Al-Imam Al-Ghazali adalah:

1. Berbakti kepada dua ibu bapa wajib kerana ia hukum Allah. Anak yang enggan berbakti kepada dua ibu bapanya dianggap anak derhaka. dan perbuatan derhaka satu dosa besar.

2. Kasihanilah anak yatim kerana Rasulullah s.a.w juga tergolong sebagai anak yatim dan baginda akan bersama-sama dengan orang yang menyayangi dan mengasihi anak yatim di akhirat.

3. Ujian datang silih-berganti. Ia merupakan warna kehidupan setiap insan. Laluilah ia dengan sabar agar kualiti iman kita meningkat. Kerana ujian itu untuk mematangkan keimanan kita.

4. Menghormati dan memuliakan guru merupakan tugas dan kewajipan kita sebagai anak dan murid. Guru bagaikan orang tua kita sendiri yang wajib kita hormati dan muliakan.

5. Menanamkan iman dalam diri anak merupakan kewajipan orang tua. Anak-anak akan membesar dalam suasana cukup peka dan sensitif dengan Tuhan. Bila ini sudah ada, dengan sendirinya dia akan malu dan takut untuk membuat dosa.

6. Banyak pendidikan kesihatan yang diajar oleh Rasulullah kepada umatnya termasuk aspek kebersihan tubuh badan, pakaian, alam sekitar dan juga makanan. Kerana di dalam tubuh yang sihat itu terdapat kelazatan dalam beribadat.

7. Islam mendidik kita agar memuliakan dan menghormati tetamu. Kerana tetamu datang membawa rezeki dan apabila ia pulang menghapuskan dosa-dosa kita.

8. Menghormati jiran merupakan tugas dan kewajipan setiap Muslim. Kita dituntut untuk bersikap memuliakan jiran kita kerana jiranlah orang yang paling dekat dengan kita.

9.Al-Quran memerintahkan kita agar berfikir dan menggunakan akal untuk memecahkan rahsia hidup ini. Matlamatnya adalah untuk kebahagiaan dunia dan akhirat kita.

10. Al-Quran mengandungi fakta dan mukjizat. Kejadian alam, manusia dan ilmu pengetahuan didedahkan secara terus-terang, yang membuat manusia yakin akan kebenaran adanya Allah.

11. Mencintai dan mengamalkan ilmu adalah tanda kecerdasan dan disukai Allah. Barangsiapa yang keluar rumahnya dengan niat untuk mencari ilmu, nescaya dilindungi Allah sampai ia kembali.

12. Sesungguhnya dusta itu menuntun kepada kekejian dan kekejian itu menuntun ke dalam api neraka. Tidak henti-hentinya seseorang itu berdusta dan membiasakan diri dalam dusta sehingga dicatat di sisi Allah sebagai pendusta.

13. Menyaksikan maksiat, kejahatan dan menjadi saksi palsu adalah di antara penyakit lidah dan hati yang amat berbahaya. Ia menjadi punca kepada rosaknya iman dan seterusnya boleh membawa kepada neraka Jahannam.

14. Islam tidak hanya mengharamkan perbuatan zina tetapi termasuk juga sebarang tindak-tanduk yang membawa kepada berlakunya perbuatan yang terkutuk itu, iaitu sebarang perlakuan ke arah menghampiri zina.

15. Minuman yang memabukkan seperti arak, hukumnya adalah haram sama ada sedikit atau banyak, mabuk atau tidak. Setiap Muslim yang berakal pasti menjauhi arak kerana ia merosakkan akal, menimbulkan penyakit dan dimurkai Allah.

bersambung…