Dialog Terakhir, Dialog Penamat…

 

 

judul: Dialog Malaikat Maut Dengan Para Nabi

penulis: Dr. Mustafa Murad

penterjemah: Syahrin bin Jasah

penerbit: Pustaka Al-Shafa

harga: RM8.00

bil. halaman: 104

Buku ini bukanlah buku biasa, kerana dialog malaikat dengan manusia jarang-jarang diceritakan dalam buku-buku biasa.

Malaikat tidak dapat dilihat oleh manusia. Walau bagaimanapun, para Nabi diberi keistimewaan dalam hal ini. Mereka dapat melihat malaikat, juga dapat berdialog dengan malaikat, khususnya malaikat maut yang ditugaskan untuk mencabut nyawa makhluk yang bernyawa.

Mencabut nyawa bukanlah sukar bagi malaikat maut. Pabila tiba masanya untuk mencabut nyawa seseorang, malaikat akan terus sampai tanpa terlewat walau sesaatpun. Dan bagi makhluk yang sudah sampai ajalnya, inilah yang berlaku:

Jika ajal seseorang di antara kamu sudah ditetapkan di sesuatu tempat maka dirinya akan berada di tempat tersebut. Jika dia sudah berada di tempat dia akan mati maka ALLAH akan mencabut nyawanya. Pada hari kiamat nanti, bumi akan berkata: Tuhanku, inilah yang telah ENGKAU titipkan kepadaku. (HR Ibnu Majah daripada Abdullah bin Mas’ud.

Sesungguhnya buku ini amat tinggi cakupan ilmunya meskipun terjemahannya terlalu harfiah dan kurang difahami.

 

 

 

Advertisements

Petua Rasa

 

judul: Petua Rasa

penerbit: Buku Prima

harga: RM9.90

bil. halaman: 95

 

Masyarakat Melayu kaya dengan pelbagai petua sama ada petua untuk kecantikan, kesihatan mahupun petua di dapur. Sememangnya petua yang diperturunkan secara lisan ini diakui sangat membantu sekiranya diamalkan dengan cara yang betul. Bahan-bahan yang digunakan juga praktikal dan mudah didapati.

Antara petua mudah yang terdapat dalam buku ini adalah cara mengelak buah-buahan lebam, mengurangkan pahit sawi, mengekalkan kesegaran taugeh, agar terung tidak hitam, mengelak kuali melekat, menghilangkan pijar di tangan dan sebagainya.

Selain daripada itu, buku ini turut memaparkan rahsia rasa bawang mengikut cara bawang dihiris, kaedah mengekalkan khasiat makanan ketika memasak, rahsia penggunaan pisau mengikut jenisnya rahsia rizom dan rahsia herba yang telah digunakan sekian lama dalam masakan masyarakat kita.

Sesungguhnya buku ini amat berguna. Harga buku ini pula sangat murah jika dibandingkan dengan manfaat yang terdapat di dalamnya.

 

 

Mencari Bahagia dalam Rumahtangga

 

judul: Bunga Kebahagiaan

penulis: Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat & Hasmariza Md Hashim

penerbit: Anbakri Publika Sdn Bhd

bil. halaman: 191

harga: RM20.00

 

Berkasih sayang dalam rumahtangga adalah fitrah. Namun, apakah kasih sayang yang kita layari ini benar-benar menepati kehendak syariat? Dalam Islam, ada batasan yang perlu dijaga ketika berkasih-sayang, terutama sekali sesama ipar-duai atau sahabat handai.

Bagi suami isteri pula, hendaklah cemburu secara berpada-pada, saling mempercayai dan menganggap pasangan sebagai amanah yang mesti dijaga dengan baik. Dengan anak-anak, setiap ibu hendaklah menjaga batas pergaulan antara anak-anak lelaki dan anak-anak perempuan, antaranya dengan cara menyuruh mereka menutup aurat, tidak mencampurkan tempat tidur anak-anak berlainan jantina, tidak membenarkan anak-anak masuk ke dalam bilik ibu bapa dan sebagainya. Dalam hal ini, ibu bapa wajib tegas walaupun kasih kepada anak-anak. Ini adalah penting untuk mengelakkan kebejatan sosial seperti pergaulan bebas dan sumbang mahram berleluasa dengan lebih teruk.

Bagi pasangan yang baru hendal mendirikan istana rumahtangga, buku ini boleh dibaca sebagai panduan awal kepada anda, terutama untuk menjadi suami yang soleh dan isteri yang solehah.

Selamat membaca…

 

 

Mengapa doa anak, bukan doa suami?

 

Entah mengapa, secara tiba-tiba sahaja saya teringatkan seorang sahabat yang sudah meninggal dunia. Barangkali kerana ulangtahun hari kematiannya sudah hampir tiba.

Agaknya, dari tarikh kematiannya itu hingga ke saat ini, siapakah yang belum pernah berhenti mendoakan kesejahterannya di alam sana? Hendak mengharapkan suami, suaminya pun sudah beristeri baru. Tentulah doa bertindih-tindan dari suami  itu dihimpun untuk isteri baru, mertua baru dan ipar-duai baru pula.

Bagaimana pula dengan handai taulan…mungkin mereka akan menitipkan doa dan ‘hadiah’ pabila teringat sahaja, dan mustahillah handai taulan akan ingat kepada arwah setiap masa.

Yang ada, mungkin ayah ibu yang melahirkan arwah, kerna kasih ayah ibu tak pernah pudar walaupun sudah dipisahkan oleh kematian. Itulah sahaja yang diharapkan untuk menitipkan doa dan hadiah, semoga pusara arwah sentiasa luas dan bercahaya…

Muhasabah buat kita semua juga. Jika ketika hidup tidak memiliki zuriat, siapa lagi yang boleh diharapkan untuk terus-menerus menghantar doa? Doa anak yang soleh tidak terhijab untuk ibu bapanya yang sudah meninggal dunia. Itulah peri pentingnya zuriat.

Melalui ilmu saya yang cetek ini, dapatlah saya fahami bahawa ada hikmah besar tentang mengapa Nabi s.a.w menyebut anak dalam hadis baginda tentang tiga perkara yang membantu si mati. Dan mengapa baginda tidak menyebut suami/isteri, ibu bapa, saudara-mara, mertua, ipar-duai, jiran atau sahabat handai?

Itulah…kerana hubungan anak dengan ibu bapanya tidak akan putus walaupun sudah terpisah dua dunia. Begitu juga dengan ibu bapa yang kematian anak ketika anak masih belum baligh, anak ini jugalah yang akan  menanti mereka di pintu syurga nanti…

Hebat dan besarnya peranan zuriat.

Begitu juga dengan peranan sedekah jariah dan ilmu yang dimanfaatkan. Mengapa tidak disebut zakat? Kerana ada perbezaan besar antara zakat dan sedekah. Zakat itu wajib dikeluarkan sedangkan sedekah, tidak ramai yang sanggup melakukannya dengan beranggapan harta semakin berkurangan dari segi fizikal jika disedekahkan.

Dan, mengapa ilmu yang dimanfaatkan? Kerana tidak ramai orang yang mampu mengajarkan ilmu yang bermanfaat, dengan sepenuh keikhlasan hatinya. Tidak ramai juga yang sanggup mempelajari ilmu yang boleh dimanfaatkan dari segi spiritualnya berbanding ilmu yang berbentuk fizikal dengan beranggapan ilmu spiritual (keagamaan) tidak boleh memberikan kekayaan harta-benda. Sedangkan ilmu duniawi yang boleh dibeli dengan wang ringgit, begitu mudah diperoleh di mana-mana.

Walau bagaimanapun, bagi sesiapa yang tidak sempat meninggalkan zuriat sewaktu meninggal dunia, janganlah terlalu bersedih. Masih ada ‘back up’ yang boleh membantu di alam barzakh nanti, sebagaimana sabda Nabi s.a.w:

Tiga perkara yang akan mengiringi orang mati ialah keluarganya, hartanya dan amalannya. Dua perkara akan pulang dan satu perkara akan menetap dengannya. Keluarga dan hartanya akan pulang dan amalnya akan tetap dengannnya. (HR Bukhari, at-Tirmizi dan an-Nasa’ie)

Nah! Itulah persediaan yang perlu dilakukan oleh semua orang sebenarnya. Pernah saya mendengar ada orang berkata, jika ada anak pun belum tentu soleh. Ah, dangkal sungguh dakwaan tersebut! Jika tidak yakin akan mampu membesarkan anak sebagai anak yang soleh, beramallah banyak-banyak semoga ia dapat membantu di alam barzakh kelak.

Apa-apapun, kembalilah semula kepada fitrah kita diciptakan, iaitu untuk beribadah kepada-Nya. Berkenaan hubungan dengan manusia, marilah kita cuba sedaya-upaya untuk membentuk keluarga yang penuh dengan roh keislaman. Buanglah hobi suka mencela orang lain. Adalah lebih baik jika kita menghitung cela sendiri…kerana itulah yang akan menjadi kesibukan kita di padang Mahsyar nanti…

Kepada arwah sahabat saya, semoga Allah s.w.t mengampuni dosa-dosanya kerana ketika hidup, beliau sangat baik kepada semua orang. Dan saya berfikir, kematian itu lebih baik untuknya kerana jika beliau terus hidup, tentu beliau akan dikecewakan dengan teruk sekali…

Al-Fatihah.

 

 

Wise Sayings

Faith sees the invisible, believes the incredible and receives the impossibles.

 

We have no right to ask when sorrow comes, “Why did this happen to me?” unless we ask the same question for every moment of happiness that comes our way.

There’s no disaster that can’t become a blessing.

 

While we try to teach our children all about life, our children teach us what life is all about.

A successful marriage requires falling in love many times, always with the same person.

 

Life holds so many simple blessings, each day bringing its own individual wonder.

 

One of the secrets of life is to make stepping stone out of the stumbling blocks.

 

The only disability in life is a bad attitude.

 

Don’t confuse having a career with having a life.

 

No one ever become poor by giving.

 

 

Ibu, kamulah minyak yang penuh…

 

Waktu berusia setahun, kamu berterima kasih padanya dengan menangis sepanjang malam.

Waktu berusia dua tahun, dia mengajarmu mengatur langkah. Kamu berterima kasih dengan berlari meninggalkannya tika dia menjerit memanggil namamu.

Waktu berusia tujuh tahun, dia menghantarmu ke sekolah tapi kau berterima kasih dengan merengek…”Tak nak pergi sekolah. Tak nak!”

Waktu berusia 18 tahun, dia menghantarmu ke kolej dengan menggendong beg pakaianmu. Kamu hanya berterima kasih di luar pintu pagar sebab malu diketawakan rakan-rakan lain.

Waktu berusia 21 tahun, dia mencadangkan beberapa jenis pekerjaan tetapi kamu berterima kasih dengan mengeluh, “Saya tak mahu jadi macam mak. Ketinggalan zaman!”

Waktu berusia 22 tahun, ketika dia memelukmu pada hari konvokesyen, kamu membalas dengan berkata, “Boleh tak mak belanja saya bercuti ke Australia?”

Waktu berusia 25 tahun, dia menitiskan air mata gembira pada hari perkahwinanmu, tapi kamu membalas, “Patutnya majlis ni kena buat lebih meriah lagi, barulah nampak glamor dan ada kelas!”

Waktu kamu berusia 40 tahun, si ibu tua semakin lemah dan kerap jatuh sakit. Kamu berterima kasih padanya dengan membaca buku-buku tentang ‘Betapa Susahnya Menjaga Ibu Bapa Yang Uzur’.

Tiba-tiba pada suatu hari, tanpa disedari sesiapa, dia pergi meninggalkan dunia buat segala-galanya. Saat itu, apa saja kebaikan yang belum kaubuat semerta menyesak dada. Saat itu juga, semua tingkah-laku burukmu padanya menyerangmu bak halilintar membelah hatimu! Tapi, sesal sudah tiada gunanya…

…baris-baris fragmen daripada KASIHMU SEMERBAK FIRDAUSI…