Tuhan Ajari Aku

 

Penulis: Anwar Nursi

Penerbit: Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd.

Harga: RM17

Jumlah Halaman: 271

Anda sedang mencari cinta? Cinta siapa yang lebih indah; cinta kekasih, cinta ayah bonda atau cinta Allah?

Sebahagian besar usia muda dihabiskan untuk mencari dan mengejar cinta kekasih. Tak jumpa, tak jemu mencarinya. Cinta sudah menjadi milik orang lain, tak putus asa merayunya. Inikah sahaja tujuan kita diberi usia muda?

Cinta sesama kekasih melibatkan kedua-dua belah pihak. Kata seorang alim, memang benar pada awalnya lelaki yang bersalah kerana terlebih dahulu mengajak dan memperdaya. Tetapi jika pihak perempuan tidak membuka peluang, usaha pihak lelaki pasti tidak berjaya.

Cinta tak dapat dielak?

Betul.

Tetapi jangan sampai cinta membutakan kita daripada kebenaran dan kebaikan. Jangan terlalu mudah menjual maruah. Oh, jual maruah tak semestinya buat kerja pe*****an ya. Apa yang kita pakai juga membuktikan sama ada maruah kita murah ataupun mahal.

Hasan Al-Basri pernah berkata:

Jangan engkau hargakan dirimu, kecuali dengan syurga. Sebab, jiwa orang yang beriman itu mahal. Tapi sayang, ramai manusia menjual dirinya dengan harga yang murah.

Sebagai ibu bapa, tanggungjawab mereka yang sebenar bukanlah hanya menyempurnakan makan, minum, pakaian dan tempat tinggal. Didikan agama dan pemantauan juga adalah tanggungjawab yang wajib dipikul dengan bersungguh-sungguh.

Bak kata Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, “Jangan ada sifat ‘biarkan-biarkan’ terhadap zuriat kita.”

Betul tu.  Selalu kita lihat, ibu bapa biar sahaja anak-anak kecil berlari-lari dalam pasar raya atau kedai makan hingga mengganggu pelanggan lain. Kebiasaan itu pasti akan terbawa-bawa hingga mereka dewasa, iaitu dengan tidak mengendahkan pergaulan dan cara hidup mereka. Biarkan, nanti mereka akan faham sendiri. Biarkan, dah jemu nanti mereka akan berhenti.

Bagaimana jika mereka tak akan faham dan tak pernah jemu buat jahat  sampai bila-bila? Siapa yang akan dipersalahkan? Apakah ibu bapa sanggup mengaku bahawa itu semua berpunca daripada tindakan ibu bapa itu sendiri?

Ya, bukan mudah menjadi ibu bapa. Bukan mudah juga untuk melalui usia muda tanpa terjebak dengan cinta. Namun, ada caranya. Buku ini ada menghuraikan caranya.

…………….

Pada pendapat saya, naskhah ini sangat tinggi nilainya kerana setiap perbahasan di dalamnya diselitkan dengan ilmu yang bermanfaat, fakta yang sarat, kisah benar yang sangat menyentuh jiwa.

Saya sangat menggalakan buku ini dibaca oleh anak muda kerana, anda boleh mendapat mutiara di dalamnya. Rugi tak baca!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: