Selamat Tinggal Usia

 

Penulis: Mohd Akhirudin

Penerbit: Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd.

Harga: RM27

Halaman: 262

‘Jangan tertipu kerana mudahnya mayat diurus,

Usah rasa terhibur kerana nyamannya jenazah di pembaringan,

Jangan terpedaya kerana cantiknya kubur,

Usah terpesona nyenyaknya mayat di liang lahad,

Hakikatnya, kematian akan menyingkap segala kebohongan dunia.’

Saya balik ke perangai lama, baca buku dari halaman akhir. Namun, kata-kata akhir penulis di halaman akhir itu cukup untuk membuat jiwa berasa gelisah. Bagaimana keadaanku nanti ketika kematian berlaku kepada diri sendiri?

Saya tak tipu, saya amat merindui mereka yang telah pergi. Kebanyakannya yang begitu dekat dalam hati saya. Dan saya juga tak tipu, saya sering berasa takut jika saat ini saya masih bernafas tetapi sesaat selepas ini, suami dan anak-anak hanya akan melihat saya terbujur kaku. Dan air mata mula berjuraian.

Berpisah dengan dunia, itu merupakan mimpi ngeri setiap manusia terutama bagi yang enak mengulit kesenangan duniawi. Turut menjadi mimpi ngeri golongan kurang berada kerana memikirkan kehidupan zuriat yang bakal ditinggalkan.

Namun, semua perasaan itu tidak berguna jika kita hanya duduk tanpa berusaha. Berusaha untuk benar-benar mengelokkan alam barzakh kita. Biar ia harum seperti sudah berada di  dalam syurga.

Apa yang boleh kita buat sebaik sahaja menyedari usia makin singkat dan maut makin mendekat?

Buku ini ada jawapannya.

Urus masa dengan baik. Ini di antara usaha kita untuk memastikan barzakh kita nanti, membahagiakan. Usia 40 tahun bukan petanda kita sudah hidup stabil lalu boleh enjoy semahu-mahunya. Tetapi usia itu adalah amaran untuk memperbaharui taubat dan meninggalkan keseronokan duniawi.

Kisah dalam al-Quran sepatutnya menjadikan kita insaf bahawa persinggahan yang sementara ini bukanlah modal untuk bersukaria. Syaitan tak akan berhenti menggoda. Namun, apabila ia berjaya merosakkan manusia, ia hanya ketawa dan berlepas tangan terhadap perbuatannya. Yang tinggal, manusialah menanggung dosa dan dibalas setimpal jika tidak sempat bertaubat.

Namun, sebagai seorang muslim, bolehkah kita berasa putus asa?

Hakikatnya, Allah tidak redha seseorang muslim itu terus hidup dalam keadaan berdosa. Jalan taubat sentiasa terbuka. Tetapi jangan pula menjadikan taubat sebagai jalan akhir apabila dunia tidak lagi menyebelahi kita. Tukar strategi katanya. Boleh raih simpati melalui kaedah tukar cara hidup.

Atau taubat dijadikn sebagai mainan. Hari sedih, taubat. Hari gembira, buat dosa semula…

Usia kita sebenarnya unik. Walaupun jumlahnya sama dengan usia orang lain, pengalaman yang dilalui tiada yang sama. Begitu juga dengan ujian. Oleh itu, sebaik-baiknya kita ambil berat tentang usia kita ini. Tak perlu kepoh hal orang lain. Tak perlu cemburu tentang rezeki orang lain.

Saya percaya, sesiapapun yang membaca buku ini akan berasa hiba akan nasib diri andai usia yang diberi oleh-Nya disia-siakan untuk mengejar dunia.

Bacalah dan galilah mutiara yang ada di dalamnya. Ini buku terbaik buat kita yang kerap terleka. Supaya kita tidak terus leka.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: