Nak Jadi Penulis Tak?

 

Penulis: Nimoiz T.Y (Nik Mohd Iznan Tuan Yaakub)

Penerbit: Jootawan Books Sdn Bhd

Harga: RM25

Jumlah Halaman: 155

“Nak jadi penulis buku tak?” Tanya saya.

“Nakkkk!” Jawab anda.

“Kalau nak, jangan buang masa lagi. Menulislah sekarang juga,” kata saya.

“Jangan bertapi-tapi lagi.” Saya menambah.

……………….

Alkisahnya, buku ini tiba di pangkuan saya pada 3 Mac 2016. Tetapi saya ambil masa setahun lebih sikit untuk buat review. Amboi…lamanya?

Ya, lama.

Alasannya bukan datang dari pihak penulis atau buku ini. Tetapi khilaf diri saya sendiri. Banyak hal berlaku selepas bulan Mac 2016 yang menyebabkan rutin hidup sang penulis kecil ini agak kucar-kacir.

………………

Tak dapat dinafikan, buku ini sebenarnya buku terbaik sebagai panduan bagi yang mula berjinak-jinak dengan alam penulisan. Bahkan, penulis yang sudah ada bukupun masih sesuai membacanya.

Tak dapat dinafikan juga, buku ini ditulis dari hati. Maka ia turun ke hati. Mengapa saya berkata sedemikian? Kerana panduan yang diberi  mampu diikuti. Jika bakal penulis konsisten mengikut panduan yang diberi, insya-Allah anda boleh menjadi penulis dalam masa yang singkat.

Bila-bila masapun boleh menulis, di mana-manapun boleh menulis, apa-apapun boleh ditulis.

……………….

Langkah awal untuk menulis adalah dengan membina kerangka penulisan buku tersebut. Sebaik-baiknya kita sudah terbiasa menggunakan tatabahasa yang betul. Selain itu, usahakan menulis buku yang mudah difahami, ada stail, kreatif dan menarik.

………………

Penulis ialah pencuri masa yang cekap. Hendak menulis buku, perlulah konsisten. Jangan tunggu mood sampai, tapi ciptalah mood untuk menulis. Menulis mesti ada stamina. Penulis perlu sentiasa bersedia menghadapi writer’s block. Dan ya, penulis juga perlu bersedia menghadapi penolakan oleh penerbit.

……………..

Eh, macam susah je nak jadi penulis?

Masuk dulu dalam dunia penulisan, baru tahu susah atau tidak.

Bagi yang sudah terjebak, menulis sebenarnya satu nikmat yang besar. Tekanan boleh dilepaskan melalui penulisan. Kesedihan boleh dileraikan melalui penulisan. Kegembiraan boleh dikongsi melalui penulisan. Dan…penulis biasanya awet muda tau!

Hehe…ni pendapat peribadi saya, sang blogger tintanasuha.

……………..

Jadi, tunggu apa lagi?

Jangan hanya baca buku atau rajin hadiri kursus tapi…buku sendiri tak juga terbit.

Mulakan langkah pertama.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: