Hinakah Tinggal Menyewa?

 

Suatu ketika, saya pernah tinggal di rumah dua bilik. Selepas itu, saya berpindah ke rumah sewa.

Pengalaman di rumah sewa memang banyak. Saya sedar, saya sangat banyak menghasilkan karya ketika menginap di rumah sewa walaupun rumah itu kecil sahaja. Kali pertama mendapat peluang signing di PBAKL, PWTC, ketika saya menginap di rumah sewa itulah.

Dan saya juga menjadi sasaran saudara-mara yang mengirim barang dari atau ke kampung. Mereka sanggup datang ke rumah saya pada waktu malam untuk mengambil barang yang dikirim oleh keluarga mereka. Waktu itu, mereka sudi masuk ke dalam rumah sewa berkenaan. Mereka tumpang solat dan duduk bersembang lama.

Hinggalah ke satu ketika, saya terdengar sang isteri berkata kepada sang suaminya, “Elok-elok yang, air bertakung tu,”

Sang suami yang pada mulanya memberitahu hendak tumpang solat, tak jadi solat. Padahal mereka memang sudah tahu bilik air itu bertakung kerana mereka pernah ke rumah saya berkali-kali. Rumah kecil dan murah, memang begitulah keadaannya.

Saya perasan, selepas itu mereka tidak datang lagi. Dan mereka juga tidak pernah lagi hendak kirim apa-apa jika saya balik kampong.

Kini, saya tinggal di rumah tiga bilik. Syukur saya mendapat tempat yang selesa untuk berkarya. Syukur tiada lagi lantai bilik air yang bertakung. Tapi, mereka tak pernah sekali pun bertandang ke rumah saya.

Saya tak kecil hati walaupun saya hanya ada rumah setingkat tetapi mereka ada rumah dua tingkat. Kenderaan saya, Proton Waja itulah sejak saya mula bekerja sedangkan mereka sudah tiga kali bertukar kereta.

Sungguh, saya tak kecil hati.

Tak apalah. Hidup kita bukan diukur oleh keluasan rumah atau mahalnya harga kenderaan besi buruk itu. Yang akan dibawa ke hadapan Tuhan nanti hanyalah amal kebajikan. Biarlah kita bahagia dengan pilihan masing-masing.

Oh, saya lupa nak tanya, hinakah tinggal di rumah sewa?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: