Lebam di Lengan

 

Melihat kesan lebam akibat dicucuk jarum ketika ambil darah, hati jadi sebak. Sampai bila begini? Barangkali hingga hujung nafas. Tapi orang kata, jika kita rasa penderitaan kita teruk, fikirkan penderitaan orang lain lebih teruk.

Jika kita sakit, bayangkan orang lain lebih sakit.

Jika kita diuji, rasa macam sukar sangat, bayangkan ujian orang lain lebih sukar.

Hmmm…nasihat itu hakikatnya untuk memujuk hati.

Sebenarny tak perlupun nak bandingkan. Apa yang kita alami, kalau rasa teruk, menangislah kepada Tuhan. Tak payah fikir sakit orang, penderitaan orang, ujian orang. Bukannya boleh selesai. Lagipun, kalau bandingkan, tak akan mengubah apa-apapun yang sedang kita alami.

Ada baiknya duduk tenang-tenang, kemudian fikir dan usaha bagaimana untuk ubati sakit kita, atau hadapi ujian kita.

Cukuplah. Berhentilah membanding-bandingkan. Bukannya kita tak tahu, nasib dan rezeki manusia tak sama.

Takkanlah waktu kita sakit kaki, kita nak bandingkan dengan orang yang putus kaki?

Eloklah kita usaha cari ubat sakit kaki, bukannya pergi potong kaki!

Walau apa-apapun, jom kita latih diri untuk ucap alhamdulillah walaupun ketika ditimpa musibah yang paling dahsyat.

Saya tahu, kita semua memang banyak menangis dalam hati. Zahirnya saja kita mampu senyum. Maklumlah, fb ajar begitu. Senyum tak semestinya bahagia. Orang yang sering senyum tak bermakna tak pernah hadapi keadaan sukar.

Hmmm entahlah. Semua nak bergurukan fb. Sampai tak kenal lagi kualiti baik yang diajar oleh agama.

Jadilah diri sendiri apabila sudah berada di landasan yang betul. Ubatnya ada pada solat, al-Quran dan jalan hidup kita.

Sakit atau senang, sebenarnya kita hadapinya sendirian. Yang orang kata simpati tu, yang kata sayang tu, yang banyak tolong tu, ah….belum tentu ikhlas.

Akhir sekali, kita tetap perlu hadapinya sendirian.

Ya, kembali melihat lebam di lengan. Ini takdirku. Akan kuharunginya dengan tabah. Jika takdir ini berkekalan hingga ke hujung nafas, aku gembira melaluinya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: