Jajan Kenduri

 

Di antara kita, memang ramai yang suka menghadiri majlis keraian. Dan di antara kita, ramai juga yang suka bawa hadiah. Tapi, apa rasanya jika tuan punya majlis tidak pandang besarpun apa yang kita bawa? Malah sering berlaku, waktu kita jabat tangannya dan bertanya sesuatu, dia jawab sambil matanya memandang tetamu lain. Malah mahu segera bergegas melepaskan tangan kita dan meluru ke arah tetamu itu. Apa rasanya?

Mungkin rasa menyesal bawa hadiah. Atau barangkali rasa menyesal hadiri majlis itu juga!

Lepas makan, tiba waktu hendak balik, Sekali lagi jabat tangan tuan rumah. Kita bagai ternati-nanti sesuatu. Dan seperti tadi juga, mata tuan rumah memerhati tetamu yang baru sampai. Apatah lagi yang baru sampai, ada pangkat sikit. Lalu, kita ni siapa, kan? Hanya terpandang-pandang jajan yang disediakan. Takkan nak ambil sendiri?

Kecil hati wei!

Saya…teringin mengingatkan diri jika suatu hari nanti saya mengadakan majlis yang besar, ingin sekali saya menjaga hati semua jemputan. Saya tahu bukan mudah. Contohnya majlis perkahwinan anak sulung atau anak bongsu atau anak tunggal. Kata orang, mejlis begitu biasanya hampir semua jemputan datang.

Tapi, alasan bukan mudah tidak boleh digunakan untuk melukakan hati tetamu. Tak kiralah ada pangkat atau tidak, berada atau miskin, sepatutnya layanan sama rata. Jika VIP diiring sampai ke tempat duduk, apa salahnya jiran sebelah rumah yang miskin tu juga diiring sama. Lagipun, kenduri sebenarnya untuk memberi makan kepada orang miskin, betul tak?

Dan cerita jajan tu…kalau nak bagi, bagilah sama rata. Jangan sampai ada yang berkecil hati, apatah lagi jika tetamu itu ada sedekah wang atau bawa hadiah. Tuan rumah kena cakna. Kena raikan tetamu dengan baik, okey?

Apa rasanya, aku datang bawa hadiah. Tapi sepokok bunga telurpun tak dapat!

Dan bayangkan selepas kenduri, anda berseloroh dengan tuan rumah, “telur sebijipun tak dapat,” dan dia balas, “eh ye ka? Minta maaflah tak perasan.”

Adakah anda akan memujuk diri dengan berkata, “Tak apalah, dia sibuk layan tetamu,” atau, “Aku pergi kenduri bukan nak hadap sangat jajannya tu…” atau bagaimana?

Tuan rumah, tolong jangan ambil mudah. Makan dalam tau tak!

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: