Teringat

Alahai.

Dua tiga hari ni tiba-tiba teringatkan seorang manusia yang pernah tipu saya ribu-ribu ringgit kononnya nak buat beli kereta. Kejadian ni berlaku 12 tahun sudah. Aneh kan? Akhir-akhir ni saya agak pelupa, barangkali sebab banyak urat putus waktu bersalin, atau sebab saya guna ubat perancang, atau saya termakan banyak semut. Hinggakan apa yang saya cakap lima minit tadi, sekarang dah lupa.

Tapi tentang penipuan manusia tu, saya tak lupa. Agaknya bagaimana kehidupan dia sekarang? Lepas dia lesapkan duit saya, adakah dia sudah insaf? Atau dia cari mangsa lain pula?

12 tahun tu sangat lama untuk mengubah manusia. Dan saya tahu, duit saya yang ribu-ribu tu takkan balik ke tangan saya lagi jika melalui tangan dia.

Tuhan,

Salahkah jika saya minta sesuatu tentang dia?

Bukankah apa yang dia buat tu berdosa?

Apatah lagi ketika itu saya masih student. Duit tentulah perkara yang besar bagi saya.

Oh, barangkali salah saya agaknya sebab naif sangat. Sebab mudah sangat percayakan orang. Sebab teruja sangat nak pakai kereta kot?

At last saya yang merana.

Tuhan,

Saya minta untuk tidak bertemu dengan dia lagi. Di dunia mahupun akhirat. Kejahatannya itu, Engkau sahajalah yang layak membalasnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: