Tentang Kaya

Banyak benar projek perumahan dibuka di kawasan kampung. Harganya juga bukan calang-calang. Paling murah, RM setengah juta bagi sebuah rumah.

Melihat kereta-kereta mewah menjalar keluar dan masuk daripada kawasan tersebut, pernah juga terfikir, banyaklah pengaruh yang dibawa masuk. Yang baik-baik tak apalah. Ini…yang tidak baik.

Beberapa hari lepas, sewaktu orang kampung memandu kereta lama di jalanraya mereka, sebuah kereta mewah sebesar peti ais keluar dari simpang sebuah kawasan perumahan baharu. Tak tahulah apa yang difikirkan oleh pemandu kereta mewah itu. Adakah:

  1. Oh, kereta Iswara je tu, biarlah dia yang berhenti. Aku tak kira, aku nak keluar juga.
  2. Apa aku kisah, ini kawasan rumah aku jugak. Suka hatilah apa aku nak buat.
  3. Hei, korang nampak tak kereta mahal aku ni? Apa hal aku pulak yang kena berhenti kat simpang?
  4. Eh, kereta aku ni tak ada brek dan signal rupa-rupanya..

Mestilah setiap orang ada alasan kalau nak buat apapun. Zaman ini, matlamat menghalalkan cara. Kadang-kadang, kekayaan juga membuatkan orang jadi biadap yang disengajakan. Apatah lagi jika berdepan dengan orang kampung yang dianggapnya lekeh, lemah, miskin dan bodoh.

Wahai orang luar,

Jangan senang-senang nak hina orang tau. Entah-entah kau juga asal dari kampung. Tapi tak nak mengaku.Kau juga pernah miskin tapi bila diberi harta lebih sikit, terus lupa asal-usul. Masuk tempat orang nak tunjuk bagak pulak.

Mungkin engkau tak sedar, orang kampung tak semestinya lekeh, lemah, miskin atau bodoh. Macam engkau jugalah. Mestilah tak mahu dilabel sedemikian. Cuma bezanya, kau sekarang dah tak mengaku orang kampung walaupun kau juga masih @#$%^ sebenarnya.

Tahu tak, mereka sengaja tidak mahu keluar dari kampung mereka. Mereka sengaja memandu kereta lama sedangkan mereka juga ada kereta mewah. Malah, mereka lebih berpendidikan berbanding kamu. Oh, kamu terlupa ya. Sebanya, kekayaan hati dan jiwa sudah ditarik dari dirimu walaupun kamu masih ada kekayaan harta.

Kamu terlupa ya, orang kampung bina rumah sama saja saiznya dengan rumah kamu tu. Tapi bezanya, kaubayar berjuta-juta kepada pemaju bukan bumiputera sedangkan mereka hanya keluarkan 200 ribu saja untuk menyiapkannya. Jadi, siapa sebenarnya yang kaya, siapa sebenarnya yang bodoh?

Fikir-fikirlah kalau nak biadap pun.

Ternyata hukum alam ni sangat adil.

Allahu akbar!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: