Syukur Selalu

Alhamdulillah. Hari ini saya masih bernyawa.

Terima kasih yang terutama mestilah kepada Allah yang mengizinkan saya lahir ke dunia dan mengharungi semuanya sehingga ke saat ini.

Apa yang saya ada pada hari ini bukanlah dimiliki dengan mudah sementelah saya tidaklah dilahirkan dalam sudu perak. Saya berasal daripada keluarga yang miskin, namun asal-usul itu tidak pernah saya kesali. Malah, amat saya syukuri kerana kemiskinan mengajar saya supaya berusaha mendapatkan sesuatu secara berdikari.

Jangan kata saya mencemburui apa yang kamu ada apatah lagi jika kamu memilikinya tanpa susah payah.

Saya tak pernah cemburu kerana saya tahu, nasib kita berbeza. Suratan hidup kita berbeza. Malah khatimah kita juga berbeza.

Saya nikmati apa yang saya ada ini, kerana saya mendapatkannya dengan susah payah.

Saya belanja sesuka hati saya kerana itu wang yang saya dapat melalui kerja saya. Usah sakit hati dengan saya.

Saya mampu menjadi pelajar terbaik beberapa kali kerana saya tidak mahu mensia-siakan peluang belajar yang saya dapat.

Saya ada kelulusan yang agak tinggi, kenapa kamu nak cemburu? Atau kamu pandang lekeh? Katamu, kamu tak perlupun kelulusan sepertiku untuk memiliki harta pada hari ini. Cukup dengan keputusan peperiksaan yang minimum. Pasangan sayang sepenuh nyawa juga.

Ya, saya seorang penulis. Tapi katamu, kamu tak perlukan kelebihan seumpama ini untuk meraih pengaruh. Kamu sudah sedia orang terpengaruh. Tanpa perlukan kelebihan.

Eh, siapa kata saya menulis untuk mencari pengaruh? Saya hanya mahu membina nesan sendiri. Nesan yang banyak. Nesan yang berwarna-warni. Suka hati sayalah kan?

Jadi, apa kata kamu jalanilah kehidupan kamu bersama-sama harta yang banyak yang perlu kamu urus. Manakala biarlah saya bahagia menjalani kehidupan saya yang serba ada walaupun tidak mewah.

Saya dan kamu sudah ada khatimah. Cuma kita belum tahu di mana, bila dan bagaimana.

Eloklah kamu berwaspada.

Sebagaimana saya selalu berwaspada…

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: