Kita Tetap Begini

Kawan-kawan,

Pernah tak, tengok orang yang meludah ke langit kemudian jilat semula lidahnya tu?

Kalau pernah, samalah macam saya. Pernah juga.

Kalau tak pernah, rugilah. Sebab tak dapat tengok kelucuan perangai orang sebegini.

Seingat saya, ada dua orang di sekeliling saya yang saya pernah tengok mereka ludah kemudian jilat balik. Pengotor, kan? Tapi itulah simbolik untuk orang yang bikin tak serupa cakap. Ataupun yang suka mengata keburukan orang namun akhirnya dia sendiri yang lakukan keburukan tersebut.

Ah, mungkin dia dah lupa dia pernah caci orang berkenaan. Kemudian Allah timpakan balasan, yang mana keburukan tersebut, sebenarnya dia yang buat, bukan orang yang dicaci.

Pelik, kan…hal pakaian orang pun nak caci. Suka hatilah orang nak pakai baju warna apa pun. Yang kau sibuk kenapa? Katanya, kalau pakai baju warna kelabu, seseorang itu akan nampak gemuk. Tup tup raya tahun ni dia sekeluarga pakai baju warna kelabu! Dah kenapa…

Dulu, dia pernah kata, waktu dituduh menjadi punca seseorang meninggal dunia, “Kalau aku ni ada kuasa bunuh orang, dia (dia maksudkan seseorang yang ada pertalian darah dengannya) yang aku bunuh dulu!” Wah, marahnya! Tup tup sekarang ni dengan orang yang dia nak bunuh itulah dia paling rapat. Bincang segala, pinjam duit, rancang projek yang sama bla bla bla.

Dulu, dia kata rugilah orang yang penat-penat bayar duit ansuran kereta, dah habis bayar, jual. Lepas tu beli kereta baru pula. Dah tu bilan nak habis bayar hutang? Tup tup…bulan lepas dia juga yang jual kereta yang baru habis dibayar sebulan sebelumnya, dan dia beli kereta baru. Aduh, dah tak ingat ke apa yang kaukata kat orang dulu?

Inilah warna dunia. Ops! Saya tidak mengumpat okey. Ini kisah yang saya rasa boleh dijadikan iktibar untuk kita semua. Jika kita rasa perangai jilat ludah tu jelik, janganlah ikut. Kan tambah buruk kelihatannya kalau orang yang dicaci masih ingat. Makan dalam tau tak!

Kita…sebaik-baiknya berwaspadalah ketika bercakap. Lidah yang kecil ini sebenarnya mampu lakukan apa sahaja jika digunakan secara salah.

Eh, tak payahlah nak keph sangat hal orang. Suka hatilah orang nak pakai kelabu ke, nak berhutang sampai ke mati ke, apa ke…yang penting kita jaga hal kita sudah.

Kita…jika sudah ada prinsip hidup sendiri, berpeganglah padanya. Bergantunglah kepada Tuhan. Jangan mudah sangat terikut-ikut cara orang, atau suka sangat nak bertanding dengan orang. Padahal orang tu tak terkesan pun. Hartanya tak luak, kebahagiaanya tak berkurang.

Oleh sebab itu, kalau nak meludah, meludahlah ke tanah…tempat asal kejadian kita. Barulah tak sanggup jilat balik. Kalau asyik mendongak saja, itulah jadinya. Asyik anggap orang…semua salah. Dia…semua betul.

Salam Jumaat.🙂

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: