Siapa Patut Malu?

Kita sihat, mereka sakit.

Tetapi mereka mampu bekerja, setaraf dengan kita.

Mereka bahagia, sama seperti kita.

Mereka beribadah, lebih daripada kita.

Lantas, siapa yang patut malu?

 

Kita pernah hina mereka, bahawa mereka sakit…jadi pergerakan mereka terhad. Nyawa mereka terhad. Nikmat hidup di dunia terhad. Masa berada atas dunia juga terhad.

Mereka tahu semua itu. Sebab itulah mereka hidup sesempurna mungkin. Mencari bahagia, menyediakan bekal dan sentiasa bersedia menyambut salam malakulmaut.

Sedangkan kita?

Sudah tahu tubuh kita kuat, kita abaikannya dengan buat maksiat. Amal ibadat? Nanti dululah. Banyak masa lagi.

Sebab itulah 1400 dulu lagi Nabi sudah peringat, bahawa orang sihat sentiasa akan tertipu dan menipu diri sendiri. Perasan boleh hidup lama. Perasan masa yang pergi boleh diundur semula. Perasan ibadah yang sedikit boleh diguna untuk pujuk Tuhan menawarkan syurga.

Saya fikir, lebih baiklah jadi orang sakit. Kerana orang sakit biasanya rendah hati. Orang sakit biasanya bersedia. Orang sakit selalunya mensyukuri nikmat bahagia yang sementara.

Ya. Orang sakit biasanya lebih banyak bersyukur.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: