Marah

Seorang kawan pernah menengur saya, “Eh u ni cepat marah kan?”

Saya? Pemarah?

Tidak. Kamu silap.

Saya tidak marah. Saya cuma terkilan kerana hanya saya seorang sahaja di situ yang tidak dilayan seperti mereka yang lain. Saya dipinggirkan. Apa sahaja tentang saya, si ketua akan cepat-cepat kata, “No!” Seolah-olah saya begitu hina. Seolah-olah saya tidak layak dilayan dengan baik. Selah-olah saya ini budak tak sekolah.

Jadi, ketika saya bercerita kepadamu tentang apa yang saya hadapi, itu tak bermakna saya marah. Saya ada perasaan. Apakah dengan kamupun saya tak layak didengar dengan adil?

Jika begitu, tak mengapalah. I can handle myself. Saya kuat selagi saya berada pada pihak yang betul. Dan selagi saya berada pada pihak yang betul, saya yakin bahawa Tuhan sedang memandang saya, dan menanti-nanti masa untuk menenangkan jiwa saya.

I’m okey.

Sebenarnya, dengan takdir bahawa janin saya berkembar dengan dugaan dan ujian sejak dalam rahim lagi, saya tidak layak jadi seorang pemarah. Saya bukan sesiapa untuk marah-marah. Saya masih waras. Fine. Kamu tak perlu berada pada pihak saya jika kamu tak suka melihat reaksi saya yang selalu emosional itu.

Saya boleh jaga diri sendiri. Itulah caranya yang menyebabkan saya masih hidup hingga saat ini. Alhamdulillah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: