Penerbit Jujur, Penulis Lega

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.

Selama menjadi penulis, saya pernah menghadapi pelbagai ragam manusia, terutama sekali penerbit. Pernah ditipu, tidak pernah dapat penyata jualan buku, tidak dibayar royalti merupakan antara pengalaman yang sudah saya rasai. Novel yang dikatakan sebagai ‘meletup’ di pasaran, tidak pula membuatkan saya jadi kaya kerana saya tidak dibayarpun!

Tak mengapalah, itu semua pengajaran buat diri saya. Lagipun, ‘hutang’ tersebut pasti akan ditanggung terus oleh penerbit berkenaan hingga ke akhirat jika penerbit itu tidak datang melangsaikannya, atau sekurang-kurangnya meminta maaf.

Tak mengapalah, itu semua tidak merencatkan hobi saya. Saya terus menulis dan menulis. Malah segala kesulitan dalam proses menerbitkan sesebuah buku mampu saya hadapi dengan senyuman…disebabkan pengalaman masa lalu.

Kini, boleh dikatakan dunia penulisan saya sudah memasuki fasa kedua, bermula pada tahun 2010. Syukur, karya saya diterima untuk diterbitkan oleh sebuah penerbit gergasi negara, Karangkraf. Lima tahun mendedikasikan sedikit bakat yang ada ini, enam karya saya sudah diterbitkan oleh Karangkraf.

Saya akui, saya bukanlah penulis yang popular. Buku-buku saya juga tidak meletup. Saya hanya ada beberapa orang ‘follower’ yang sentiasa menanti-nanti buku saya diterbitkan. Namun, itu bukan persoalannya. Yang membahagiakan saya adalah, hobi saya sudi didukung oleh penerbit yang jujur ini.

Saya juga amat tertarik hati dan lega terhadap kejujuran Karangkraf dalam menjaga kebajikan penulis-penulisnya. Salah satu daripadanya, berkenaan jumlah buku yang dijual dan jumlah royalti yang dibayar. Pernah suatu ketika, royalti untuk saya hanya sekitar RM400++, namun mereka tetap bayar kepada saya. Itulah bukti kejujuran. Dan biasanya seseorang penulis akan menerima penyata yang mencatatkan jumlah buku yang telah dijual, sejak kali pertama buku penulis berkenaan diterbitkan.

Satu perkara lagi yang membuktikan penerbit ini jujur sejujur-jujurnya ialah perjanjian yang ditandatangani bersama bagi setiap buku.

20140710_163247

Subhaaanallah…saya amat kagum. Dan saya berdoa, sifat mulia ini berkekalan diamalkan dalam syarikat penerbitan yang besar ini.

Saya percaya, semua penulis mahu penerbit mereka jujur. Kita menulis bukanlah semata-mata untuk mendapatkan imbuhan. Malah, itu bukan niat asal saya menjadi penulis. Namun, kita juga turut berharap semoga penerbit yang mencetak buku kita itu sedikit bertimbang rasa terhadap idea, masa dan tenaga yang digembleng sekian lama untuk menyiapkan sesebuah buku.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: