Pupuk Akal

 

Al-Quran mengajar kita supaya meaksimumkan fungsi akal. Bukan hanya menggunakannya secara basement sahaja. Hakikatnya, akal kita ini hebat. Akal mampu meneroka segala perkara yang tak terduga. Di samping kehebatan akal ini ada al-Quran dan Islam yang menjadi pemandu.

Abu Bakar Yang (2011) menyebut bahawa:

1. Akal seseorang perlu dilatih untuk menjadi kritis.

2. Akal seseorang perlu dilatih berfikir secara komprehensif.

3. Akal seseorang perlu dilatih berfikir secara tajdidi (kaedah baharu), bukan hanya dengan cara tradisi (jumud).

4. Akal seseroang perlu dilatih berfikir menurut disiplin ilmu yang teratur, bukannya berdasarkan prasangka dan nafsu.

Kehebatan akal kita berpandu kepada cara kita mengendalikan dan melatihnya. Usah sesekali membiarkan akal hanya berfikir berlandaskan logik. Kerana agama kita tidak dibina berasaskan logik. Jika fungsi akal merasa dirasakan belum optimum, latihlah berdasarkan 4 cara di atas. Bagaimana?

Kajilah al-Quran, kerana di dalamnya kita akan mendapati ada banyak pelajaran untuk melatih akal. Dengan berhujah, kita sedang melatih akal. Namun, berhujah mestilah dengan cara yang betul. Rujuk ayat 125 Surah An-Nahl.

Pengalaman lalu tidak semestinya mesti dilupakan terus. Itulah yang diajar oleh al-Quran, antaranya menerusi ayat 60-82 Surah Al-Kahfi.

Al-Quran mendedahkan banyak perkara ghaib yang belum dan akan berlaku. Walau bagaimanapun, akal memerlukan keyakinan yang tinggi terhadap perkara sebegini. Jadi, kita sedang melatih akal untuk memantapkan akidah terhadap Tuhan Yang Maha Esa. Cuba baca Surah Al-Insan.

Ketelanjuran dan kesalahan manusia sering dipaparkan oleh al-Quran, supaya kita tidak mengulanginya. Dosa-dosa manusia disebut dalam al-Quran supaya kita gerun dan cuba mengelakkannya, bukan cuba melakukannya. Dengan itu, fungsi akal sangat penting. Akal boleh dilatih untuk mencintai kebaikan dan membenci kemungkaran.

Alangkah hebatnya akal, yang membezakan kita dengan makhluk-makhluk yang lain. Alangkah rapatnya hubungan akal dengan al-Quran…jika kita mahu mengambil pengajaran…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: