Guru Tanpa Suara

 

Pejam celik, celik pejam…sudah 14 tahun juga saya menjadi cikgu. Terlalu banyak suka dukanya. Mungkin lebih banyak duka, bermula dari tahun 2008. Bukannya tidak bersyukur, bukannya hendak mengeluh. Namun inilah realiti yang telah saya lalui.

Saya gembira menjadi guru. Saya sanggup hadapi pelbagai latar belakang murid-murid. Saya tidak menjadikan kekayaan atau kemiskinan mereka sebagai pengukur. Sebagai guru Pendidikan Islam, saya pentingkan akhlak mereka. Tak mengapa jika mereka kurang pandai, sementelah bukan ramai sangat manusia yang dilahirkan semualajadi bijak pandai di atas dunia ini.

2008 menjadi titik tolak kesedihan dalam kerjaya saya. Bermula dengan guru praktikum yang menengking saya ketika saya meminta jadual waktunya. Alkisahnya, dia sudah pilih guru lain untuk menjadi pembimbingnya. Sedangkan maktab telah memilih saya. Sebab itulah dia tengking saya dan beranggapan saya tiada hak pun untuk melihat jadual waktunya.

2014, sekali lagi saya dilantik menjadi guru pembimbing. Hakikatnya, trauma 2008 masih ada. Bimbang sangat-sangat jika pisang berbuah dua kali. Takdir Tuhan…sekali lagi saya perlu berdepan dengan guru praktikum yang bermasalah!

Malangnya nasibku…kita yang ingin membimbing dengan ikhlas tidak dihargai. Ditambah pula dengan sikap pensyarah penyelia pelatih tersebut yang mempertahankan pelatihnya yang pemalas itu.

Tak apalah…musim praktikum sudah berlalu. Dan saya tak kisahpun apa gred yang diberi oleh pensyarah kepada pelatih tersebut. Sebab saya tahu, suka atau tak suka, saya tetap kena berurusan dengannya juga selagi dia masih berada di sekolah ini, bukan pensyarah tersebut.

Aduhai…dugaan belum berhenti. Benarkah saya kuat menghadapi dugaan ini, sebab itulah saya diduga dengan hebat di sini?

Hanya Tuhan Yang Maha Tahu bahawa saya sudah lelah. Dakwah tidak mampu dikembangkan sebaliknya diri saya yang diasak bertubi-tubi. Kononnya saya bertindak berasaskan perkauman. Allaahumma…bukan perkauman sebenarnya.

Lima tahun di sekolah ini, apa yag saya perjuangkan adalah agama saya. Saya amat tidak rela Islam dipijak-pijak mereka. Saya wajib mempertahankannya. Hingga tiba pada hari ini, saya benar-benar berasa lemah. Tiada sokongan. Dan biasanya pegawai atasan di pejabat-pejabat berhawa dingin di PPD dan Jabatan Pendidikan hanya akan berkata:

“Jika tidak berduri, itu bukan dakwah namanya.”

Semudah itu?

Kadangkala, saya memang berasa kecewa. Kerana saya dihantar ke sekolah ini bukan dengan kerelaan sendiri. Tetapi saya hanya dibiarkan berdepan dengan segala masalah, bersendirian.

Boleh saja jika saya datang sekolah dan balik ke rumah on time. Tapi saya tak sampai hati membiarkan anak-anak seagama saya dipinggirkan. Sebab itulah saya berjuang. Dan saya amat memerlukan sokongan para pegawai yang duduk selesa di pejabat berhawa dingin tersebut.

Mereka tahu saya sering dimarahi dan dipersalahkan oleh pihak pentadbir sekolah. Tetapi mereka tidak sudi turun padang.

Tak mengapalah, sudah ini jalan yang saya pilih. Kalau tak mahu cabaran, letak jawatan, kata sesetengah orang.

Sekali lagi, ini bukan keluhan. Ini adalah realiti dunia guru. Saya. Entah apa pula cabaran yang terpaksa didepani guru-guru lain.

Bertabahlah yea. Selamat hari guru buat semua guru di Malaysia. Tuhan sahaja yang kita ada saat kita tidak berdaya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: