Harga ‘Sebuah’ Kesihatan

Nabi s.a.w pernah bersabda: Dua nikmat yang sering diabaikan manusia; kesihatan dan masa lapang.

Sesekali…saya berasa cemburu juga kepada orang yang sihat dan sering ada banyak masa lapang. Orang yang sihat bebas lakukan apa sahaja tanpa halangan. Boleh beribadah dengan sempurna, boleh beriadah pada setiap petang. Sedangkan saya perlu berjihad untuk melakukan apa yang dapat dilakukan orang yang sihat dengan mudah. Saya sakit!

Namun itu bukanlah alasan saya untuk mengalah atau menyalahkan takdir. Dengan penyakit yang sentiasa melekat dalam tubuh saya ini, saya berhasil menjadi manusia yang rendah diri. Saya sedar saya tidak sempurna, dengan itu saya tak kuasa nak melawan sesiapa. Biarlah kamu dengan kesombonganmu asalkan saya tidak sombong kepada Tuhan saya.

Maknanya, saya lebih selesa menjadi orang sakit daripada menjadi orang sihat jika setiap kesakitan ini berupaya memperingatkan saya terhadap kematian dan kuasa Tuhan.

Orang yang banyak masa lapang pula sentiasa gembira hidupnya. Sudahlah tak perlu bekerja, wang belanja sering disediakan dengan cukup oleh suami, dapat pula berehat dengan kadar yang lebih lama dan lebih kerap daripada orang yang bekerja.

Yang saya cemburu tentang orang yang banyak masa lapang ini…itulah. Banyak masa untuk rehat dan baring-baring. Tapi yang lebih saya cemburu tentang mereka ialah…dah banyak masapun tak mahu tingkatkan kualiti diri?

Jika begitu, lebih baik jadi orang yang sibuk kerana pada masa yang sama dapat berbakti kepada agama dan negara…daripada menjadi orang yang banyak masa lapang tetapi masa lapang itu dibazirkan begitu sahaja. Berdosa tau!

Sebab itulah Nabi menyebut dua perkara tersebut dalam hadis di atas. Sebabnya, dua perkara inilah yang sering disia-siakan tanpa disedari. Orang yang sihat biasanya tidak asyik untuk beribadah. Pabila sakit baru sedar nak hitung ibadah yang masih sedikit. Orang yang banyak masa lapang biasanya berasa sangat selesa sehingga tidak mahu berfikirpun tentang masa susah yang mungkin akan dihadapi. Pabila tiba waktu susah, barulah menyesal kerana dulu, masa lapang tidak digunakan dengan sebaik-baiknya.

Wahai kita semua, manfaatkanlah kesihatan yang diberi Tuhan kerana ia anugerah yang besar. Begitu juga dengan masa lapang. Isikannya dengan perkara yang berfaedah dan menguntungkan kita ketika di sana nanti.

Sahabat sekalian,

Ambillah iktibar daripada apa yang berlaku kepada diri saya, yang perlu menelan sebiji ubat berharga Rm100++ setiap hari untuk mengembalikan kesihatan kepada diri sendiri. Untunglah kalian boleh belanjakan RM100++ itu untuk perkara lain. Ini sahaja harapan dan usaha saya demi kesihatan diri.

20140401_085552

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: