Saya Sering Diuji…

Tahun demi tahun, usia kita semakin meningkat. Kita terlalu sibuk dengan komitmen harian sehingga kadangkala tak sempat nak fikir tentang bahagia atau derita yang sedang dihadapi. Alhamdulillah, bahagia atau derita menjadikan diri kita semakin kuat. Benar, kan?

Pada 2013, ramai kawan bertanya tentang usia saya. Mereka meneka-neka. Dan mereka terkejut apabila saya mengakui usia saya sudah sangat hampir dengan angka 40. Mujurlah…mujurlah dugaan demi dugaan yang melanda tidak menyebabkan wajah saya nampak tua.

Pada tahun 2014 ini, kawan-kawan mengaku yang saya ini tabah. Mana tidaknya, agak banyak sejarah hidup terpaksa dirungkai ke pengetahuan mereka secara terpaksa. Apatah lagi selepas saya dimasukkan ke hospital selama beberapa hari. Akui mereka, saya kuat semangat! Mana tidaknya, mereka tak tahu keadaan saya. Mereka anggap saya normal seperti mereka juga. Tahu-tahu penyakit saya sudah agak tenat. Baguslah, agak lama juga saya mampu menyelindungkan dugaan yang satu ini.

20140315_140357

Alhamdulillah.

Sayapun tak sedar yang saya ini tabah atau kuat semangat. Pada saya, semua ini telah lali dilalui. Samalah juga ketika doktor bertanya, macam mana u hari ini?

Jawab saya, macam biasa.

Doktor senyum. Balasnya, memanglah sebab u dah biasa begini sejak kecil. Tentu u tak perasan perubahannya.

Saya pula senyum.

Ha…ah, betul juga. Kesihatan saya pastinya merudum. Tetapi saya tidak menyedarinya sangat. Maklumlah, saya selalu sibuk dengan kerja. Dengan keluarga. Dengan memberi sumbangan kepada ummah.

Alhamdulillah. Kesakitan mengajar saya supaya menjadi insan yang sepatutnya. Tidak sombong, tidak bangga diri, suka memerhati. Kesakitan membataskan pergerakan saya tetapi tidak membataskan apa yang mampu saya fikir tentang hakikat hidup.

Apabila usia semakin matang, saya bersyukur diberi kesakitan ini. Supaya tindak-tanduk saya berpada-pada. Supaya saya dapat menghalusi dugaan-dugaan lain. Supaya saya sentiasa bersedia untuk bertemu dengan-Nya. Maka tidaklah saya terlalu sangat cintakan dunia.

Alangkah nikmatnya sakit, yang pada sesetengah orang dianggap sebagai beban. Tetapi tidak bagi diri saya. Mungkin kerana penyakit itu lahir bersama-sama dengan saya. Sebab itu saya sudah biasa.

Terima kasih Tuhan.

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: