Di Sebalik Kemanusiaan

Di sekeliling kita, memang ada ramai manusia yang dikurniai kemanusiaan tanpa mengira agama dan warna kulitnya. Subhanallah…Maha Hebatnya Tuhan kita yang tidak membezakan kemanusiaan dan kasih sayang sesama manusia.

Seringkali saya tertanya-tanya, mengapa biasanya orang bukan Islam yang lebih mudah menghulurkan bantuan kemanusiaan, berbanding orang Islam? Bukankah sepatutnya orang Islamlah yang lebih suka membantu, mudah mengasihani dan tidak berkira tentang kemanusiaan…memandangkan inilah yang dianjurkan oleh agama kita?

Segala-galanya terpulang pada diri sendiri juga.

Kemanusiaan ada dalam diri semua makhluk Tuhan. Cuma hidayah sahaja tidak diberi kepada semua. Kena berusaha untuk mendapatkan hidayah. Tuhan tahu siapa yang sudah cukup berusaha lalu nikmat itu diberi kepada-Nya. Tuhan tahu siapa yang tak cukup berusaha lalu nikmat itu ditahan daripada-Nya. Firman-Nya bermaksud:

…dan Dialah jua yang lebih mengetahui orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah (kepada memeluk Islam). Surah Al-Qasas:56

Apa-apapun, bersyukurlah kita yang sudah diberi hidayah Islam sejak dari lahir lagi. Cuma…terfikirkah bahawa kita ini sudah diberi hidayah iman atau belum? Mesti ada usaha ke arah itu.

Masih belum terlambat.

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: