Sembang Di Meja Kenduri

Sungguh. Saya tak curi dengar. Saya memang dengar perbualan tersebut kerana saya duduk di meja yang sama dengan makcik tu, seorang penjual cendol di hadapan sebuah sekolah.

Kononnya baru-baru ini dia belanja murid-murid yang dapat 5A makan cendol percuma. Tapi rupa-rupanya murid yang datang tu, bukan semuanya dapat 5A. Saya dengar dia ajuk satu perbualannya…

“Mak cik belanja orang yang dapat 5A saja. Kamu dapat berapa?”

“5C.”

“Hah! 5C? Satu A pun tak ada? Kalau 4A 1B pun tak apa, makcik masih belanja. Tak boleh, tak boleh. Kamu kena bayar cendol ni.” katanya.

“Mak cik peliklah. Kamu belajar apa di sekolah, satu A pun tak boleh dapat?” ajuknya lagi.

20131124_123633Waktu itu, saya pandang suami. Kami antara mahu senyum dan sebaliknya. Kawan yang dilawan bersembang oleh makcik tersebut sudah diajak pulang oleh suaminya. Namun nampak gayanya makcik itu masih lagi mahu bercerita. Sementara suami makcik itu hanya diam di sebelahnya.

Sepeninggalan mereka, saya berfikir panjang. Banyak persoalan bermain-main di minda.

1.  Kesian murid yang kena bayar cendol tu.

2. Rugikah makcik tu jika hanya tambah seorang saja yang makan cendolnya?

3. Dalam sesebuah sekolah, adakah semua murid layak mendapat 5A? Setahu saya, di kebanyakan sekolah, yang mendapat 5A tak sampai 10% pun. Jadi, apa yang nak dihairankan sangat dengan keputusan yang pelbagai tu…

4. Hinakah seseorang anak itu hanya kerana tidak mendapat 5A? Bagi saya yang bekerja sebagai guru, saya dapat melihat ada kanak-kanak yang berusia 12 tahun yang belum mengerti apa itu peperiksaan. Dan apa pentingnya  mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR.

5. UPSR masih bukan penentu jalan hidup. Permulaan ini, kata seorang kawan saya, hanya melayakkan dia masuk asrama sahaja. Bagi saya, permulaan ini merupakan titik bermulanya seseorang itu terkurung dalam dunia pelajaran sampailah dia dewasa, sehingga terpaksa melupakan zaman remaja yang indah. Lagipun, kecerdasan kanak-kanak adalah pelbagai. Tak hairanlah ketika keputusan diumumkan, macam-macam ada.

6. Kesian ibu bapa kepada murid-murid sebegini. Barangkali mereka sudah berusaha menghantar anak-anak ke kelas tambahan dan sebagainya. Dah memang otak anak-anak ini tak cerdas, nak buat macam mana?

7. Saya paling tertanya-tanya, adakah anak-anak makcik ni dulunya semua dapat 5A???

8. Dan macam-macam lagi persoalan yang masih bermain-main di minda hingga ke saat ini…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: