Wahai anak Adam, janganlah keterlaluan gembira dengan kekayaan. Janganlah keterlaluan berputus asa dengan kefakiran. Janganlah berduka dengan bencana. Jangan keterlaluan bersenang dengan kelapangan kerana emas itu diuji dengan api. Seorang hamba yang soleh diuji dengan bala. (Saidina Ali)
Seandainya di dunia tiada musibah, pasti kita akan tiba di akhirat dalam keadaan muflis. Berlapang dadalah andai diuji. Bagi seorang mukmin, musibah adalah peluang memperbaiki diri. Dalam musibah ada kasih Ilahi. (Surat daripada Tuhan)
Leave a Reply