Kasih Ayah

Pada cuti pertengahan penggal persekolahan yang lalu, saya sempat membawa anak-anak ke Kuala Lumpur dengan menaiki komuter. Tiba di setiap perhentian, penumpang naik dan turun. Saya tak ambil kisah kerana kini komuter sudah selesa. Lagipun penumpang tidak ramai.

Tiba-tiba saya terlihat seorang lelaki tua masuk ke koc tempat kami duduk. Saya dan anak-anak duduk di koc wanita. Ada drama berlaku di depan mata. Pak cik tersebut mengeluarkan beberapa keping coklat dari poketnya dan menghulurnya kepada anak perempuannya yang duduk di hadapan saya dan anak-anak.

“Eh, abah, apa ni? Susah je abah cari saya untuk bagi coklat ni,”

“Taklah…nanti takut kamu teringat-ingat…” jawab pak cik itu. Melalui perbualan mereka, ini kali pertama lelaki tua ini menaiki komuter. Dia naik di perhentian Sungai Buloh. Dia naik di koc paling hadapan. Kemudian dia berjalan di semua koc semata-mata untuk mencari anak perempuannya. Saya agak anak perempuannya itu hendak balik ke kolej di arah selatan berdasarkan beberapa beg yang dibawa.

“Nanti macam mana abah nak balik?” tanya anak perempuannya.

“Abah boleh tanya orang,” jawab lelaki itu dengan optimis. Tiba di perhentian Kepong Sentral, lelaki itu turun. Saya sempat melihat dia bertanya pegawai stesen tentang bagaimana untuk pulang ke Sungai Buloh semula. Dan anak perempuannya pula meneruskan perjalanan seperti biasa.

Anak perempuan saya pandang peristiwa itu dengan rasa terharu. Begitu juga dengan anak lelaki saya. Drama ini amat menyayatkan hati. Seorang bapa…yang tidak pernah menaiki komuter sanggup menyongsang kebiasaannya hanya untuk memberikan barang yang terlupa diambil anaknya. Dan barang itu…bukanlah wang bernilai ratusan ringgit, barang kemas atau beg pakaiannya. Hanya beberapa keping coklat sahaja!!!

20130823_090603

Turun dari komuter di perhentian Bank Negara. Saya ulang cerita itu kepada anak-anak.

“Kalau peristiwa ni berlaku pada mama, mesti mama dah menangis dah,” ujar saya dalam sebak. Mana tidaknya…betapa mendalamnya kasih seorang ayah. Dan betapa penuhnya ingatan seorang ayah terhadap anak-anaknya, walaupun hanya mengenai perkara-perkara yang kecil.

p/s: kasihilah ibu bapa kita terutama sekali jika mereka masih hidup. Kerana mereka sanggup lakukan apa-apa sahaja untuk menjaga hati anak-anak walaupun anak mereka ramai. Jika ibu bapa sudah tiada, usah lupa untuk meluaskan pusara mereka dengan doa dan sedekah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: