Cepatnya Masa Berlalu

Masya-ALLAH…hampir setengah tahun saya tidak mengemas kini blog ini. Pelawat blog ini pula sudah mencecah 10k orang. Betapa bersalahnya saya!

Maafkan Ruhana Zaki yea, sahabat-sahabat semua. 2012 amat sibuk buat diri saya. Terlalu sibuk dengan kerja-kerja yang berkaitan dengan bidang pendidikan sehinggakan penulisan untuk buku peribadi agak terabai.

Walau bagaimanapun, saya bersyukur kerana telah berjaya memanfaatkan 2012 dengan sebaik-baiknya di sebalik usia yang masih diizinkan TUHAN. Dugaan 2012 ternyata sangat banyak, terutama sekali tekanan di tempat kerja. Pelbagai tuduhan terpaksa saya hadapi. Pernah juga saya dihukum tanpa dibicarakan. Ya. Saya menangis. Tetapi selepas itu saya kuat.

Terima kasih kepada para sahabat yang memahami situasi saya lalu tidak jemu-jemu mencurahkan kata-kata perangsang. Akhirnya saya faham, inilah cabaran getir yang wajib dilalui oleh seorang dai’e. Saya hanya menjadi dai’e untuk anak-anak kecil di sekolah rendah. Tetapi saya memandang peranan ini sebagai ‘besar’ kerana anak-anak kecil inilah yang akan menjadi pembela ummah pada masa hadapan.

Sekali lagi saya bersyukur kerana kekurangan masa berada di sekolah tidak menjejaskan kualiti P&P saya. Malah amat membanggakan apabila murid-murid saya berjaya mencatat keputusan terbaik di antara semua sjkc/t sedaerah di dalam peperiksaan akhir tahun 2012. Pencapaian tersebut membuktikan saya tidak mengabaikan mereka semua. Alhamdulillah.

Saya yakin, niat yang betul pasti akan direstui ILAHI. Saya tahu saya bukannya sengaja mahu meninggalkan mereka beberapa kali dalam setahun ketika pergi menjalankan tugas untuk jabatan pelajaran dan kementerian pelajaran. Apa yang saya lakukan di jabatan pelajaran dan kementerian pelajaran juga adalah untuk membantu meningkatkan kualiti ummah pada masa hadapan.

Terima kasih, TUHAN. Berita baik yang saya terima pada awal tahun ini  merupakan satu lagi kesyukuran kepada-MU. Buku yang saya tulis bersama beberapa orang rakan pada tahun 2012, berjaya diterbitkan! Selain daripada itu, saya juga sedang menanti karya saya di Karya Bestari untuk diterbitkan. Sungguh tidak sabar rasanya.

Saya mohon ya ALLAH, tabahkan hati saya untuk menghadapi setiap dugaan kerana saya tahu, terlalu banyak hikmah bakal disingkap di sebalik dugaan tersebut. Paling penting, dakwah saya kepada masyarakat tidak akan berhenti.

Begitu cepatnya masa berlalu. Semoga 2013 mampu saya manfaatkan sepenuhnya selagi ada usia. Terima kasih ya ALLAH untuk segala-galanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: