Bersaing Sendirian

 

Hari ini, saya mendapat satu motivasi! Iaitu, saya mengatakan kepada diri: bersainglah dengan diri sendiri.

Bersaing dengan diri sendiri sekurang-kurangnya dapat mengelakkan perasaan mazmumah terhadap orang lain.  Jika hendak bersaing dengan orang, paling tidak, harta benda dan kekayaan mereka pasti menjadi ukuran. Jika mereka kaya, kita juga mahu kaya. Kalau boleh mahu lebih kaya daripada mereka. Ah, jarang pula manusia mahu bersaing dari sudut amal ibadah. Fizikal juga yang menjadi punca persaingan.

Jika orang lain cantik, kita tentu mahu lebih cantik, hingga sanggup buat apa sahaja bagi mencapai tujuan itu, termasuklah berhasad dengki dan berhutang sana-sini.

Benarlah, jika hendak bersaing tentang dunia, kita tak akan pernah puas. Manusia…jika sudah mendapat dua gunung emas pun masih mahukan gunung yang ketiga, itu kata Nabi.

Oleh sebab itu, lebih baik bersaing dengan diri sendiri sahaja. Nak marahpun, diri sendiri. Nak tegurpun diri sendiri juga. Tak ada hati lain yang terasa. Paling penting, bersainglah untuk menjadi insan yang lebih baik hari demi hari.

Tanyalah pada diri sendiri, apakah hari ini lebih baik daripada semalam? Apa persediaan hari ini untuk menghadapi hari esok yang lebih baik? Apa warisan yang akan ditinggalkan supaya anak-anak tidak hidup susah? Sudahkah usia yang singkat ini digunakan untuk mengumpulkan sebanyak-banyak amalan?

Bayangkan, jika kita tanya soalan ini kepada orang lain, belum tentu mereka suka. Sebab itulah soalan-soalan tersebut lebih baik ditanya kepada diri sendiri sahaja. Dan soalan-soalan seumpama itulah yang menjadi titik tolak muhasabah ke arah pembentukan iman dan jati diri yang lebih kental.

Tiada sesiapapun yang mahu hidupnya merosot. Kalau boleh, setiap umur bertambah, hidup juga makin berkualiti. Lalu, bersainglah dengan diri sendiri untuk membina hidup yang berkualiti. Buat sementara waktu, tak perlu pentingkan sangat persaingan dari segi duniawi dengan manusia-manusia lain. Yang penting diri kita dahulu. Pabila kualiti positif sudah mampu dibina dalam diri, perkara-perkara lain dah tak kisah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: