Indahnya Janji Tuhan…

 

 

Indahnya janji Tuhan bahawa hamba-Nya yang terlanjur kerana jahil diberi peluang untuk menyucikan diri. Kemudian, semua amal kebaikan yang dilakukan selepas bertaubat akan dihisab berganda-ganda sementara dosa yang dilakukan sebelum bertaubat akan dihapuskan begitu sahaja.

Selagi masih hidup, kita masih ada peluang untuk membetulkan diri. Kita masih ada ruang untuk membetulkan keadaan. Kita tidak boleh menjadi insan yang begitu sempurna kerana sudah termaktub sejak azali, kita hanya dijadikan daripada air yang hina. Walau bagaimanapun, kita masih perlu berusaha untuk mencari jalan menuju kesempurnaan itu, iaitu sempurna sebagai seorang hamba Allah s.w.t yang bertakwa.

Alangkah beruntungnya jika sempat tersedar daripada dosa lalu berusaha keluar daripada kancah itu. Kemudian menyesal, bertaubat lalu segera mengejar keredhaan Ilahi ketika nyawa masih ada dalam tubuh, daripada menyesal ketika jasad kaku sedang diusung ke alam barzakh. Ketika itu, setiap penyesalan pasti tidak berguna lagi. Ketika itu, sia-sia sahajalah menangisi usia yang dibazirkan sia-sia. Ketika itu juga, pintu taubat sudah tertutup rapat. Ketika itu, yang terpampang di hadapan mata hanyalah balasan daripada seluruh perbuatan keji yang dilakukan ketika hidup dahulu. Alangkah…semuanya sudah terlambat.

 

…baca selebihnya dalam buku KERANA-MU AKU BERUBAH…

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: