Dunia amat menyibukkan kita…

 

Masya-ALLAH…tanpa disedari, sudah dua bulan saya tidak menjenguk tintanasuha.wordpress ini. Alangkah sibuknya saya! …benarkah? Benarkah saya benar-benar sibuk?

Menjadi guru bukanlah peluang untuk goyang kaki. Ramai orang berkata, seronoknya jadi cikgu sebab banyak cuti dan kerja hanya enam jam sehari.  Hakikatnya, guru bekerja sepanjang hari sepanjang tahun. Sebenarnya, untuk membina modal insan, guru perlu bekerja keras dan banyak berfikir!

Membesarkan dua orang permata hati juga menyebabkan keseluruhan masa saya habis untuk mereka. Tak mengapalah. Saya rela sibuk demi mereka berdua. Biarlah saya sibuk hari ini. Biarlah saya penat hari ini asalkan saya tidak menyesal kemudian hari. Saya tidak mahu di akhirat nanti DIA menuntut hak-hak yang gagal diberi kepada anak-anak, umpamanya nafkah zahir yang sempurna dan pendidikan agama yang lengkap.

Membesarkan dan mendidik mereka tidak sesakit melahirkan mereka. Meskipun ketika melahirkan mereka, nyawa bagaikan tercabut, namun membesarkan mereka lebih mencabar dan memakan masa. Hanya kepada ALLAH saya memohon semoga sentiasa tabah dan sabar demi membentuk anak-anak yang soleh dan solehah.

Keluarga dan kerjaya merupakan kesibukan tidak berakhir buat diri saya. Dalam pada itu, saya sering memohon kekuatan agar kesibukan begini tidak melalaikan saya daripada  menggapai redha ILAHI. Itulah yang paling aula. Tak guna bahagia secara fizikal tetapi secara maknawinya, kita menempah sengsara di sana.

Dalam kesibukan ini, saya sering mengingatkan diri bahawa usia saya bukannya semakin panjang. Oleh sebab itu, wajiblah kiranya amal kebaikan juga ditingkatkan. Ya ALLAH, semoga kesibukan begini semakin mendekatkan diriku kepada rahmat dan redha-MU. Semoga kesibukan begini tidak merugikan usiaku. Semoga kesibukan begini boleh menjadi pelindung daripada maksiat dan kemurkaan-MU…

Ameen ya RABBAL ‘AALAMEEN…

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: