Dosa Adalah Salah Satu Penyebab Suul Khatimah

 

Usia kita ini, pasti akan berlangsung lebih baik jika kita sentiasa muhasabah diri. Celik mata waktu pagi, ucapkanlah alhamdulillah kerana masih bernyawa. Masih bernyawa maksudnya kita masih ada peluang untuk beramal dan bertaubat. Hendak tidur pada malam hari, beristighfarlah dahulu. Kemudian, buat kira-kira dalam ingatan tentang kebaikan dan kejahatan yang telah dilakukan sepanjang hari.

Begitu sibuk kita menghitung amalan, bukan? Lebih baik begitu daripada sibuk menghitung keaiban orang lain. Keaiban diri sendiri yang patut kita bimbangi sebenarnya…

Dosa. Usah dinilai dosa itu besar atau kecil, sedikit atau banyak. Ulama silam amat takut jika secara tidak sengaja mereka telah melakukan dosa. Seboleh-bolehnya mereka berusaha untuk mengelakkan dosa.

Kita? Sering kita dengar, orang yang baik hari ini tak semestinya akan masuk syurga. Aduhai…beraninya! Tanya orang tu pula, awak yang banyak dosa tu, sudah pastikah dapat masuk syurga???

Hakikatnya, kita masuk syurga dengan izin ILAHI semata-mata. Tak kira banyak dosa atau banyak pahala, jika tiada rahmat dan izin ILAHI, siapalah kita di akhirat kelak.

Apa yang wajib kita pegang adalah…dosa kitalah yang menyebabkan kita mati dalam suul khatimah. Siapa tahu, di akhir usia kita sempat bertaubat atau tidak? Orang yang seluruh hidupnya sentiasa menjaga hak-hak ALLAH, insya-ALLAH dia tidak perlu bimbangkan banyak perkara sangat. Orang sebegini tentulah akan selalu beringat-ingat. Namun, jangan pula berhenti berharap.

Bagaimana pula dengan orang yang melakukan maksiat seperti meneguk air? Kerna sudah terbiasa, maksiat bukan lagi sesuatu yang menjengkelkan. Rasa seronok pula. Rasa lega pula dapat buat ALLAH murka, atau menjadi punca dosa. Agaknya, pernahkah orang begini berfikir untuk taubat? Mungkin ada, tapi katanya ‘tunggu dulu, masa masih panjang, masih muda’.

AWAS!

Antara tanda-tanda seseorang itu bakal mati dalam suul khatimah adalah perbuatannya MENUNDA TAUBAT. Bukan kita tak tahu, mati boleh datang bila-bila. Belum terasa petanda akan pergi, malakutmaut sudah mari. Ambillah iktibar daripada berita kematian yang kita baca dan tonton setiap hari…

Oleh sebab itu, jika selama ini hidup kita terlalu bebas, seronok dan bahagia, semaklah semula apakah kebebasan, keseronokan dan kebahagiaan itu benar-benar berada pada landasan redha ILAHI? Jika belum, susunlah semula supaya usia yang berbaki itu dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk TUHAN YANG MAHA ESA.

Jika sudah, alhamdulillah. Teruskanlah beribadah dengan istiqamah. Semoga malakulmaut datang memberi salam dalam senyuman.

Jom kita semua timbang semula usia yang sudah berlalu pergi, apakah masih ada dosa yang belum dibasuh dengan taubat? Bimbang juga disebabkan dosa lapuk itu, kita bakal terdedah kepada kematian dalam suul khatimah. Na’uzubillah…

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: