Indah Tersusun Bahasamu Itu…

Mudahkah menjadi penulis? Agak mudah bagi orang yang dikurniai bakat menulis. Juga agak mudah bagi orang yang meminati bidang ini. Namun, ada yang berpendapat, menulis lebih mudah jika ada bakat. Minat akan datang kemudian…

Terpulanglah pada pendapat masing-masing. Bagi saya, minat yang pertama sedangkan bakat boleh diasah.

Apa yang hendak ditulis? Tulislah apa sahaja, mengikut aras ilmu yang anda ada. Susahkah menulis? Susah jika anda tidak memulakannya. Pabila sudah mula, 500 halaman tidaklah sebanyak mana…

Bagaimana hendak menulis? Pertama, kuasailah bahasa penulisan tersebut. Ambil beratlah akan tatabahasanya. Jika menulis dalam bahasa Arab, peliharalah qawaidnya. Jika menulis dalam bahasa Inggeris, peliharalah grammar nya. Jika menulis dalam bahasa ibunda yang kita cintai ini, peliharalah tatabahasanya.

Jangan sesekali menganggap tatabahasa sebagai perkara remeh. Yang penting tulis, tatabahasanya nanti biar editor yang uruskan. Begitukah?

Percayalah, bukan semua editor sanggup memanjakan anda dengan alasan anda boleh memberi keuntungan kepada mereka disebabkan nama anda yang sudah gah. Kali pertama mereka menerina emel manusrkip anda, pasti ada ekspresi yang sudah dijangka. Namun, terpaksa diredah jua disebabkan anda sekarang sedang top, ataupun karya sebelumnya menaikkan nama anda sebagai bestseller writer, ataupun nama anda sedang masyhur oleh ceramah-ceramah yang pernah anda sampaikan.

(psst: Saya pernah mengedit  karya seorang novelis tersohor. Cukuplah hanya sekali dan saya sangat serik!!!)

Apa kata, kita mudahkan kerja editor dengan memperbetulkan tatabahasa kita sebaik mungkin. Jika tatabahasa kita kurang kesalahan, tentu editor tidak mengambil masa yang lama untuk menyiapkan suntingan karya kita. Dengan itu, cepatlah sedikit karya kita terbit!

Mudah sahaja untuk jadi penulis, kan?

Mulakan langkah pertama, iaitu…tulislah apa sahaja. Langkah kedua, menulislah dengan tatabahasa yang betul…

Selamat berkarya…

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: