KAU Hadir Dalam Munajatku…fragmen demi fragmen

 

Tanya sama hati

Mana letak iman

Nanti jawab hati tanyalah badan…

 

Orang yang hatinya baik, secara automatik tidak menyukai percakapan yang kotor atau sia-sia. Jika seseorang itu mengakui hatinya baik tetapi lidahnya masih celupar, tentu masih ada yang tak kena tentang hatinya.

Saidina Umar bin Abdul Aziz pernah berkata, seseorang itu mestilah lebih banyak menghitung kalamnya daripada amalannya, kerana banyak amalan yang terbatal pahalanya disebabkan oleh kalam yang tidak dijaga.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam At-Tirmizi dan Ibnu Majah, Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap perkataan anak Adam adalah bencana ke atasnya, kecuali menyuruh kebaikan dan melarang kejahatan dan ingat kepada Allah Azza wa jalla.

Seorang sahabat Nabi s.a.w meninggal dunia. Lalu seorang lelaki berkata, “aku gembirakannya dengan syurga.” Nabi s.a.w segera menyangkalnya dengan berkata, “Adakah engkau mengetahui bahawa boleh jadi dia (sahabat yang wafat tersebut) pernah berkata-kata pada perkara yang tidak berguna atau bakhil dengan sesuatu yang tidak memberi kekayaan kepadanya.

Pesanan Dari Hati

Melakukan kebaikan yang kecil, kadangkala mengundang manusia terlalu berkira. Barangkali mereka merasakan kebaikan yang kecil itu kecil juga pahalanya.

Pahala adalah hak Allah s.w.t. yang bergantung pada keikhlasan manusia. Jika kebaikan yang dilakukan itu kecil tetapi keikhlasannya penuh, insya-Allah pahalanya besar. Walau bagaimanapun, belum tentu lagi kebaikan yang besar akan mendapat pahala yang besar juga. Sering terjadi, kebaikan yang besar seperti derma menjadi kecil atau tiada langsung pahalanya disebabkan perasaan takbur.

Sebab itulah Nabi s.a.w tidak pernah mempersia-siakan perbuatan yang kecil-kecil. Hendak bersedekah tiada harta, apa salahnya lemparkan senyuman  kepada orang yang kita temui dalam perjalanan ke tempat kerja atau ke kantin. Senyuman itu besar kesannya, umpamanya mendapat kenalan baharu.

Selain itu, kita juga boleh melakukan kebaikan dengan membuang sesuatu yang menghalang perjalanan orang, contohnya plastik makanan yang dilihat bersepah atas tangga. Tindakan kita itu mungkin akan menyelamatkan orang lain daripada tersungkur atau jatuh tangga…

BACA SETERUSNYA dalam…

 

2 Responses

  1. Belum ada diari untuk hitung amalan seharian sebelum tidur.

Leave a reply to Wan Zayuhisham Wan Yusoff Cancel reply