Biografi Malaikat

 

 

 

judul: Biografi Malaikat

penulis: Rachmat Ramadhana al-Banjari

penerbit: Al-Hidayah House of Publishers Sdn Bhd

harga: RM15.00

halaman: 262

Antara kandungan menarik:

  • Masihkah Jibril bertugas sesudah semua Nabi dan Rasul wafat?
  • Mikail tidak pernah ketawa sejak api neraka diciptakan.
  • Daripada Muaz bin Jabal & Jabir bin Abdullah r. huma, ketika Nabi s.a.w dimikrajkan, pada langit pertama, Nabi melihat para malaikat sedang berzikir kepada ALLAH S.W.T sejak mereka diciptakan. Pada langit kedua, Nabi melihat para malaikat rukuk kepada ALLAH S.W.T sejak mereka diciptakan. Pada langit ketiga, Nabi melihat para malaikat sujud kepada ALLAH S.W.T sejak mereka diciptakan, tanpa mengangkat kepada mereka, kecuali ketika Nabi s.a.w menyampaikan salam kepada mereka barulah mereka mengangkat kepala dan menjawab salam baginda. Kemudian mereka sujud semula hingga ke hari kiamat. (Disebabkan itu, sujud menjadi dua kali).  Pada langit keempat, Nabi melihat para malaikat bertasyahud. Pada langit kelima, Nabi melihat para malaikat bertasbih. Pada langit keenam, Nabi melihat para malaikat bertakbir dan bertahlil. Dan pada langit ketujuh, Nabi melihat para malaikat mengucapkan salam sejak mereka diciptakan. Setelah melihat itu semua, timbullah kegembiraan dalam hati Nabi s.a.w dan ingin agar umatnya menghambakan diri seperti itu seluruhnya. Maka ALLAH  mengetahui keinginan dan kerinduan Nabi s.a.w lalu DIA mengumpulkan ibadah (cara penghambaan) para malaikat di ketujuh-tujuh langit itu, dan dengan cara penghambaan itu DIA memuliakan Nabi s.a.w sambil berfirman: Sesiapa menunaikan solat lima waktu, maka dia akan memperoleh cara penghambaan para malaikat di ketujuh-tujuh langit.
  • Jika tiba hari Jumaat, maka  di setiap pintu masjid terdapat malaikat yang mencatat yang paling awal datang (datang untuk melaksanakan solat Jumaat). Jika imam telah duduk, mereka menutup suhuf (lembaran) dan datang untuk mendengar zikir.
  • Malaikat berselawat kepada orang yang solat berjemaah dalam saf pertama.
  • Malaikat bersemayam di samping tubuh manusia yang tidur dalam keadaan berwuduk.
  • Malaikat berdoa untuk orang yang gemar bersedekah.
  • 70,000 malaikat berselawat kepada Muslim yang menziarahi saudaranya yang sakit.
  • Malaikat sentiasa mengikut ucapan “Amin” bersama makmum dalam solat berjemaah.
  • Malaikat menghadiri majlis zikir.
  • Malaikat turut serta bersama orang yang membaca dan mempelajari al-Quran.
  • Malaikat berdoa dan menyambut orang yang menunaikan haji dan wukuf di Arafah.
  • Berselawat maksudnya: jika dari ALLAH bermaksud ALLAH memberi rahmat, keampunan dan berkat.
  • Selawat daripada malaikat bermaksud malaikat memohon rahmat, keampunan dan berkat untuk orang Mukmin.
  • Selawat yang dilafazkan oleh orang Mukmin bermaksud seseorang itu memohon rahmat, keampunan dan rahmat daripada ALLAH S.W.T.
  • …dan banyak lagi…perkara menarik untuk kita terokai supaya keimanan kita terhadap kewujudan malaikat bertambah kuat dan utuh.

 

Selamat Membaca…

Ruhana Zaki.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: