Wahai Anakku…

 

6. Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai-NYA. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar-benar takut (takwa), barulah engkau akan terlepas daripada sifat putus asa dari rahmat ALLAH.

7. Hai anakku, seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal-hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu yang besar ke tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.

8. Hai anakku, engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu adalah bilamana engkau mempunyai tetangga yang jahat.

9. Hai anakku, janganlah engkau mengirim orang yang bodoh sebagai utusan. Maka pabila tidak ada orang yang cerdik, sebaik-baiknya dirimu lah sahaja yang layak menjadi utusan.

10. Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung. Padahal sedikit sahaja berdusta, akibatnya sangat berbahaya.

 

sumber: JAIS

…bersambung…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: